
Tuesday, October 26, 2010
Monday, October 18, 2010
akan datang By'U...

Akum semua...aduh ni baru lah aku update blog ni lama jugak x update. Pas jer hari raya hari tu cam biasa kerja bersusun2 kena aku siapkan sampai x de masa nak rehat.Pastu aku di uji kesihatan yg tidak baik sedikit demam yg panjang aduh dugaan2..gi check kat doktor, doktor kata ni deman biasa2 jer sebab baru pas raya badan terkejut...huhuhu.Oklah tuk pengetahuan korang aku akan handle satu lagi magzine x lama lagi. Nama magazine tu By'U. Magazine ni tertumpu kepada lifestyle,remaja,gaya hidup dan hiburan. Dah lama aku x handle mag cam ni nak2 lagi yg ada hiburan ni. hihihi yg best klu handle mag hiburan ni kita leh dpt hadiah2 filem dan leh tengok filem percuma hahahhaa.....insyallah klu semuanya berjalan lancar first issu akan keluar bulan Disember ni....ni geng2 wartawan tengah giat mengumpul material.....tungguuuuu....:)
Sunday, September 5, 2010
Apabila iklan Hari Raya menjadi iklan Krismas...
Ya Allah...tu yg ayat yg leh aku keluarkan time first time tengok iklan raya 2010 TV3 ni....knp leh jadi cam ni...terang2 iklan ni terpesong kerana terang2 menunjukan seperti ikon Santa Claus untuk perayaan Hari Krismas dan bunga teratai terbuka bunga suci agama Buddha. Kalau pon nak mengikut tema 1 Malaysia x payah ar sampai memasukkan adegan2 yg berkaitan dng agama lain...aku pon heran cam ne iklan ni leh di luluskan oleh pihak TV3....setahu aku sebelum sesuatu idea itu di terima mesti ada perbincangan mengenainya...dan tak kan x de langsung orang islam TV3 yg terlibat? hmmmm... Apa-apa pon iklan ni dah pon dah di tarik balik tayangannya pada 4hb hari tu setelah mendapat komen2 daripada penonton tv3. Ini pengajaran untuk TV3 kali kedua setelah isu yg sama berlaku dalam Anugerah Juara Lagu ke 24 yg lalu...sepatutnya teliti dulu sesuatu program @ iklan sebelum di siarkan. Kalau ianya moden,canggih @ cantik sekalipon kalau menyentuh sensitifviti agama,budaya dan kaum x kira ar sesiapa pon di Malaysia ni ianya dah kes berat tu....Disamping itu klu korang nak lebih tahu mengenai iklan konteroversi ni leh ar lawat laman web http://www.aulakalimah.blogspot.com/ untuk penyelasan yg lebih tererinci....adakah ia secara kebetulan atau segaja... Allahhualam....

Bagai Santa Claus menjemput kanak2 bersama basikal merah
babak yg mengundang kontroversi....terang2 seperti babak Santa Claus yg bertugas di malam Hari Krismas menghantar hadiah..
Orang tua pembawa beca...dah ar rambut putih, songkok putih pon putih ada ke songkok putih...hmmm
bunga teratai? ...x leh buat bunga lain ke....bukan bunga ni bunga suci untuk agama Buddha
akhir iklan siap ada api di dalam bunga teratai tu....cam pesta Loy Kratong lak...
Thursday, September 2, 2010
Kosmo Suara Komtemporari.....

31 hb hari tu genap 4 tahun akhbar Kosmo berada di pasaran Malaysia. Kosmo adalah akhbar WAJIB aku pada setiap hari. Aku mengenali Kosmo senjak isu pertama lagi masa tu di beri percuma selama seminggu. Masa tu aku masih kerja di area2 KLCC...jadi lepas turun dari train LRT Putra terus aku di beri Kosmo. Senjak dari tu ar aku terus terpikat dng Kosmo sampai ar ke hari ni. Sebab apa aku suka akbar ni....bagi aku layout dia menarik, tersusun dan tak beserabut, pengisiannya ringkas dan padat tak macam akhbar2 lain yg berjela2 dan isunya tidak tertumpu kpd hal hal ehwal semasa tapi ada juga mengenai keadaan dan situasi semasa seperti yg terdapat di bahagian 2 akhbar ini. Bagi aku akhbar ni praktikal dng keadaan semasa yg mahukan berita yg ringkas dan padat serta mempunyai gambar- gambar menarik dan harga yg murah seringgit jer. Kepada team Kosmo keep the good job....Tahniah dah 4 tahun lah....:)
Tuesday, August 31, 2010
1 Malaysia Menjana Tranformasi

