Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha 1430H.....


esok semua umat islam akan menyambut hari raya Aidiladha @ lebih biasa kat Malaysia ni hari raya korban....Walaupon hari raya ni x semeriah hari raya puasa..tp maksud hari raya ni yg perlu kita hayati sedalam-dalamnya....bukan semua org mampu untuk berkorban x kisah ar berkorban nyawa,harta,tenaga dan segalanya...tp insayaalh bagi aku selagi terdaya aku akan berkorban demi keluarga ku agar mereka dpt hidup selesa terutama untuk kedua orang tua ku...semoga Allah merahmati ku.....Amin.

Wednesday, November 25, 2009

alahai.....KCC1M Melaka.....


17 - 20 november hari tu GTN magazine iaitu magzine syarikat aku ar...mejalankan satu lagi program Kembara Zoom Malaysia...tp kali ni namanya telah di ubah kepada Kembara Cuti-cuti 1 Malysia sesuai dng konsep pemimpin kita sekrang 1 malaysia....hihihihi.Semuanya berjalan dengan lancar pd hari pertama. program kali ni agak padat dng banyak lokasi yg perlu di lawati.Hari pertama kami di tempatkan di A Famosa resort....besar giler resort ni siap ada koboi town,water park dan safari lagi...dah jadi cam taman perumahan kawasan dia....hari pertama aku enjoy nak2 lagi waktu malam kitaorang g Koboi Town dapat ar tengok perarakan kereta berhias siap dng pertunjukan bermain api, pertunjukan haiwan, badut,dan last petunjukan bunga api....

hari kedua pada paginya kita orang g lawat Taman Mini Malaysia ....kat kawasan ni ada replika rumah2 melayu tradisional setiap negeri kat malaysia yg di bina dalam kawasan hutan....Dan di sini juga ar jugak TRAGEDI berlaku.....mata aku termasuk serangga....aku ingat biasa2 jer ar...tp bila dah masuk ke petang mata aku dah mula bengkak....adeh....sakit ar jugak masa tu....rupanya serangga tu berbisa.....habis musnah semua mood aku nak g KZM kali ni....Nasib baik ar hari tu ada melawat Putra Hospital dpt ar aku beli ubat kat situ....nak g jumpa doktor takut x sempat pulak kan...Esoknya aku pon pakai ar cermin mata...ada satu lagi masalah....anak sedara aku dah tukarkan cermin mata aku dng mak dia punya cermin mata ....nasib baik cermin mata tu x macam perempuan sgt cuma ada ar kat tepi tu corak sikit....nak tak nak aku pakai jer ar daripada org nampak mata aku yg bengkak sepet tu....arghhhhhh geram sangat!!!! Hari keempat pagi2 lagi aku dah balik ke KL x tahan dah mata dah sakit sngt nasib baik bos aku balik hari tu sebab dia pon ada hal....tumpang ar dia balik sekali....Aku rasa banyak2 KZM ni ar yg paling x best aku rasa....apa nak buat dah nasibkan....huhuhuu....

Monday, November 2, 2009

Karipap Pusing...

hari ahad hari tu mak aku buat karipap pusing dah lama x buat ni......korang tau x karipap pusing tu cam ne? ha cam kat bawah ni ar...dia lain sikit rupanya....x cam karipap biasa rupanye...kulit dia tak licin tp beralur2. Nak buat pon cam leceh sikit ar...sebab dia guna 2 doh satu tepung dng air garam satu lagi tepung dng magerin pastu gabung uli2 ...isi inti...dan jadi ar karipap pusing...hahaha....mak aku memang pakar buat karipap ni dan yg penting sedap....bukan aku jer cakap tp jiran,sedara sampai kawan2 aku masa kat U masa aku bawak g sana pon ckp cam tu...hahaha. sebenarnya karipap tu cantik tp yg ni aku yg goreng tu garing sikit tu....yelah org laki masak...bila ar nak ada org nak masakkan untuk aku selain mak aku ni...hmmmm....
cantik x karipap aku goreng ni...hahaha

handmade tau x main acuan2 ni...

