Sunday, December 16, 2007

Anugerah Juara Lagu 22

AJL 22 di jangka akan dia adakan pada 27 Januari 2008.Tahun ni mungkin lebih best sebab banyak lagu dari kategori Poprock jadi mesti happenig gilerrrr...........janji rock!!!!!

Finalist AJL 22

ETNIK KREATIF
Nora - Samudera
Aishah - Kasihnya Balkis
Ramlah Ram - Digarhayu
BALADA
Jaclyn Victor & Lah - Ceritera Cinta
Sahri - Izinku Pergi
Faizal Tahir - Mahakarya Cinta
Faizal Tahir - Kasih Tercipta
Fazli Zainal - Harapan
POP ROCK
Jinbara - Farhana
Sofaz - Janjiku
Misha & Andy - Sembunyi
Estranged - Itu Kamu
Mawi - Angan & Sedar
Datuk Siti Nurhaliza - Destinasi Cinta

Anugerah Skrin 2007


Anugerah Skrin 07 sampai ke kemuncak. Filem Cinta diangkat sebagai filem terbaik manakala Sebuah Ijtihad memenangi drama terbaik.....keputusan kira oklah tapi ada jugak yg aku x puas hati macam bagi pengarah terbaik Bade menang bagi filen Syaitan...aku tengok cite tu masa priview dia pon dah nak pening cam ne boleh menang ......tak tau arrrr lagi satu drama rantaian terbaik kenapa Seputih kasih Ramadan x masuk calon akhir sedangankan tayang kat tv sampai dua minggu khas tuk anugerah skrin klu x mesti menang punya lagi yg buat aku terkejut badak Senario menang rancangan hiburan(bukan muzikal) terbaik......gilo apo!.Antara yg jadi bahan usikan tahun ni ialah

1. Eja dan Azwan Ali- masa Kak Ogy dan Fafau jadi penyampai
2. Erra Fazira- masa Awie dan Hans
3. Chef Wan dan Karam Sing Walia- masa Kak Engku dan Aidil

Senarai pemenang Anugerah Skrin 2007:

Kategori Filem

Filem Terbaik: Cinta

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Datuk Rahim Razali (Cinta)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Vanidah Imran (Red Kebaya)

Pengarah Terbaik Filem: Badaruddin Azmi (Syaitan)

Lakon Layar Terbaik Filem: Mira Mustaffa / Ara (Cinta)

Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri

Drama Terbaik: Sebuah Ijtihad

Pelakon Lelaki Terbaik: Mohd. Syafie Naswip (Ilham Suci)

Pelakon Wanita Terbaik: Sofea Jane (Sebuah Ijtihad)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: M.Rajoli (Tanah Kubur)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Noor Khiriah (Nek Kiah)

Pengarah Terbaik: Azman Yahya @ Jinggo (Sebuah Ijtihad)

Lakon TV Terbaik : Nazli Jaafar (Sebuah Ijtihad)

DramaƊRantaian Terbaik: Susuk

Drama Komedi Terbaik: Bong

Kategori Penerbitan Dalaman

Dokumentari atau Majalah Terbaik: Crime Scene musim kedua (8TV)

Bual Bicara Terbaik: Macam Macam Aznil (Astro)

Rancangan Muzik Terbaik: Anugerah Juara Lagu 21 (TV3)

Rancangan Hiburan (Bukan Muzik) Terbaik: Senario (TV3)

Realiti Terbaik: What Women Want (8TV)

Laporan Khas Terbaik: Buletin Utama- Babi Cemar (TV3)

Anugerah Khas Pantene

Pelakon Wanita Harapan Popular: Fauziah Gaos
barisan pemenang tahun ni
pengacara anugerah- Aidel & Kak Engku, boleh tahanlah......
gandingan penyampai lazer dan becok Anugerah Skrin 07- remaja purba, kak Ogy dan Fafau
gaya "bermadu" Awie dan Hans....

Saturday, December 15, 2007

Tersendiri - Ning dan Nikki dlm lagu Asmara

Hadiah Daripada Hati Siti Nurhaliza

Siti kuar album baru.....Hadiah Daripada Hati tajuk dia, cover dia warna hitam dengan pic siti ala2 pakai tudung .....Sebenarnya album yg patut kuar bergrend Etnik Kreatif tapi sebab material x de yg ada lagu pop dia buat dulu album ni.Kali ni album dia aku rasalah kurang sikit yg tangkap telinga klu boleh tangkap pon lagu yg hit sekarang Ku Mahu(tema spa q) dan the best song dlm album ni Hati ( tema Hati Malaya).Yg sedang2 ok bagi aku Wanita, Tanpa Kalian dan Biarkan yg lain kira oklah....

pose Siti bersama album terbaru Hadiah Daripada Hati.........



fesyen Siti yg agak kurengggggg sampai di label sbg penjenayah fesyen? ye ke?