Salam Hari Merdeka ke 53.Alhamdullilah...kita dapat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita ke 53 dengan aman dan sejahtera. Walaupun terdapat pekara2 yang agak menduga kita akhir2 ini seperti masalah dng org sebelah sana yg sibuk memburukkan negara kita dan tak reti2 menghormati bulan puasa dng berdemontrasi dan main najis...eeeeeee buruknye perangai... dan isu racis dalam negara di harap agar pekara2 ni dapat di selesaikan dng cara diploatik dan berhemah tanpa mengikut rasa dan hati. Mungkin dng pekara2 ni dapat mematangkan lagi negara kita untuk terus maju di masa hadapan.Semoga Malaysia akan kekal aman,sejahtera dan bersatupadu abadi selama-lamanya...Amin...MERDEKA!!!
sesak..sesak....
Aduh....sesak...tu yg leh aku cakap keadaan kat Kl sekarang. Orang berpusu2 nak membeli belah brg2 raya. Kalau korang yg jenis tak tahan dng orang ramai di nasihatkan jgn ar pergi takut nanti pengsan pulak kat tengah orang ramai tu...hahaha. Ni ar org Malaysia time raya tak kisah ar raya apa pon mesti sesak jalan2 kat KL ni. Ni petanda Malaysia aman dan makmur...alhamdullilah... Aku g KL sajer nak cari kuih kat bazar ramadan jer kat sekitar Jln Masjid India dan Jln Tunku Abdul Rahman tapi x sangka leh tersesat masuk kat org ramai ni...aduh cari punya cari x jumpa2 kuih tu yg banyak org jual baju jer...last2 dah tension aku pon keluar dari situ. Minggu mungkin lebih sesak ye ar Sabtu dan Ahad terakhir sebelum raya....jd kpd korang hati2 dng beg duit takut2 kena rembat dlm orag ramai2 tu...hihihi




Wednesday, August 25, 2010
badan kurang sihat...

dah masuk hari ke 16 kita berpuasa....alhamdullilah aku lom pernah tinggal puasa lagi. Tapi tiba2 di serang selsema, aku ni lain sikit klu selsema mesti sekali dng demam...hmmm....ni badan dah rasa seram sejuk dah ni..harap2 x ar melarat sampai demam teruk...nanti terjejas pulak aku nak berpuasa. Tekak pon dah mula rasa kering...hmmm mungkin ni dugaan ramadhan kali ni tuk aku....harap2 x serius ar...amin
Thursday, August 19, 2010
Drama Ramadhan...

macam bulan2 puasa tahun2 sudah pada tahun ini ada jugak beberpa drama ramadhan yg menarik tuk di tonton. ye ar baru pas balik terawih atau time berbuka atau sahur mesti ada drama yg leh kita tengok. Tuk tahun ni aku agak tertarik dng satu drama kat tv3 ni namanya Syurgamu Ramadhan lakonan Eira Syazira dan Elly Suriati. Kisah pasal konflik antara anak dan ibunya. Walaupon agak klise jalan cerita mengenai kisah dua darjat dan tak di restui oleh keluarga tapi cara pengarahan dan aspek lakonan pelakon yg membuat aku tertarik dng drama ni. Lakonan bersungguh2 Eira sebagai seorang anak yg keras kepala begitu juga dng Elly seorang itu yg teguh dng perinsip dirinya. Selain tu ada jugak drama lain yg leh kita tonton time puasa ni seperti Nur Fansuri (tv1), Angin Rindu Sarajevo (tv1), Ular Emas ( tv9 ) dan drama bulan puasa meletop tahun lalu Qalesya 2 ( Astro Prima ) dan drama komedi Geng Surau ( Astro Oasis ).
Dah 10 tinggal 20.....
Alhamdullilah....baru jer pas balik solat Jumaat kat opis aku....hmmm sedar tak sedar dah sepuluh hari kita berpuasa bermakna dah seminggu lebih kita sudah mengharungi bulan Ramadhan tahun ini. Alhamdullilah aku masih berpuasa penuh tanpa ada yg tinggal lagi...aku harap seperti tahun2 sebelumnya aku dapat berpuasa penuh juga pada tahun ini. Semoga Ramadhan ini memberi kita seribu keinsafan dan ketakwaan kepadaNya...amin...Thursday, August 12, 2010
Hotel Halal...
Ini adalah senarai hotel2 yg menghidangkan juadah berbuka puasa halal di Malaysia. Jadi kpd korang yg suka g berbuka kat hotel tu periksa2 ar dulu sebelum g makan manatahu gi kat hotel yg tak di sahkan halal makanan dia. Ataupon makan jer kat umah lagi afdal dan meriah tul x...5 BINTANG
- Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya
- Hotel Evergreen Lauren, Penang
- Hotel Grand Dorsett, Labuan
- Hotel Pan Pacific KLIA
- Hotel Lagend, KL
- Hotel Grand Bluewave, Shah Alam
- Trandewinds Hotel & Resort, JB
- Hotel Istana, KL
4 BINTANG
- Hotel Ancasa, KL
- Hotel Cititel, KL
- Hotel Crystal Crown, KL
- Hotel Grand Seasons, KL
- Hotel Armada, PJ
- Hotel Seri Malaysia, Alor Star
- Hotel Ming Court, KL
- Hotel The Summit, USJ Subang
- PNB Darby Park, Executives Suite KL
3 BINTANG
- Hotel Brisdale International, KL
- Hotel Dynasty, Kl
- Hotel Seri Malaysia, Genting Higland
- Hotel Seri Malaysia, Marang
- Hotel KL, Jln Raja MUda
- Hotel Nilai, N9
- Hotel PG, KL
- Hotel Puteri Park, KL
- Hotel Quality, KL
- Hotel Residense, Kajang
- Hotel The Paramount, Sibu
- Hotel Plaza, KL
2BINTANG
- Hotel Seri Malaysia Kuantan
- Hotel Seri Malaysia Sg Petani
- Hotel Seri Malaysia Bagan Lalng
Wednesday, August 11, 2010
magazine edisi khas sempena Ramadhan....



