Tamat sudah pilihanraya kali ke 12 Malaysia yg berlangsung pada 8 Mac 2008.....dan seperti semua rakyat Malaysia tahu kerajaan Barisan Nasional masih lagi memerintah negara ini tetapi dengan kemenangan bukan 2/3 tetapi dengan kemenangan mudah. Manakala pembangkang membuat Tsunami pada PRU12 kali ini dengan menyapu 5 negeri iaitu Kelantan (kubu kuat Pas),Kedah(PAS),Pulau Pinang(DAP),Perak(PAS,PKR,DAP) dan negeri termaju Malaysia Selangor(PKR). Kenapa ini terjadi?, yang memberi tamparan kuat kepada pimpinan Pak Lah yang ternyata lemah untuk memancing undi rakyat malaysia pada PRU kali ni. Malahan negeri 100% menang kpd BN pada PRU ke 11 pon dapat di ceroboh oleh parti pembangkang.
Jika di kaji pilihan raya pada kali ini dikatakan tidaklah terlalu hebat pada seperti pada PRU pd tahun1998 yg ternyata gelombang Reformasi berlaku.... tetapi BN masih memenangi kemenangan yg besar pada masa itu...Ini semua bergantung kpd faktor ketua pimpinan....yang majoriti rakyat tidak mengemari pimpinan Pak Lah.Dan ini terkesan kepada parti BN. Kenaikan harga minyak,tol,stok tepung,harga ayam, ketiadaan bonus kakitangan kerajaan mungkin mempengaruhi PRU pada kali ini. Ini kerana isu2 ini telah di permainkan oleh pihak pembangkang yang ternyata isu ini adalah keperluan penting seharian rakyat negara ini. Pada pihak pembangkang mereka mestilah menunaikan janjinya kepada rakyat seperti manifesto yang telah di buat.Tapi pada kali ini DAP dan PKR telah memerintah Pulau Pinang dan Selangor buat kali pertama, yang tidak pernah mereka lakukan sebagai sebuah kerajaan negeri.Di harap mereka dapat memenuhi kehendak rakyat dan tidak terikut dengan kerjaan Pas walaupun dalam satu Barisan Alternatif kerana agenda parti berlainan sesama sendiri.
Apa2 pon semua parti di Malaysia ni telah pon merasa untuk membentuk kerjaaan nya sendiri.Boleh di katakan agak adil pada pilihanraya kali ni kerana semua parti dapat merasa kemenangan PRU. Semoga kerjaaan dan gelombang baru kepada Malaysia dapat diikuti dengan keadaan yang aman, bertolak ansur,sejahtera dan muafakat tanpa sebarang pekara2 yang tidak di ingini semalam 5 tahun pemerintahan ini....amin.
2 comments:
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Servidor, I hope you enjoy. The address is http://servidor-brasil.blogspot.com. A hug.
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Impressora e Multifuncional, I hope you enjoy. The address is http://impressora-multifuncional.blogspot.com. A hug.
Post a Comment