Opis Aku

Nilah opis aku Suri Media Sdn Bhd..Opis ni khusus tuk bahagian wartwan,grafik dan fotografi jer bahgian cam percetakan,pengederan dan pengurusan kat opis lain pulak......Baru2 ni bahgian grafik dengan fotografik bertukar wajah sikit sorang dapat satu meja klu dulu meja di susun sebelah menyebelah jadi banyak lah berborak dari kerja......:) Aku dapat kedudukan strategik bahagian belakang jadi senag klu nak buat kerja haram..chatinglah......hahahahaha

dari pandangan meja wartawan....
Dari pandangan meja aku......yg baju merah tu Wawan Mohd sedang memilih gambar Anugerah Skrin .hihihihih


Tuesday, December 11, 2007

Gi PC Fair 2007 PICC




Hari sabtu 8 aribulan aku g PC Fair....ingat hati nak beli pendrive je tapi adalah bawak duit lebih mana tahu ada benda berkenan...sekali memang adapon......Kemera digital...aku memang nak cari kemera digital ,senang klu g mana2 x payah nak pinjam orbng punya kamera.Servey punya servey adalah dalam 3-4 kedai aku servey memang menarik tawaran diorang lagi2 harganya fuh!! murah siot....kurang 50- 100 ringgit klu kat kedai luar.....kat sini siap ada dapat cenderahati lagi. Last2 aku beli Canon Powershot setakat cukup duit yg aku bawak......kemera tu klu kat luar rm499 tapi kat situ dapat rm399.......jimat aku rm100.....Hari tu memnag ramai giler org sampai bergesel2 bahu klu nak meraba pon boleh .hahahaha........tapi kali ni macam x banyak kedai sangat.....ada tu sampat 2 kedai dlm satu tempat......apa2 pon sekarang aku dah pon ada kemera jadi senang nak snap gambar klu aku g mana2......hihihihih

Anak sedara baru.....

Pada 20 haribulan November ari tu aku dapat lagi sorang anak sedara masuk ni dah tiga anak sedara aku...kali ni Angah aku dapat anak lelaki jadi sepasanglah anak dia sekarang.Namanya Mohd Aiman Danish. Anak pertama Angah aku perempuan, Nur Aisya Amira 2 tahun tengah lasak sekarang.......Along aku pulak baru satu anak dia si comel Nurul Ain...Nurul nak dapat adik dlm masa terdekat ni mungkin tidak sebab along aku operation masa melahirkan Nurul.Aku...anak? ........hihihihi.....5 tahun lagi kot. Klu jodoh cepat cepatlah .....hahahahaha..siapalah nak kan aku......gaji ciput...

Thursday, October 25, 2007

BINTANG HIT BULAN NOVEMBER

BH terbaru keluaran november telah berada di pasaran..dapatkan di sekarang......
Hadiah menarik tuk di menangi hamper CD RM 100 dan hamper Silky for Men

Wednesday, October 24, 2007

FILEM-FILEM MELAYU HINGGA HUJUNG 2007


ha... dah nak sampai pengujung tahun 2007 pon...di bawah ni aku senarai kan filem2 melayu yg akan di tayangkan sampai pengujung tahun ni, siap dengan pic gambar dari film tu sekali . Ada berbagai gred ada romantik komedi, seram & cemas, komedi keluarga, dan triller & jenayah. Jadi kpd korang yg peminat filem melayu sokonglah filem kita........klu bukan kita siapa lagi nak sokong......

9 SEPTEMBER - 1 NOVEMBER 2007



Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Genre : Komedi, Cinta
Tarikh Tayangan : 01 November 2007
Pengarah : Pierre Andre
PELAKON :
Pierre Andre : Kogi
Fasha Sandha : Nia
Fahrin Ahmad : Andrian

ORANG MINYAK - 15 NOVEMBER 2007




Syarikat Penerbit : Infohibur Production Sdn. Bhd.
Genre : Ngeri, Seram
Tarikh Tayangan : 15 November 2007
Pengarah : Jamal Maarif, C.K. Karan
PELAKON :
Sharifah Sofea : Dian
Jobot Mehran : Orang Minyak / Syaitan
Fizz Fairuz : Munir
Fauzi Nawawi : Malek Kumbo

NANA TANJUNG 2 - 29 NOVEMBER 2007



Syarikat Penerbit : Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd & GBSB
Genre : Komedi, Keluarga
Tarikh Tayangan : 29 November 2007
Pengarah : Prof Madya A. Razak Mohaideen
PELAKON:
Shaffii Jaafar(Pie) :Nana
Saiful Apek : Akhbar Khan
Fasha Sandha : Khairunisa
Waheeda :Balqis

ANAK HALAL -13 DISEMBER 2007



Syarikat Penerbit : Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Genre : Jenayah, Drama
Tarikh Tayangan : 13 Disember 2007
Pengarah : Osman Ali
PELAKON :
Farid Kamil : Inderaputera
Maya Karin : Jo
Fasha Sandha : Amiera