ni dia 4 dari 5 magazine yg aku kena siapkan edisi khas sempena Ramadhan kali ni oleh syarikat aku. Agak giler jugak ar nak buat nasib baik masa buat ni tak bertembung dng dateline magazine tetap aku, mag ni kena siap satu minggu satu magazine nasib baik ar wartawan2 aku cekap mencari info dan shoot gambar resipi tu. Cuma edisi ke 5 ( bubur & puding )kena bertembung dng mag tetap aku..tp x pe ni FBR ar leh settle ar..hahaha. Bagi korang dapatkan magazine ni kat pasaran x mahal pon RM5.00 jer satu naskah. Dia ada dlm 4 edisi. edisi 1 (selera org bujang), edisi 2 ( selera kampung ) edisi 3 ( kuih muih ) edisi 4 ( cupcake ) .Jadi dapatkan di pasaran sekarang....
Maher Zain...

aku baru jer dapat full album album Maher Zain ni....aku tertarik dan album ni sebab banyak lagu2 dalamnya yg segar dan ada pembaruan dalam jalur muzik bersifat ketuhanan. Susunan muziknya lebih moden dan cathy dan sesuai untuk menarik perhatian golangan muda yg jarang mendengar lagu2 sebegini. Antara lagu yg aku suka dlm album ni Baraka Allahu Lakuma, Allahi Allah Kiya Karo dan Insya Allah. Pada korang yg nak santapan lagu rohani nak2 lagi dlm bulan ramadhan ni aku cadangan album ni..harga dia RM27.90 jer...
Tuesday, August 10, 2010
Salam Ramadhan 1431 hijrah...

Assalamulaikum...salam sejahtera semua....aduh lama sungguh aku tak update blog ni ada ar rasanye dah dekat 6 bulan...hihihihi.insyallah mulai hari ni aku akan update blog ni .
Tup tap tup tap dah masuk bulan Ramadan..berpuasa lagi kita....kejap jer masa berlalu dah berpuasa balik kita begitu jugak tahun di dah sampai ke hujung tahun dah...Apa apa pon selamat menjalani ibadah puasa dng lancar dan penuh ketakwaan kepada korang semua....puasa jgn x puasa.... Tuesday, January 26, 2010
minggu relaxxx....

hai hoi....minggu ni aku agak relaks..leh ar update blog sikit....ye ar dua magazine aku dah siapkan siap dengan edisi koleksi sekali....minggu depan aku satu opis akan berangkat ke indonesia....Aku g indon boleh ckp cam boss belanja ar...ye ar atas membalas jasa kitaorang bertungkus lumus dng program Kembara Zoom 2009 , ni cam bercuti2 ar....Kat indon nanti aku akan g kat Bandung, Puncak dan Jakarta.Habis ar duit belanja sakan sebab brg2 kat sana org kata murah2 giler dan branded lagi....Minggu ni pon aku dah mula sibuk dng kerja2 persediaaan adik aku nak kawin..ye ar nak buat kad kawin dia dan pelbagai lagi...apa pon tunggu aku g indon ni , insyallah aku akan paparkan apa yg menarik kat sana......pas indon KZM g Sarawak pulak....penutup program ni....berjalan jer ar aku ni..free pulak tu...yahoooooooo.....
Monday, January 18, 2010
Tahun baru 2010