ni inti ayam ni...tp x namapk sangat sebab guna kamera handpon

Sunday, November 1, 2009

kisah beli RapidPass....

hari sabtu lepas pas kerja aku g KL nak beli Rapidpass tuk bulan November ni... Aku memang guna Rapidpass senjak tambang bas Rapid di naikkan start bulan september lepas dan di mansuhkan tiket 2 ringgit all access dia tu. Aku rasa lebih berbaloi guna tiket ni daripada beratur hari2 nak bayar kat drebar bas setiap kali naik bas...Aku ambik tiket yg sebulan RM 100 yg boleh naik apa2 jenis bas tak kisah asalkan Rapid KL. Jimat pon jimat aku kira klu hari2 pergi balik aku kena 4 ringgit sebulan dah 96 ringgit tak termasuk hari Ahad. Sabtu aku g ke stesen Pasar Seni nak beli tiket tu..sampai jer kat kaunter aku cakap nak beli tiket untuk bulan 11 punya...awek tukang jual tu ckp start bulan 11 ni semua kena guna kad touch n go punya...aku pon pelik bila masa tukar x kasi tahu pon...tp yg menjadi lebih pelik kat atas meja dia ada tiket yg aku nak tu..aku pon tanya yg tiket tu tuk apa..dia kata x leh dah semua kena touch n go...aku pon apalagi ckp x pe ar...dah terus blah...

Aku fikir2 balik ye ke? tp apasal tiket atas meja tu ada pulak tuk bulan 11 ni....aku x sedap hati terus ke stesen Masjid Jamek...dan....akhirnya dpt aku beli tiket tu tanpa apa2 masalah...dah tiket tu serupa dng tiket yg ada kat meja kaunter Pasar Seni tu....apa ni...buat aku panas jer Sabtu tu...nasib baik aku g ke Masjid Jamek tu.....hmmmm....x tahu ar apa motif awek tu suruh aku guna kad touch n go tu...macam-macam ar !

ni ar tiket yg susah sangat nak beli tu...

tiket bulan2 lepas....bulan September dan Oktober

Friday, October 30, 2009

Jangan Emosi Dengan Tanah....


ari tu lepas waktu kerja kitaorang bertiga iaitu aku , kak wan dan cik momoi telah g ke midvalley tuk tengok filem Papadom....best film in the year dlm festival filem malaysia baru2 ni...yelah siapa x nak tengok filem tu kan sebab menang BEST FILM tu..nak tengok jugak apa yg boleh membuatkan film ni menang....tp yg penting sebenarnya aku nak g tengok film ni sebab aku salah seorang peminat filem2 Afdlin Shauki....hihihi.Bagi aku cerita ni agak ok tp pendapat aku karya afdlin yg masih the best tetap BULI....bukan apa aku tengok cerita ni kurang sikit ar...klu org kata cerita ni boleh membuatkan org menagis mungkin tp bagi aku banyak yg missing bab2 touching yg afdlin x masukan.Aku teringin sangat nak tengok si Mia ( Liyana ) menyuapkan papadom kat mulut Saadom ( Afdlin ) sambil mengucapkan "Terima Kasih Papa" kat babak selepas dia membuat filem pendek bagi tugasan nya....tp x de...hai potong betul...klu ar babak tu ada sure aku leh nangis... hihihiOverall filem ni masih dalam lingkuangan terbaik untuk di tonton....aku suka watak Noor walaupon dia sebagai cameo sahaja dlm filem ni...Scha not bad sebagai seorang senior yg pembuli dan gedik....lagi satu si Chelsia memang best sebagai seorang lurus bendul nak2 lagi bab masa kat sekolah....oh ya...Que & Harun Salim Bachik juga bagus nak2 lagi time dialog jgn emosi dng tanah ...apapon Syabas tuk Adflin dengan filem 'terbaiknya' ini.... 3 bintang tuk PAPADOM....pas jer habis kitaorang p makan, kak wan perkenalkan mee goreng Singapore...not bad sedap...lagipon rencahnya banyak tu yg best tu....


