Tuesday, August 31, 2010

1 Malaysia Menjana Tranformasi


Salam Hari Merdeka ke 53.Alhamdullilah...kita dapat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita ke 53 dengan aman dan sejahtera. Walaupun terdapat pekara2 yang agak menduga kita akhir2 ini seperti masalah dng org sebelah sana yg sibuk memburukkan negara kita dan tak reti2 menghormati bulan puasa dng berdemontrasi dan main najis...eeeeeee buruknye perangai... dan isu racis dalam negara di harap agar pekara2 ni dapat di selesaikan dng cara diploatik dan berhemah tanpa mengikut rasa dan hati. Mungkin dng pekara2 ni dapat mematangkan lagi negara kita untuk terus maju di masa hadapan.Semoga Malaysia akan kekal aman,sejahtera dan bersatupadu abadi selama-lamanya...Amin...MERDEKA!!!

sesak..sesak....

Aduh....sesak...tu yg leh aku cakap keadaan kat Kl sekarang. Orang berpusu2 nak membeli belah brg2 raya. Kalau korang yg jenis tak tahan dng orang ramai di nasihatkan jgn ar pergi takut nanti pengsan pulak kat tengah orang ramai tu...hahaha. Ni ar org Malaysia time raya tak kisah ar raya apa pon mesti sesak jalan2 kat KL ni. Ni petanda Malaysia aman dan makmur...alhamdullilah... Aku g KL sajer nak cari kuih kat bazar ramadan jer kat sekitar Jln Masjid India dan Jln Tunku Abdul Rahman tapi x sangka leh tersesat masuk kat org ramai ni...aduh cari punya cari x jumpa2 kuih tu yg banyak org jual baju jer...last2 dah tension aku pon keluar dari situ. Minggu mungkin lebih sesak ye ar Sabtu dan Ahad terakhir sebelum raya....jd kpd korang hati2 dng beg duit takut2 kena rembat dlm orag ramai2 tu...hihihi

Wednesday, August 25, 2010

badan kurang sihat...


dah masuk hari ke 16 kita berpuasa....alhamdullilah aku lom pernah tinggal puasa lagi. Tapi tiba2 di serang selsema, aku ni lain sikit klu selsema mesti sekali dng demam...hmmm....ni badan dah rasa seram sejuk dah ni..harap2 x ar melarat sampai demam teruk...nanti terjejas pulak aku nak berpuasa. Tekak pon dah mula rasa kering...hmmm mungkin ni dugaan ramadhan kali ni tuk aku....harap2 x serius ar...amin

Thursday, August 19, 2010

Drama Ramadhan...


macam bulan2 puasa tahun2 sudah pada tahun ini ada jugak beberpa drama ramadhan yg menarik tuk di tonton. ye ar baru pas balik terawih atau time berbuka atau sahur mesti ada drama yg leh kita tengok. Tuk tahun ni aku agak tertarik dng satu drama kat tv3 ni namanya Syurgamu Ramadhan lakonan Eira Syazira dan Elly Suriati. Kisah pasal konflik antara anak dan ibunya. Walaupon agak klise jalan cerita mengenai kisah dua darjat dan tak di restui oleh keluarga tapi cara pengarahan dan aspek lakonan pelakon yg membuat aku tertarik dng drama ni. Lakonan bersungguh2 Eira sebagai seorang anak yg keras kepala begitu juga dng Elly seorang itu yg teguh dng perinsip dirinya. Selain tu ada jugak drama lain yg leh kita tonton time puasa ni seperti Nur Fansuri (tv1), Angin Rindu Sarajevo (tv1), Ular Emas ( tv9 ) dan drama bulan puasa meletop tahun lalu Qalesya 2 ( Astro Prima ) dan drama komedi Geng Surau ( Astro Oasis ).

Dah 10 tinggal 20.....

Alhamdullilah....baru jer pas balik solat Jumaat kat opis aku....hmmm sedar tak sedar dah sepuluh hari kita berpuasa bermakna dah seminggu lebih kita sudah mengharungi bulan Ramadhan tahun ini. Alhamdullilah aku masih berpuasa penuh tanpa ada yg tinggal lagi...aku harap seperti tahun2 sebelumnya aku dapat berpuasa penuh juga pada tahun ini. Semoga Ramadhan ini memberi kita seribu keinsafan dan ketakwaan kepadaNya...amin...