hai...selamat tahun baru 2010...walaupon dah agak terlewat nak wish...hihihi...bz ar dng dateline x habis2....tahun baru mesti ada azam baru....perluke cam tu? tah ar bagi aku asal sihat tubuh badan,murah rezeli negara aman damai dan cukup dah....semoga kita akan menjalani hidup di tahun 2010 ni dengan gembira dan harmoni....
Thursday, November 26, 2009
Salam Aidil Adha 1430H.....

esok semua umat islam akan menyambut hari raya Aidiladha @ lebih biasa kat Malaysia ni hari raya korban....Walaupon hari raya ni x semeriah hari raya puasa..tp maksud hari raya ni yg perlu kita hayati sedalam-dalamnya....bukan semua org mampu untuk berkorban x kisah ar berkorban nyawa,harta,tenaga dan segalanya...tp insayaalh bagi aku selagi terdaya aku akan berkorban demi keluarga ku agar mereka dpt hidup selesa terutama untuk kedua orang tua ku...semoga Allah merahmati ku.....Amin.
Wednesday, November 25, 2009
alahai.....KCC1M Melaka.....

17 - 20 november hari tu GTN magazine iaitu magzine syarikat aku ar...mejalankan satu lagi program Kembara Zoom Malaysia...tp kali ni namanya telah di ubah kepada Kembara Cuti-cuti 1 Malysia sesuai dng konsep pemimpin kita sekrang 1 malaysia....hihihihi.Semuanya berjalan dengan lancar pd hari pertama. program kali ni agak padat dng banyak lokasi yg perlu di lawati.Hari pertama kami di tempatkan di A Famosa resort....besar giler resort ni siap ada koboi town,water park dan safari lagi...dah jadi cam taman perumahan kawasan dia....hari pertama aku enjoy nak2 lagi waktu malam kitaorang g Koboi Town dapat ar tengok perarakan kereta berhias siap dng pertunjukan bermain api, pertunjukan haiwan, badut,dan last petunjukan bunga api....
hari kedua pada paginya kita orang g lawat Taman Mini Malaysia ....kat kawasan ni ada replika rumah2 melayu tradisional setiap negeri kat malaysia yg di bina dalam kawasan hutan....Dan di sini juga ar jugak TRAGEDI berlaku.....mata aku termasuk serangga....aku ingat biasa2 jer ar...tp bila dah masuk ke petang mata aku dah mula bengkak....adeh....sakit ar jugak masa tu....rupanya serangga tu berbisa.....habis musnah semua mood aku nak g KZM kali ni....Nasib baik ar hari tu ada melawat Putra Hospital dpt ar aku beli ubat kat situ....nak g jumpa doktor takut x sempat pulak kan...Esoknya aku pon pakai ar cermin mata...ada satu lagi masalah....anak sedara aku dah tukarkan cermin mata aku dng mak dia punya cermin mata ....nasib baik cermin mata tu x macam perempuan sgt cuma ada ar kat tepi tu corak sikit....nak tak nak aku pakai jer ar daripada org nampak mata aku yg bengkak sepet tu....arghhhhhh geram sangat!!!! Hari keempat pagi2 lagi aku dah balik ke KL x tahan dah mata dah sakit sngt nasib baik bos aku balik hari tu sebab dia pon ada hal....tumpang ar dia balik sekali....Aku rasa banyak2 KZM ni ar yg paling x best aku rasa....apa nak buat dah nasibkan....huhuhuu....
Monday, November 2, 2009
Karipap Pusing...
hari ahad hari tu mak aku buat karipap pusing dah lama x buat ni......korang tau x karipap pusing tu cam ne? ha cam kat bawah ni ar...dia lain sikit rupanya....x cam karipap biasa rupanye...kulit dia tak licin tp beralur2. Nak buat pon cam leceh sikit ar...sebab dia guna 2 doh satu tepung dng air garam satu lagi tepung dng magerin pastu gabung uli2 ...isi inti...dan jadi ar karipap pusing...hahaha....mak aku memang pakar buat karipap ni dan yg penting sedap....bukan aku jer cakap tp jiran,sedara sampai kawan2 aku masa kat U masa aku bawak g sana pon ckp cam tu...hahaha. sebenarnya karipap tu cantik tp yg ni aku yg goreng tu garing sikit tu....yelah org laki masak...bila ar nak ada org nak masakkan untuk aku selain mak aku ni...hmmmm....
Sunday, November 1, 2009
kisah beli RapidPass....
hari sabtu lepas pas kerja aku g KL nak beli Rapidpass tuk bulan November ni... Aku memang guna Rapidpass senjak tambang bas Rapid di naikkan start bulan september lepas dan di mansuhkan tiket 2 ringgit all access dia tu. Aku rasa lebih berbaloi guna tiket ni daripada beratur hari2 nak bayar kat drebar bas setiap kali naik bas...Aku ambik tiket yg sebulan RM 100 yg boleh naik apa2 jenis bas tak kisah asalkan Rapid KL. Jimat pon jimat aku kira klu hari2 pergi balik aku kena 4 ringgit sebulan dah 96 ringgit tak termasuk hari Ahad. Sabtu aku g ke stesen Pasar Seni nak beli tiket tu..sampai jer kat kaunter aku cakap nak beli tiket untuk bulan 11 punya...awek tukang jual tu ckp start bulan 11 ni semua kena guna kad touch n go punya...aku pon pelik bila masa tukar x kasi tahu pon...tp yg menjadi lebih pelik kat atas meja dia ada tiket yg aku nak tu..aku pon tanya yg tiket tu tuk apa..dia kata x leh dah semua kena touch n go...aku pon apalagi ckp x pe ar...dah terus blah...
Aku fikir2 balik ye ke? tp apasal tiket atas meja tu ada pulak tuk bulan 11 ni....aku x sedap hati terus ke stesen Masjid Jamek...dan....akhirnya dpt aku beli tiket tu tanpa apa2 masalah...dah tiket tu serupa dng tiket yg ada kat meja kaunter Pasar Seni tu....apa ni...buat aku panas jer Sabtu tu...nasib baik aku g ke Masjid Jamek tu.....hmmmm....x tahu ar apa motif awek tu suruh aku guna kad touch n go tu...macam-macam ar !
Aku fikir2 balik ye ke? tp apasal tiket atas meja tu ada pulak tuk bulan 11 ni....aku x sedap hati terus ke stesen Masjid Jamek...dan....akhirnya dpt aku beli tiket tu tanpa apa2 masalah...dah tiket tu serupa dng tiket yg ada kat meja kaunter Pasar Seni tu....apa ni...buat aku panas jer Sabtu tu...nasib baik aku g ke Masjid Jamek tu.....hmmmm....x tahu ar apa motif awek tu suruh aku guna kad touch n go tu...macam-macam ar !
ni ar tiket yg susah sangat nak beli tu...
tiket bulan2 lepas....bulan September dan Oktober
Friday, October 30, 2009
Jangan Emosi Dengan Tanah....

