Monday, July 23, 2007

Puasa dijangka 13 September



Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 13 September ini dan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 13 Oktober. Penolong Pegawai Tadbir Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Ahmad Taufan bin Abdul Rashid berkata, umat Islam dijangka berpuasa genap 30 hari. Katanya, berdasarkan kepada kiraan falak, ijtimak akan berlaku pada pukul 8.45 malam, 11 September ini kira-kira 1 jam 35 minit selepas matahari terbenam pada hari tersebut.

"Justeru, menurut kaedah rukyah dan hisab, anak bulan disabitkan belum atau tidak wujud selepas matahari terbenam 11 September 2007 kerana ijtimak belum berlaku kerana bulan terbenam lebih awal sebelum waktu matahari terbenam," jelasnya. Jadi kepada mereka yg belum ganti puasa gantilah dah nak nak masuk ramadan 2007 dah oiiiiiiiii.........

Thursday, July 12, 2007

7 KEAJAIBAN BARU DUNIA

Tembok Besar China, Petra di Jordan dan Patung Christ Si Penyelamat di Brazil merupakan antara tujuh monumen yang diumumkan semalam dalam senarai baru tujuh keajaiban dunia.Empat monumen lain ialah Machu Picchu iaitu binaan sewaktu empayar Inca di Peru; Petra, Jordan, tinggalan empayar Maya di Chichen Itza, Mexico; Colosseum di Rom, Itali dan Taj Mahal di India.

Pemilihan tujuh keajaiban baru oleh kira-kira 100 juta pengundi dari seluruh dunia secara online menerusi laman web www.new7wonders.com itu menyaksikan jumlah ‘monumen ajaib dunia’ kini bertambah kepada lapan termasuk Piramid Giza di Mesir.Pengumuman itu dibuat sempena 7/7/07 yang disifatkan sebagai tarikh bertuah dan bersamaan dengan jumlah monumen ajaib tersebut.ha….. sekarang korang tengoklah sendiri keajaiban dunia terbaru apa yg ajaib aku pun x tahu…..

Kekal ; Piramid Giza , Mesir dan Taj Mahal, India

Petra, Jordan dan Colosseum di Rom, Itali

Machu Picchu iaitu binaan sewaktu empayar Inca di Peru dan
Tembok Besar China "Great Wall"

Christ Si Penyelamat di Brazil dan tinggalan Empayar Maya di Chichen Itza, Mexico

Sunday, July 8, 2007

Lagu Baru Siti Nurhaliza



Ari ni ada kawan aku kasi lagu terbaru dari penyanyi kesukaan aku Datuk Siti Nurhaliza.Lagu Menanti Pasti nyanyian Datuk Siti Nurhaliza adalah lagu terbaru dari beliau khas projek sondtrack untuk filem Kayangan.Lagu ni berentak Waltz dan pertama kali genre ni di nyayikankan oleh Siti dan dia dah buktikan memang best…… irama lagu ciptaan Ajai ini berentak pelahan dan mendayu- dayu.Selain Siti soundtrack ni jugak membariskan nama2 besar seperti Ning Baizura, Syed Azmir, Shazzy, Sarah, Zahid dan Farah.Kat bawah ni lirik lagu Menanti Pasti dan klu nak dengar lagu ni g kat www.shazryn.imeem.com/music/EZgpX2Sg/menanti_pasti/ ok layan……..
LIRIK MENANTI PASTI ( CT NURHALIZA)
Kegelapan malam ini menyesakkan jiwa
tanpa bintang untuk aku mimpikan mimpimu
aku… merindu indah bulan
menyuluh kelam malam
mengharap bintang akan bersinar
kesepian hati ini mengundang derita
penantian satu seksa bila tanpa balas
aku… menanti kata hati
darimu satu pasti
mengharap mimpi akan hakiki
Korus:
Cintabisikkanlah asmaraku
padanya gelora di kalbu
hembusan nafas ini hanyalah kepadanya
mencintai setulus hati
Cintabukakanlah asmaranya
padaku setia menunggu
antara kau dan aku ada persamaan
untuk cinta bersemi nanti
andai ada di hatimu….
ruang cinta itukan ku simpan anugerah
ke akhir hayatku
menanti pasti….

Saturday, July 7, 2007

Good Luck - Anim

Hari ni hari terakhir rakan seangkatan aku Anim dalam departmen grafik kat opis aku.Aku dengan anim lah yg telah berkerjasama menghasilkan layout tuk mag BH. Sebenarnya aku ni bukan buat BH pun tapi sebab mag URS yg aku buat tu diorang "kiv" dulu jadi aku pun buat lah BH bagi dua dengan Anim selain mag GTN yg tetap aku buat tiap-tiap keluaran selain keluaran- keluaran edisi khas En Nuar editor mag URS. Sekarang aku pulak kena take over BH.arghhh.........tambah lagi kerja-kerja aku tapi aku tak kisah sebab memang dah tugas dan minat aku dlm bidang ni.Cuma aku harap agar adalah pereka grafik baru yg akan ganti tempat Anim dengar kadar yg segara.....klu x mati jugak aku nak buat sorang-sorang sebab dengar kata GTN nak tambah satu lagi magazine kira-kira cam adik dialah "GTN2".Hmmmm... lagi satu sekarang susahlah aku nak g lunch sebab aku selalu tumpang dia klu g makan...kena g naik teksilah(p/s kak wan & kema teman boleh...hahaha)Kepada anim semoga berjaya dan seronuk di tempat baru...Good Luck Nim.......:)