Thursday, August 12, 2010

Hotel Halal...

Ini adalah senarai hotel2 yg menghidangkan juadah berbuka puasa halal di Malaysia. Jadi kpd korang yg suka g berbuka kat hotel tu periksa2 ar dulu sebelum g makan manatahu gi kat hotel yg tak di sahkan halal makanan dia. Ataupon makan jer kat umah lagi afdal dan meriah tul x...

5 BINTANG
- Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya
- Hotel Evergreen Lauren, Penang
- Hotel Grand Dorsett, Labuan
- Hotel Pan Pacific KLIA
- Hotel Lagend, KL
- Hotel Grand Bluewave, Shah Alam
- Trandewinds Hotel & Resort, JB
- Hotel Istana, KL

4 BINTANG
- Hotel Ancasa, KL
- Hotel Cititel, KL
- Hotel Crystal Crown, KL
- Hotel Grand Seasons, KL
- Hotel Armada, PJ
- Hotel Seri Malaysia, Alor Star
- Hotel Ming Court, KL
- Hotel The Summit, USJ Subang
- PNB Darby Park, Executives Suite KL

3 BINTANG
- Hotel Brisdale International, KL
- Hotel Dynasty, Kl
- Hotel Seri Malaysia, Genting Higland
- Hotel Seri Malaysia, Marang
- Hotel KL, Jln Raja MUda
- Hotel Nilai, N9
- Hotel PG, KL
- Hotel Puteri Park, KL
- Hotel Quality, KL
- Hotel Residense, Kajang
- Hotel The Paramount, Sibu
- Hotel Plaza, KL

2BINTANG
- Hotel Seri Malaysia Kuantan
- Hotel Seri Malaysia Sg Petani
- Hotel Seri Malaysia Bagan Lalng

Wednesday, August 11, 2010

magazine edisi khas sempena Ramadhan....





ni dia 4 dari 5 magazine yg aku kena siapkan edisi khas sempena Ramadhan kali ni oleh syarikat aku. Agak giler jugak ar nak buat nasib baik masa buat ni tak bertembung dng dateline magazine tetap aku, mag ni kena siap satu minggu satu magazine nasib baik ar wartawan2 aku cekap mencari info dan shoot gambar resipi tu. Cuma edisi ke 5 ( bubur & puding )kena bertembung dng mag tetap aku..tp x pe ni FBR ar leh settle ar..hahaha. Bagi korang dapatkan magazine ni kat pasaran x mahal pon RM5.00 jer satu naskah. Dia ada dlm 4 edisi. edisi 1 (selera org bujang), edisi 2 ( selera kampung ) edisi 3 ( kuih muih ) edisi 4 ( cupcake ) .Jadi dapatkan di pasaran sekarang....

Maher Zain...


aku baru jer dapat full album album Maher Zain ni....aku tertarik dan album ni sebab banyak lagu2 dalamnya yg segar dan ada pembaruan dalam jalur muzik bersifat ketuhanan. Susunan muziknya lebih moden dan cathy dan sesuai untuk menarik perhatian golangan muda yg jarang mendengar lagu2 sebegini. Antara lagu yg aku suka dlm album ni Baraka Allahu Lakuma, Allahi Allah Kiya Karo dan Insya Allah. Pada korang yg nak santapan lagu rohani nak2 lagi dlm bulan ramadhan ni aku cadangan album ni..harga dia RM27.90 jer...

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan 1431 hijrah...


Assalamulaikum...salam sejahtera semua....aduh lama sungguh aku tak update blog ni ada ar rasanye dah dekat 6 bulan...hihihihi.insyallah mulai hari ni aku akan update blog ni .
Tup tap tup tap dah masuk bulan Ramadan..berpuasa lagi kita....kejap jer masa berlalu dah berpuasa balik kita begitu jugak tahun di dah sampai ke hujung tahun dah...Apa apa pon selamat menjalani ibadah puasa dng lancar dan penuh ketakwaan kepada korang semua....puasa jgn x puasa....