ari tu lepas waktu kerja kitaorang bertiga iaitu aku , kak wan dan cik momoi telah g ke midvalley tuk tengok filem Papadom....best film in the year dlm festival filem malaysia baru2 ni...yelah siapa x nak tengok filem tu kan sebab menang BEST FILM tu..nak tengok jugak apa yg boleh membuatkan film ni menang....tp yg penting sebenarnya aku nak g tengok film ni sebab aku salah seorang peminat filem2 Afdlin Shauki....hihihi.Bagi aku cerita ni agak ok tp pendapat aku karya afdlin yg masih the best tetap BULI....bukan apa aku tengok cerita ni kurang sikit ar...klu org kata cerita ni boleh membuatkan org menagis mungkin tp bagi aku banyak yg missing bab2 touching yg afdlin x masukan.Aku teringin sangat nak tengok si Mia ( Liyana ) menyuapkan papadom kat mulut Saadom ( Afdlin ) sambil mengucapkan "Terima Kasih Papa" kat babak selepas dia membuat filem pendek bagi tugasan nya....tp x de...hai potong betul...klu ar babak tu ada sure aku leh nangis... hihihiOverall filem ni masih dalam lingkuangan terbaik untuk di tonton....aku suka watak Noor walaupon dia sebagai cameo sahaja dlm filem ni...Scha not bad sebagai seorang senior yg pembuli dan gedik....lagi satu si Chelsia memang best sebagai seorang lurus bendul nak2 lagi bab masa kat sekolah....oh ya...Que & Harun Salim Bachik juga bagus nak2 lagi time dialog jgn emosi dng tanah ...apapon Syabas tuk Adflin dengan filem 'terbaiknya' ini.... 3 bintang tuk PAPADOM....pas jer habis kitaorang p makan, kak wan perkenalkan mee goreng Singapore...not bad sedap...lagipon rencahnya banyak tu yg best tu....
Subscribe to:
Posts (Atom)










