Sunday, June 15, 2008

SEPI......yang indah


hmm.dah lama aku tak update blog ni.biasalah klu x sempat update tu tandanya aku sibuk ar....8 aribulan ari tu aku g ikut tengok privew filem sepi...walaupon tengah dateline tu.hahaha.....sajer nak lepaskan tension......tertanya pemergian ku ke sana tak sia2......Apa yg boleh aku kata filem tu memang best...ia sebuah filem yang kreatif,cantik,melankolik dan sempurna....

Knp aku cakap cam tu....sebab filem ni memang cam tu...berbaloi untuk di tonton......ia mengisahkan 3 cerita iaitu kisah Adam,Iman & Sufi yang akhirnya bertemu di satu tragedi..Antara tiga cerita ni yang membuatkan aku sebak adalah kisah Iman dan Kahlil.Kisah apa tu korang pi tengok sendiri.......yang membuatkan aku sebak sebab cerita itu ada serba sedikit dng kisah aku iaitu kisah cinta yang tidak kesampaian yang berakhir dengan memori duka. Buat F semoga kau aman dia sana......Amin...

Apa yang kurang sikit kat filem ni aku rasa pasal rambut Iman(Baizura Kahar) yang nampak sangat kejang...sebab pakai rambut palsu....knp pengarah tak guna rambut sebenar dia sebab rambut dia pon panjang.Hmm tak tau ar.....lagi satu pasal percintaan Eja dan Tony yang agak aku tak berkenan itu kira dah macam Eja curang kpd suaminya lain lah klu suami dia pukul @ dera dia ... ni suami dia baik sampai gembira sakan dlm pasar bila tahu Eja mengandung.......

Filem ni banyak kejutan....itu yg best tuk di tonton bagi korang pencinta filem melayu pi lah tengok memang berbaloi....sokonglah filem malaysia.....bagi aku SEPI sekali lagi akan mengulangi kejayaan CINTA dan di ingatkan ia tidak sama sekali sama dng filem cinta......Aku kasi 4.5 bintang. Syabas tuk GBSB,Khabir dan Mira & team filem SEPI.