tiket Papadom...
coke dan pop corn bahan kudapan semasa menonton
momoi & Kak Wan sempat pose sebelum wayang mula
mee goreng Singapore
kita makan dulu.....
dah habis....bruppp.....kenyang

Friday, October 16, 2009

alunan syahdu tahajjud cinta....




aku baru jer dapat mendengar keseluruhan lagu dalam album terbaru Dato Siti ni...Album ni berlainan dng album2 terdahulu dia....album ni boleh dia katakan album kerohanian tp bukan nasyid. Alah cam contoh lagu dia bukan berentak nasyid tp lebih kpd pop tp lirik bersifat ketuhanan contoh lagu yg pernah buat cam ni ialah Mentari Merah di Ufuk Timur ( Search ) dan Doa ( Rahimah Rahim ). Ada 8 buah lagu jer dlm album ni tp bagi aku boleh dikatakan semuanya sedap2 belaka terutama dng vokal dato siti yg memukau tu....Pintu Rindu, Tahajud Cinta, Asma Ul Husna,Ketika Cinta,Ku Percaya Ada Cinta ,Selawat ,Ya Rasulullah antara lagu yg paling aku suka....Cover album dan isi dalamnya pon cantik dan menarik....simple but nice.....tahniah dato siti kerana telah berjaya menambah satu lagi jalur album dalam koleksi album beliau.... selain Pop dan Etnik.

Sunday, October 4, 2009


Jamuan Hari Lahir......

Hari ni kat umah aku ada sedikit jamuan hari lahir sempena Hari Lahir ahli keluarga aku yg kebetulan jatuh dalam bulan ni iaitu aku sendiri,abg long (abg Ipar) dan Aishah (ank sedara aku) walupon ada yg akan menyambutnya akhir bulan ni tp di sambut awal senang, sekali jalan org kata.Ikut plan kami nak buat kat tasik Putrajaya @ Shah Alam yelah boleh jalan2 sekali tp sekali plan kena ubah sebab ada msalah sikit jd kena buat ar kat umah...Biasalah klu dah ada budak2 diorang ar yg paling gembira klu benda2 cam ni nak2 lagi time nak tiup lilin semua nak tiup.hari tu selain kek mak aku masak bihun goreng dan kitaorang beli KFC...yum..yum...best.Apa2 pon terima kasih atas jamuan ni walaupon plan asal x jadi.....



x kan x kenal........KFC ar kan


Bihun Goreng mak aku buat....gerenti sedap giler...bukan aku sorang jer cakap kawan2 aku ckp pon cam tu....


Kek Hari Lahir berkongsi bertiga....hahaha

aku dah 27.....dah tua ke aku ni????

Selembar doa di hari lahir....


Alhamdulliah....

Melangkah setingkat lagi umurku....kini genap aku berumur 27 tahun...Ya Allah, Aku berdoa dalam usia ini, aku dapat menjalani hidup dengan aman,sejahtera dan sihat tubuh badan serta dpt membahagiakan keluargaku,rakan2 ku dan orang sekelilingku....Ya Allah aku mengharapkan agar Kau dapat memberikan keberkatan dan kerahmatanmu sepanjang hidupku, murahkan rezekiku dan panjangkan umurku dan dekatkanku untuk beriman dengan Mu. Ya Allah berikanlah aku cinta seorang wanita yang dapat menerima ku seadanya...di dalam senang dan susah sebagai pelengkap hidupku di dunia ini. Sesunguhnya Kau Maha Pengasih lagi Pengampun ... AMIN.

Friday, October 2, 2009

Awan Dania beraksi lagi .....


