Friday, October 3, 2008

3 tahun bersama SURIMEDIA


pejam celik dah tiga tahun aku berkerja kat syarikat aku sekarang. Aku mula masuk 1 September 2005 masa tu seminggu sebelum puasa. Aku rasa dalam banyak2 tempat kerja yang pernah aku berkerja aku rasa kat sini lah yang paling best.Sebab kat sini kita tak terkongkong sangat asal siap kerja oklah tak ar tekanan cam tempat2 kerja aku yang lain yang selagi tak siap kerja dia punya kreatif director duk sebelah sampai siap , rimas aku cam tu......idea pon boleh terbantut dan semua orang dalam opis kat sini semua satu kepala leh gurau2 dan berkerjasama . Sebelum ni aku ada kerja kat agensi periklanan kat KLCC kat situ pon best jugak sebab boss dan kakitangan sekepala jugak leh makan semeja lagi, gaji pon mashsukkk tapi nak buat cam ne jangka hayat syarikat tu tak lama.Aku harap aku akan kekal lagi kat sini dan harap agar SURIMEDIA akan lebih sukses dan terkenal. :)



berganjak ke 26


alhamdulilah......hari ni genap aku ke angka 26 tahun - 3 Oktober 2008. Syukur aku kepada Allah kerana aku masih di kurniakan kesihatan yang baik,keluarga yang bahagia dan negara yang harmoni. 26 tahun satu angka yang aku rasa sudah cukup mendewasakan aku dengan asam garam dunia.Walaupon pada masa kecil pernah aku berangan2 utk mengakhiri waktu bujang aku pada angka 25 tapi sekarang angka itu telah pon aku lepasi....itu yang di katakan kita merancang tuhan menentukan betul tak?.Apa2 pon aku harap tahun ni aku dapat memenuhi impian aku untuk membeli sebuah rumah, mengambil lesen kereta dan memiliki sebuah kereta...Amin. tak lupa awek baruuuuuuu

Yeh! dah raya...

Selesai sudah sebulan kita berpuasa....alhamdullilah syukur aku dapat berpuasa penuh tahun ni tanpa sebarang halangan.Dan aku berjaya dapat menunaikan impian aku pada ramadan lepas, syukur. Aku cam biasa ar raya kat KL jer yelah tak de kampung :( , dulu ada jugak kg masa duduk kat umah lama masa itu memang best dapat rasa pasang pelita,main mercun&bunga api dan masak nasi impit ..fuh best giler klu penat pon berbaloi sebab dapat rasa suasana raya tu, klu ingat balik time2 tu memang rindu tapi sekarang nak buat cam ne dah duduk umah tinggi (pangsapuri). Umah aku cam biasa klu raya mak aku masak nasik impit ,rendang, lodeh & kuah kacang tu semua mesti wajib dan peh! memang sedap wa cakap lu bukan nak puji masakan mak aku tp semua pon tau kuah kacang dan lodeh mak aku memang best klu dulu kat kg, saudara aku serbu umah aku sebab benda tu ar.sekarang dah tambah satu lagi menu daging dindeng itu resipi akak along aku best jugak ar dah 3 kali raya dia buat.Apa2 pon selamat menjamu selera di bulan syawal ni tp berpada2 jangan sampai semput sudah........hahahaha
my feveret biskut raya - almond london

nasi impit

rendang ayam kampung

kuah lodeh
kuah kacang

daging dindeng