Thursday, September 18, 2008

NUZUL AL QURAN



Nuzul Al-Quran memberi maksud penurunan ayat-ayat Al-Quranulkarim sebagai wahyu Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan malaikat Jibril a.s dengan beberapa cara yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T manakala dalam tempoh masanya pula, sebahagian Ulamak Mufasirin telah mengatakan ianya berurutan selama 23 tahun, iaitu 13 tahun di Makkah Al-Mukarramah 10 tahun di Madinatul Munauwarah.Sebahagian ulamak mufasirin mengatakan, bahawa Al-Quran diturunkan sekaligus dari luh mahfuz ke Baitil Izzati pada malam Al-Qadar, iaitu satu malam yang paling mulia dari beribadat selama 1000 bulan. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-qadar".
-Al-Qadar ayat 1-

Ia merupakan ayat pertama yang diturunkan, ketika mana Nabi Muhammad S.A.W. sedang beribadat di gua hiraa'. Di mana baginda telah didatangi oleh malaikat jibril a.s. dengan mengajarkan ayat-ayat Allah dari Surah Al-Alaq , ayat 1-5 yang bermaksud:

" Bacalah (wahai muhammad) dengan nama tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan tuhanmu yang amat pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia, apa yang tidak diketahuinya".


Maklumat Mengenai Al-Quran

1. 30 juzuk.
2. 114 surah, 87 surah yang diturunkan di Mekah dan 27 surah lagi di Madinah.
3. 120 hizib (tempat berhenti membaca bagi mereka yang tidak mampu menghabiskan satu juzuk sehari).
4. 6236 ayat keseluruhannya.
5. Semua surah dimulakan dengan Basmalah melainkan surah at-Taubah, sementara dalam surah an-Naml mengandungi 2 Basmalah, iaitu ayat pertama dan ayat ke-20.
6. 6 surah yang menggunakan nama anbiya'm seperti surah Hud, Ibrahim, Yunus, Yusuf, Muhammad dan Nuh.
7. 5 surah yang dimulai dengan Alhamdulillah iaitu al-Fatihah, al-An'am, al-Kafi, Saba, Fathir.
8. 7 surah yang dimulai dengan Ha-Mim iaitu Ghofir, Fussilat, as-Syura, az-Zukhruf, ad-Dukhan, al-Jathiah dan al-Ahqaf.
9. Surah yang dimulakan dengan tasbih dan disudahi dengan takbir ialah al-Isra.

No comments: