Thursday, January 29, 2009

Demam yg panjang....

Aduh......hari ni baru aku masuk opis setelah kira2 4 hari aku cuti termasuk cuti raya cina ari tu.Aku demam, sebenarnya dah lama dah aku demam ni klu nak ikutkan dari minggu lepas lagi start 17 hari bulan badan dah rasa tak sihat tp aku buat selamba jer. Aku tak layan sangat demam ni nak2 lagi aku org kuat yg nak menguruskan majlis pertunangan nanti.Tapi lepas jer majlis pertuangan tu esoknya (cam tau2 dah setel semuanya :) ), apalagi demamlah siap berpeluh2,pening kepala, batuk dan selsema org kata pekej lengkap ar hahaha... Mungkin badan dah tak mampu tuk bertahan last2 g kat klinik panel famili aku ambik obat nasib baik klinik tu bukak, tu pon separuh hari jer yelah masih cuti Gong Xi Fat Chai lagikan.Aku klu demam obat klinik ni jer yg serasi sekali makan dah ok.Hari ni kena masuk opis walupon tak ar sihat sepenuhnya tp kira oklah...lagipon doktor kasi MC 2 hari jer...adeh.....malas rasanya nak buat kerja...

Selamat Semuanya....


Pada 25 Januari 2009 sehari sebelum Gong Xi Fa Chai majlis pertunangan berjalan dng selamatnya. Semua yg di rancang berjalan seperti di harapkan...Amin...walaupon aku deman masa tu.....

Friday, January 23, 2009

Wednesday, January 21, 2009

alkisah kat Negeri Sembilan

hari tu aku ikut geng GTN magazine pi teroka Negeri Sembilan tuk next isu punya story.Boleh di katakan kitaorang pusing satu Negeri Sembilan ar...best.....Negeri Sembilan ni banyak kampung, sedap jer mata memandang.Masa kat sana kitaorang duk kat 3 tempat hari pertama kat Avilion Admiral Cove, kedua kat Homestay Lonek dan ketiga kat Kelana Resort.Masa kat homestay best sebab banyak aktiviti kg dapat di cuba dan tengok cam kacau dodol,mengemping,mengocak dan macam2 ar.Selain tu kita orang g jugak kat Pengkalan Kempas,PD menyusuri sungai tu tuk tengok bangau dan buaya, gi Teratak Za'ba, Rembau Kristal,Muzium Adat,Pusat Kraftangan Negeri Sembilan dan Star Fresh Agro Park. Klu ikut jadual dapat g Istana Seri Menanti tp faham ar Negeri Sembilan masih berkabung jadi sebagai menghormati kami tak g ke sana.

Tuesday, January 20, 2009

AJL23 : Gemilang tapi kurang "ummph"


Akhirnya Lagu Untukmu daripada Meet Uncle Hussien di angkat Juara Lagu 23.Bagi aku tekaan aku mengena tuk semua kategori....hihihi.Lagu tu bagi aku patut menang kerana unik dan bagus muziknya.Tahniah MUH!. Apa pon malam anugerah tu aku rasa agak kureng panasnya berbanding AJL 22 tetapi tetap gemilang. Knp? sebab banyak jugak kesalahan teknikal berlaku contoh sound sistem yg tenggelam timbul bunyinya sampai nak potong mood menontonya terutama masa lagu Kalis Rindu sampai teruk sangat bunyinya.Fokus kamera pon kadang2 lari2...hmm kata buat raptai. Oklah semua pon dah selesai dan pemenang pon menang tanpa kontroversi. Bagi aku AJL22 masih the best persembahannya dng sound sistem dan pentas yg hebat tak payah skrin grafik yg banyak cuma guna cahaya pon dah hebat.Tuk acara selingan tu memang best gabungan bebudak Idola kecil dng Jamal,Jac dan M.Nasir terpukau beb!.

KEPUTUSAN PENUH AJL23
VOKAL TERBAIK : Faizal Tahir
PERSEMBAHAN TERBAIK : Faizal Tahir
JUARA KATEGORI BALADA: Sampai Syurga,Faizal Tahir
JUARA KATEGORI POP ROCK: Lagu Untukmu,Meet Uncle Hussein
JUARA ETNIK KREATIF: Persoalan Cinta,Farawahida
JUARA KESELURUHAN: Lagu Untukmu,Meet Uncle



Thursday, January 15, 2009

Lantera Timur yang bersinar...


Aku dah dapatkan dah album penyanyi kesukaan aku ni.Memang aku tunggu album ni sebab dah lama CT tak buat album tradisional.Setelah dengar berkali-kali album ni aku rasa ada pembaharuan yg di buat dalam album ni, betul ar kata CT album ni berentak tradisional kontemperari sebab irma tradisionalnya telah di adun dng muzik moden tanpa mengilangkan rasa tradisional tu...cayalah...Bagi aku semua lagu dlm album ni bagus walaupon di hasilkan oleh komposer yg di kenali oleh jalur muzik pop rock dan balada kecuali Pak Ngah dan S.Atan yg mempunyai asas lagu tradisional.Bagi aku album ni tak ar album terbaik tradisional daripada CT (aku lebih suka Cindai & Sahmura) tp vokal mantap CT telah menyelamatkan album ni . Bagi aku lagu yg aku gemari ada 5 iaitu Di Taman Teman (Fauzi Marzuki),Jelmakan Ayumu (Pak Ngah),Joget Menanti Kasih (S.Atan),Senyum Miang Manis (Zul Mahat) dan Seloka Budi (Adnan Abu Hassan).Kepada peminat muzik tradisional Melayu tidak rugi tuk mendapatkan album ni.....

Kisah Kirana & Dania berakhir...

Minggu ni berkahir sudah dua drama kat Astro yg aku suka tengok iaitu Renjis dan Awan Dania. Kenapa aku suka tengok cita ni, sebab aku rasa kisah drama ni agak segar dan tidak terikut drama2 yg sedia ada iaitu kisah tomboy nak jadi pramugari dan perunding perkahwinan yg takut kawin. Aku suka dng lakonan dua pelakon utama cerita ni...Elyana & Scha....aku tengok diorang tak terikat sangat dng dialog yg sedia ada, senang kata sempoi ar diorang berlakon.Pelakon pembantu pon boleh berlakon walaupon ramai yg baru.Tuk drama Renjis aku tengok dari musim satu lagi walaupon drama ni penutup dia agak kureng sebab Kirana tak kawin.Watak Mak Kirana,Mila, Kelana, Rafiq, Budi dan Dean memang melekat.Bagi Awan Dania pulak aku agak frust sikit sebab wakak K ( Nasha Aziz - yg peberet actress :P ) di tukar kepada J (Vanida Imran) di tengah-tengah cerita tp still ok walaupon bertukar watak. Apa pon ada jugak drama kat Astro yg boleh aku layan sebab selama ni drama2nya semuanya cam #%$^%. hahahaha.....

Thursday, January 8, 2009

GTN trip to Negeri 9


hari ni Jumaat 9 Januari sehingga Isnin 12 Januari 2009 aku dan geng GTN magazine akan menjelajah Negeri Sembilan untuk keluaran isu akan datang...jadi tunggu tuk cerita dan gambar2 aku berda di N9 ye........hihihi

Kemuncak Anugerah Juara Lagu 23

Anugerah Juara Lagu ke 23 akan berlangsung pada 18 Januari ini tepat pukul 9.00 malam, secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil di pancarkan terus oleh TV3.Hmmm ...siapa yg akan menjadi juara kita tengok ar nanti tp perlu di ingat anugerah ni mengiktiraf lagu bukan nya penyanyi jadi sebarang kemungkinan kejutan bakal berlaku seperti AJL yg terdahulu...

Berikut adalah giliran lagu bertanding selepas undian dilakukan

1.Bukan di Sini (Sofaz /Zimi / Amir / Iwan)
2.Lagu Kita (Aizat)
3.Dusta Berkalang (Aiman/Hafiz Hamidun/Ahmad Fedtri Yahya)
4.Cuba (Faizal Tahir/Audi Mok)
5.Yang Pernah (Estranged)
6.Bila Nak Saksi (Spider/Tam/Loloq)
7.Doa Dalam Lagu (Zahid&Heliza/Ajai/Loloq)
8.Sampai Syurga (Faizal Tahir/Audi Mok)
9.Hanya Di Mercu (Ayu/Aubrey Suwito/Habsah Hassan)
10.Aku Stacy (Stacy/Intan Norul Azlin/Layla Ismail)
11.Dingin (Ziana Zain/Azlan Abu Hassan/Azalea)
12.Kalis Rindu (Elyana/Aidit Alfian/Ad Samad)
13.Persoalan Cinta (Farawahida/Julfekar/Ku Seman&Izza Rosley)
14.Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)

Hadiah yang bakal dimenangi oleh finalis AJL 23 adalah seperti berikut:-
JUARA LAGU KE 23 - Trofi dan wang tunai RM 25,000
JUARA ETNIK KREATIF - Trofi dan wang tunai RM 12,000
JUARA BALADA Trofi - dan wang tunai RM 12,000
JUARA POP ROCK - Trofi dan wang tunai RM 12,000
PERSEMBAHAN TERBAIK - Trofi dan wang tunai RM 10,000
VOKAL TERBAIK - Trofi dan wang tunai RM 10,000

Pilihan FBR Juara AJL :
Etnik Kreatif - Persoalan Cinta
Balada - Sampai Syurga
Pop Rock - Kalis Rindu / Lagu Untukmu
Juara - Lagu Untukmu / Sampai Syurga

Tuesday, January 6, 2009

Kutipan Filem Hollywood Tahun 2008


Top 5 Kutipan Filem Hollywood Paling Laris 2008 - kutipan seluruh dunia


1. Batman : The Dark Knight - RM 3.58 billion
2. Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull - RM 2.8 billion
3. Kung Fu Panda - RM 2.28 biliion
4. Hancock - RM 2.24 billion
5. Iron Man - RM 2.05 billion


Top 10 Filem Hollywood Paling Laris


1. Titanic - RM 6.59 billion
2. The Lord of the Rings - The Return of the King - RM 4.03 billion
3. Pirates of the Caribbean : Dead Man's Chest - RM 3.81 billion
4. Batman : The Dark Knight - RM 3.58 billion
5. Pirates of the Caribbean : At World's End - RM 3.45 billion
6. Harry Potter and the Order of the Phoenix - RM 3.37 billion
7. Star Wars : Episode 1 - The Panhtom Menace - RM 3.33 billion
8. The Lord of the Rings - The Two Towers - RM 3.32 billion
9. Jurassic Park - RM 3.31 billion
10. Shrek 2 - RM 3.24 billion

Kutipan Filem Melayu Tahun 2008


Top 5 Kutipan Filem Melayu Tahun 2008 Paling Laris - anggaran kasar


1. Duyung - RM 4.7 juta
2. Senario The Movie : Episode 1 - RM 4.6 juta
3. Evolusi KL Drift - RM 4.5 juta
4. Congkak - RM 4.5 juta
5. Histeria - RM 3 juta

Top 10 Filem Melayu Paling Laris ( 2000-2008 ) - anggaran kasar


1. Lagi - Lagi Senario - RM 6.33 juta
2. Jangan Pandang Belakang - RM 5.78 juta
3. Cicakman - RM 5.15 juta
4. Duyung - RM 4.7 juta
5. Senario The Movie : Episode 1 - RM 4.6 juta
6. Evolusi KL Drift - RM 4.5 juta
7. Congkak - RM 4.5 juta
8. Gerak Khas The Movie - RM 4.4 juta
9. Senario Lagi - RM 4.37 juta
10. Cinta Kolestrol - RM 3.82 juta

Sunday, January 4, 2009

Lantera Timur Siti Nurhaliza

Album terbaru Dato Siti Nurhaliza dah berada di pasaran .Tajuk album kali ni ialah Lantera Timur yg bermaksud Cahaya Timur sesuai dng konsep album ni yg berentak etnik kontenperari.Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah
Di Kayangan Kita (Johari Teh / Keon)
Bintang Malam (Johan Nawawi/Amran Omar)
Cinta Ini (Katon Bagaskara)
Ada Masa Mata (M.Nasir/Ad Samad)
Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar/Zubir Ali)
Seloka Budi (Adnan Abu Hassan/Azam Dungun)
Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar/Zubir Ali)
Senyum Minang Manis (Zul Mahat/Abot)
Joget Menanti Kasih (S.Atan/Habsah Hassan)
Di Taman Teman (Fauzi Marzuki/Hairul Anuar Harun)
Jelmakanlah Ayumu (Pak Ngah)
Album ni terbitan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. ini dan di edarkan oleh Suria Records Album ini telah mula dipasarkan sejak 26 Disember lalu dalam bentuk cakera padat dengan harga RM29.90. Jadi kepada peminta muzik Malaysia terutama peminta Dato Siti apa lagi belilah…….hihihi

Selamat Pagi Cikgu......


hai...hari ni dah masuk sesi penggal baru persekolahan tuk tahun 2009. Sekolah kembali bernyawa setelah sebulan lebih berehat....Kepada adik-adik selamat belajar balik...hihihi. Aku suka time hari pertama persekolahn sebab masa ni ar nak tahu siapa yg nak jadi ketua kelas, pengawas, ada bau baju baru dan leh kenal budak baru yg masuk kelas kita terutama pompuan ar...hihihi. Kalau ingat2 balik time persekolah memang best....rasa cam nak sekolah balik. :). Oklah tuk adik aku yg bongsu tahun ni masuk ting4 baru lepas PMR dng keputusan yg sangat baik...selamat belajar.....ok

Hari pertama tahun baru...

Selamat tahun baru 2009 semua. hahaha.. dah tua dah kita semua kan....oklah hari pertama tahun 2009 aku telah g ke Kuala Lumpur. Biasalah KL time cuti ramai ar org tp majoritinya semuanya pendatang......apa nak jadi dah Malaysia ni ramai sangat warga pendatang daripada rakyatnye sendiri.. yelah Malaysiakan Truly Asia...tak lama lagi leh tukar Malaysia Truly Worlds..hahaha. Aku g sana pon sebab nak teman kakak aku g beli barang2 pertunangan...BERTUNANG??? :) apa2 pon klu tiada aral melintang majlis tu akan di adakan pada hujung bulan Januari ni... siapa yg bertunang....tungguuuu.....:P