Akhirnya muncul jugak drama Awan Dania 2. Drama ni adalah salah satu cite kegemaran bukan aku tp keluarga aku pon suka cite ni. Cerita dia sempoi nak2 lagi pelakon utama dia si Scha tu ( aku suka dia ni...hihihi)...Mula2 tengok promo kat tv memang aku menunggu siaranya. Tp takut jugak cite musim kedua ni x best cam musim pertama yelah ada jugak cerita klu dah disambung musim ke2 dah jadi boring tp untuk episod 1 AW2 semua sama cam musim pertama aku gelak dari mula sampai akhir cerita tu...Watak Dania anak tunggal perempuan dalam 3 adik beradik lelaki memang best dan x di buat2 wataknya.Tp untuk mengadili cerita ni akan best sampai akhir pon x leh jugak yelah baru episod 1 manatahu pertengahan nanti jd x best pulak...harap2 x ar. Mungkin yg kureng kat drama ni hero dia (Jehan Miskin) pd pendapat aku ar..klu di cari muka baru yg lebih muda mungkin lebih sesuai untuk Scha.Yg pasti cerita akan aku ikuti setelah x de drama yg best kat tv skrg.

Thursday, October 1, 2009

Pasal Sotong Kering....



Sotong kering memang sedap klu dimasak sambal, tapi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang. Selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan. Jadi kpd korang yg suka makan sotong kering ni elak2 kan ar makan sotong kering,makan sotong fresh lagi bagus...
info : Kosmo

alahai Jin Notti


Raya ke 4 hari tu (Rabu)...dah x de apa nak buat aku belanja adik2 aku g tengok wayang...Antara momok dan jin notti...adik2 aku pilih Jin Notti aku pon setuju jugak sebab dari apa yg aku tengok cam best jer...panggung kira separuh penuh ar jugak walaupon tayangan pertama kul 12.00.Ramainye mak dan bapak2 yg bawak anak2 diorang.Permulaan cerita berkisah pasal Notti di dlm penjara nak g ke mahkamah tuk bersidang.


Awal cerita agak ok aku tengok, tp set mahkamah dia terlampau simple cam bukan standart KRU jer...dah setengah jam aku dah mula bosan x tau kenapa aku rasa cam tengok cerita fantasi kanak2 pulak...x de apa yg dpt mengikat aku untuk terus melihat adegan seterusnya semuanya biasa-biasa jer...lakonan Mawi boleh ar first time kan....Farah biasa jugak cam dia berlakon drama dia...bagi aku cerita ni tahap biasa x de pon yg membanggakan .CGI pon sikit sangat dan x gah.Aku ingat aku jer rupanye adik2 aku pon cerita kat aku sama jugak.hmmmm...nasib baik g time hari tiket murah klu x rasa menyesal jugak...Jin Notti aku kasi 2 bintang....

Monday, September 28, 2009

Sunday, September 27, 2009

TERBARU DARIPADA AKU...


ok ni cover magazine Gaya Travel Magazine isu terbaru 4.4. Isu ni lain sikit sebab ada dua cover satu cover biasa kat hard cover tu pic PM kita Dato' Sri Mohd. Najib dan di dalam pulak cover Putrajaya Shangri-La. Sebab ada 2 cover kerana isu kali ni ada special sikit pasal 1 Malaysia. Jadi kepada yg suka bercuti dapatkanlah majalah ni....

TERBARU DARI AKU...


ni cover terbaru majalah otomania edisi bulan oktober isu 111 tp sorry banyak2 aku terlupa nak update dia punya isu kat cover ni jadi kat cover ni jadi isu 109 ....tp jangan risau dia punya isi masih yg terbaru tak sama dng isu 109 tu....hihihi

I'm back.....


lama jugak aku x up date blog ni....oklah start hari ni blog ni akan bernafas balik insyaallah....dan akan berwajah baru sedikit demi sedikit ....hihihi adios!

