Sunday, December 16, 2007

Anugerah Juara Lagu 22

AJL 22 di jangka akan dia adakan pada 27 Januari 2008.Tahun ni mungkin lebih best sebab banyak lagu dari kategori Poprock jadi mesti happenig gilerrrr...........janji rock!!!!!

Finalist AJL 22

ETNIK KREATIF
Nora - Samudera
Aishah - Kasihnya Balkis
Ramlah Ram - Digarhayu
BALADA
Jaclyn Victor & Lah - Ceritera Cinta
Sahri - Izinku Pergi
Faizal Tahir - Mahakarya Cinta
Faizal Tahir - Kasih Tercipta
Fazli Zainal - Harapan
POP ROCK
Jinbara - Farhana
Sofaz - Janjiku
Misha & Andy - Sembunyi
Estranged - Itu Kamu
Mawi - Angan & Sedar
Datuk Siti Nurhaliza - Destinasi Cinta

Anugerah Skrin 2007


Anugerah Skrin 07 sampai ke kemuncak. Filem Cinta diangkat sebagai filem terbaik manakala Sebuah Ijtihad memenangi drama terbaik.....keputusan kira oklah tapi ada jugak yg aku x puas hati macam bagi pengarah terbaik Bade menang bagi filen Syaitan...aku tengok cite tu masa priview dia pon dah nak pening cam ne boleh menang ......tak tau arrrr lagi satu drama rantaian terbaik kenapa Seputih kasih Ramadan x masuk calon akhir sedangankan tayang kat tv sampai dua minggu khas tuk anugerah skrin klu x mesti menang punya lagi yg buat aku terkejut badak Senario menang rancangan hiburan(bukan muzikal) terbaik......gilo apo!.Antara yg jadi bahan usikan tahun ni ialah

1. Eja dan Azwan Ali- masa Kak Ogy dan Fafau jadi penyampai
2. Erra Fazira- masa Awie dan Hans
3. Chef Wan dan Karam Sing Walia- masa Kak Engku dan Aidil

Senarai pemenang Anugerah Skrin 2007:

Kategori Filem

Filem Terbaik: Cinta

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Datuk Rahim Razali (Cinta)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Vanidah Imran (Red Kebaya)

Pengarah Terbaik Filem: Badaruddin Azmi (Syaitan)

Lakon Layar Terbaik Filem: Mira Mustaffa / Ara (Cinta)

Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri

Drama Terbaik: Sebuah Ijtihad

Pelakon Lelaki Terbaik: Mohd. Syafie Naswip (Ilham Suci)

Pelakon Wanita Terbaik: Sofea Jane (Sebuah Ijtihad)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: M.Rajoli (Tanah Kubur)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Noor Khiriah (Nek Kiah)

Pengarah Terbaik: Azman Yahya @ Jinggo (Sebuah Ijtihad)

Lakon TV Terbaik : Nazli Jaafar (Sebuah Ijtihad)

DramaƊRantaian Terbaik: Susuk

Drama Komedi Terbaik: Bong

Kategori Penerbitan Dalaman

Dokumentari atau Majalah Terbaik: Crime Scene musim kedua (8TV)

Bual Bicara Terbaik: Macam Macam Aznil (Astro)

Rancangan Muzik Terbaik: Anugerah Juara Lagu 21 (TV3)

Rancangan Hiburan (Bukan Muzik) Terbaik: Senario (TV3)

Realiti Terbaik: What Women Want (8TV)

Laporan Khas Terbaik: Buletin Utama- Babi Cemar (TV3)

Anugerah Khas Pantene

Pelakon Wanita Harapan Popular: Fauziah Gaos
barisan pemenang tahun ni
pengacara anugerah- Aidel & Kak Engku, boleh tahanlah......
gandingan penyampai lazer dan becok Anugerah Skrin 07- remaja purba, kak Ogy dan Fafau
gaya "bermadu" Awie dan Hans....

Saturday, December 15, 2007

Tersendiri - Ning dan Nikki dlm lagu Asmara

Hadiah Daripada Hati Siti Nurhaliza

Siti kuar album baru.....Hadiah Daripada Hati tajuk dia, cover dia warna hitam dengan pic siti ala2 pakai tudung .....Sebenarnya album yg patut kuar bergrend Etnik Kreatif tapi sebab material x de yg ada lagu pop dia buat dulu album ni.Kali ni album dia aku rasalah kurang sikit yg tangkap telinga klu boleh tangkap pon lagu yg hit sekarang Ku Mahu(tema spa q) dan the best song dlm album ni Hati ( tema Hati Malaya).Yg sedang2 ok bagi aku Wanita, Tanpa Kalian dan Biarkan yg lain kira oklah....

pose Siti bersama album terbaru Hadiah Daripada Hati.........



fesyen Siti yg agak kurengggggg sampai di label sbg penjenayah fesyen? ye ke?

Opis Aku

Nilah opis aku Suri Media Sdn Bhd..Opis ni khusus tuk bahagian wartwan,grafik dan fotografi jer bahgian cam percetakan,pengederan dan pengurusan kat opis lain pulak......Baru2 ni bahgian grafik dengan fotografik bertukar wajah sikit sorang dapat satu meja klu dulu meja di susun sebelah menyebelah jadi banyak lah berborak dari kerja......:) Aku dapat kedudukan strategik bahagian belakang jadi senag klu nak buat kerja haram..chatinglah......hahahahaha

dari pandangan meja wartawan....
Dari pandangan meja aku......yg baju merah tu Wawan Mohd sedang memilih gambar Anugerah Skrin .hihihihih


Tuesday, December 11, 2007

Gi PC Fair 2007 PICC




Hari sabtu 8 aribulan aku g PC Fair....ingat hati nak beli pendrive je tapi adalah bawak duit lebih mana tahu ada benda berkenan...sekali memang adapon......Kemera digital...aku memang nak cari kemera digital ,senang klu g mana2 x payah nak pinjam orbng punya kamera.Servey punya servey adalah dalam 3-4 kedai aku servey memang menarik tawaran diorang lagi2 harganya fuh!! murah siot....kurang 50- 100 ringgit klu kat kedai luar.....kat sini siap ada dapat cenderahati lagi. Last2 aku beli Canon Powershot setakat cukup duit yg aku bawak......kemera tu klu kat luar rm499 tapi kat situ dapat rm399.......jimat aku rm100.....Hari tu memnag ramai giler org sampai bergesel2 bahu klu nak meraba pon boleh .hahahaha........tapi kali ni macam x banyak kedai sangat.....ada tu sampat 2 kedai dlm satu tempat......apa2 pon sekarang aku dah pon ada kemera jadi senang nak snap gambar klu aku g mana2......hihihihih

Anak sedara baru.....

Pada 20 haribulan November ari tu aku dapat lagi sorang anak sedara masuk ni dah tiga anak sedara aku...kali ni Angah aku dapat anak lelaki jadi sepasanglah anak dia sekarang.Namanya Mohd Aiman Danish. Anak pertama Angah aku perempuan, Nur Aisya Amira 2 tahun tengah lasak sekarang.......Along aku pulak baru satu anak dia si comel Nurul Ain...Nurul nak dapat adik dlm masa terdekat ni mungkin tidak sebab along aku operation masa melahirkan Nurul.Aku...anak? ........hihihihi.....5 tahun lagi kot. Klu jodoh cepat cepatlah .....hahahahaha..siapalah nak kan aku......gaji ciput...