Sunday, October 21, 2007

1957 - Hati Malaya


Aku sebenarnya agak tertarik dengan film ni. Nak2 lagi arahan antara pengarah frevt aku Shuhaimi Baba yg terkenal dengan ketelitian filmnya. Film ni mengangkat kisah sebenar jerit perih tokoh2 kemerdekaan untuk memerdekakan negara kita......aku rasa generasi muda WAJIB tonton cerita ni supaya dapat tahu cam mana nak memerdekakan negara ni........jgn asik tahu nak laung merdeka jer.......aku harap cerita ni sukses walaupon sebelum ni film bergrend sebegini susah nak laku kecuali film Bukit kepong & Left Adnan jer......sokong lah filem kita.

sampah oh sampah.....


hemm..... ni adalah pic sampah yg tak di bersihkan oleh pihak yg bertanggungjawab.......dah lama dah sampah ni kat situ terbiar x dibersihkan......masa kau tangkap pic ni kira oklah x banyak sangat tapi sekarang dah berlambak2 cam tempat pembuangan sampah pulak. Tempat dia pulak sebelah bus stop tempat selalu aku tunggu bas masa balik kerja. aku harap adalah pihak yg dapat bersihkan kawasan ni sebab dah lama sangat lagipon dekat dengan jalan besar x elok di pandangan mata org yg lalu lalang.......Bukan aku jer yg kurang senang dengan benda ni kakak kat tempat kerja aku lagi risau hari2 klu balik mesti merungut pasal sampah ni........Kak wan sabar ye ........klu x sabar cal jer DBKL @ Alam Flora x gitu.......hahahaha

Trip GTN Magazine ke Johor & Melaka


seperti yg aku janjikan ni dia gambar2 masa aku g trip GTN magazine ke johor & melaka.......tapi sayang gambar yg aku tangkap hilang dalam desktop pc aku..arghhhhhhhh tesion nasib baik ada gambar dari file gtn magazine......ni jerlah yg dapat aku tunjuk. Gambar eklusif aku semua dah hilang......nak tengok gambar yg lain beli GTN isu terbaru nanti ok......gambar kat atas hotel kitaorang menginap Hotel The Zon by the sea Johor bahru.....
polis yg escort kitaorang dari shah alam ke johor & melaka

Di Desaru Fruit Farm

jalan2 dlm kebun buah

merasa makan buah mentega........sedap jugak

masa kat zoo mini




cik gani menujukkan arnab yg terdapat kat Desaru fruit farm.........

Makan Time.......


kusyuk makan........lauk asam pedas ikan cencaru,masak lemak sayur apatah x tahu nama........ makan tengah laut pulak.....wah best giler.........

jalan nak g kat resturant tempat makan tengahari kitaorang.........tengah laut tu.......
motor rimau maskot restourant ni............rasanyerlah..........hahahaha


Homestay Tanjung Piai


Selepas g Tjg Piai kitaorg di jemput pulak g homestay kat situ pulak.......ketua rumah dia merangkap ketua homestay seluruh Tjg Piai namanya Cikgu Aziz "peramah melampau"......hahahaha,tapi best seluruh org kat umah tu baik2 belaka...dapat makan kuih karipap dan apam lagi..... time acih..
Cik Gani dengan pose "cantik" di atas katil pengantin kat homestay Tjg Piai......

photo time.............everbody say......cheseeeeeeeee!!!!!!






Gani dari mag. kapcai tergolek bila sampai kat tanjung piai..........tanda seronok kot hahahha...

Saturday, October 6, 2007

Wednesday, August 22, 2007

hai semua


dah lama jugak aku x update blog ni...bisalah tugas dah bertambah.sebenarnya aku pon baru balik dari trip anjuran GTN magazine g johor dengan melaka.....Esok 2 aku update gambar dengan stroy g sana.....dan banyak jugak story mory yg aku nak cerita kat korang....ok chow!

Monday, July 23, 2007

Puasa dijangka 13 September



Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 13 September ini dan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 13 Oktober. Penolong Pegawai Tadbir Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Ahmad Taufan bin Abdul Rashid berkata, umat Islam dijangka berpuasa genap 30 hari. Katanya, berdasarkan kepada kiraan falak, ijtimak akan berlaku pada pukul 8.45 malam, 11 September ini kira-kira 1 jam 35 minit selepas matahari terbenam pada hari tersebut.

"Justeru, menurut kaedah rukyah dan hisab, anak bulan disabitkan belum atau tidak wujud selepas matahari terbenam 11 September 2007 kerana ijtimak belum berlaku kerana bulan terbenam lebih awal sebelum waktu matahari terbenam," jelasnya. Jadi kepada mereka yg belum ganti puasa gantilah dah nak nak masuk ramadan 2007 dah oiiiiiiiii.........