Friday, June 5, 2009

komputer rosak........semua benda tergendala

aduh lama aku tak update blog ni.......yelah dah ar bz dng magazine pastu dng program kembara zoom malaysia...dah ada masa free pulak PC umah pulak buat hal...meletop!. Arghhhhhhh.....tp insyaalah..dlm masa terdekat ni aku akan beli laptop senang sikit nak bawak kemana-mana. Ni pon update guna pc opis.....yelah sebelum geng KZM bz guna pc baik aku guna kejap.......klu x tak berupdate blog ni......hihihi.ok tunggu aku banyak story ni.....

Friday, May 8, 2009

Kau Ratu Hati ku selama-lamanya....


Hari ni hari ibu buat semua ibu-ibu kat dunia. Jasamu tak terbalas wahai ibu...melahirkan,membesarkan,mendidik dan sebagainya kau buat yg terbaik untuk anak mu agar menjadi insan yg berguna. Bagi MAK..pojee sayang mak sangat2...mak ar tempat pojee luahkan semua masalah,bermanja dan berkongsi suka duka selama 26 tahun ni.....tanpa MAK pojee rasa tak bererti hidup ni tak kisah ar digelar anak mak ke...lagipon memang anak mak pon bukan anak org lain kan..:P.Pojee tau susah senang Mak membesarkan kitaorang 6 beradik insayallah selagi pojee bernafas pojee akan membantu apa yg termampu...buat mak sempena hari ibu ni pojee ucapakan semoga mak panjang umur murah rezeki dan berbahagia selalu.......tuk soalan nak menantu perempuan pertama tu.......hihihi.......tungguuuu......pojee sayang mak......selamat hari ibu,mak.....nanti pojee kasi hadiah ok....suprise.......hihihi.muaahhh..

Saturday, May 2, 2009

Thursday, April 30, 2009

Kembara Zoom Malaysia - Pahang

17-20 April lepas Kembara Zoom Malaysia telah pon bermula dng lokasi pertama di Pahang Darul Makmur... alhamdullilah semua nya berjalan dng sempurna tanpa sebarang kejadian yg tak diingini berlaku, yang penting semua peserta dan media seronok dan enjoy dng trip ni sampai ada yg dah tawarkan diri tuk next trip...hahaha. Bagi aku yg pertama kali sampai ke Pahang ni memang aku enjoy habis nak2 lagi dpt makan ikan patin masak tempoyak dia fuh! sedap giler, pantai dia pulak best biru jer,dpt pegang dan naik gajah dan sepanjang kembara ni cuaca tip top tak hujan...kat bawah ni aku kasi sikit gambar2 semasa kembara tersebut klu korang nak tengok lebih2 leh tengok kat facebook aku - pojee rashid, kat sana berlambak pic lagi termasuk leh tengok gambar2 kat geng2 yg g sana. ok next trip Johor...kitaorang akan teroka 3 pulau beb kat sana antara pulau tersebut Pulau Sibu ....Johor tunggu aku datang.....hahahaha






lama tak update....


hai........lama jugak aku tak update blog ni....nak kata tak de aktiviti yg aku buat rasanya berlambak2yg boleh masuk kat sini, hihihi.......tp nak buat cam ne bz dng kerja ni pon cuti pekerja esok leh ar aku releks sikit. antara aktivit besar yg aku buat sebelum ni adalah mengikuti dan turut menyumbangkan tenaga dalam aktiviti besar majalah aku iaitu program KEMBARA ZOOM MALAYSIA. Kembara ni ada 6 lokasi yg pertama ni kitaorang g ke Pahang baru jer... next 15-18 Mei ni pulak g Johor...berjalan jer ar aku ...tp bukan berjalan kosong tp kena buat kerja jugak di samping kerja kat opis.......oklah sekali- sekali melihat tempat orang kan.....free pulak tu..:P