Sunday, August 31, 2008

RAMADAN datang lagi........


Pejam celik pejam celik dah puasa balik rasanya cam baru jer pose hari tu..... Hmmm kepada korang semua aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa ni dng penuh bekeberkatan...Insyallah. Aku harap puasa kali ni memberikan aku seribu kenikmatan sebagai sorang muslim yang sempurna harapnya. Agar aku dapat menjalani ni dng sempurna tanpa apa2 halang dan sihat tubuh badan.Dan paling penting penuh sebulan seperti tahun2 yang lalu. Aku harap korang pon bergitu jugak.Manatahu tahun ni adalah tahun terakhir aku berpuasa sebagai seorang bujang ....hihihi.Qadar dan Qadar mana kita tahukan.....itu semua kerja Allah.
Ahlan Wahsalan ya Ramadan.......

Sunday, August 10, 2008

MEMORI - di mana korang sekarang.......




Logo & Lagu Hari Kemerdekaan ke 51 - Perpaduan Teras Kejayaan


Logo Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan ke-51

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan 'Perpaduan Teras Kejayaan'. 3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara. 3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan / keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.


Lagu Tema Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan ke-51

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa Bangun Membantu

Agar Sepakat Moga
Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas Dihati Murni
Menjadi Kekuatan

Kita Bersatu.......
Bersatu Bersatu Gagah
Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita

Perpaduan Teras Kejayaan
Berpadu......
Berpadu Berpadu
Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya

Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

LAGU CIPTAAN : PAK NGAH
LIRIK CIPTAAN : LOKGHA

Tayangan Media Teater Ibu Zain

Malam sabtu hari jumaat lepas aku ikut Kak Wan & Hana g tengok teater Ibu Zain kat Istana Budaya tuk tayangan kepada media. Ni first time aku pi tengok teater dan masuk panggung sari istana budaya tu...klu istana budaya tu adalah jugak 2-3 aku g tp just kat luar2 jerlah......hihihi. Panggung Sari nampak gah...sesuai dengan taraf dia antara panggung teater terbaik di dunia. Sebelum masuk IB kitorang pusing2 kat Tasik Titiwangsa jap.. sebab datang terawal......Sepanjang teater ni berlangsung aku suka teater ni walaupon terdapat sedikit sebanyak kelemahan seperti tidak berapa jelas sebutan pelakon bila tiba masuk bab nyanyian, prob yang digunakan agak lambat tuk dialihkan untuk bertukar babak ke babak lain.......hmmmmm tak pe ar mungkin pementasan pertama bak kata orang kat situ malam ni nak test teknikal teater ni...bagi aku teater ni bagus sebab mengutarakan subjek Ibu Zain....iaitu salah satu pejuang kemerdekaan negara kita yang ramai kita tidak ketahui...Aku harap agar satu hari nanti teater ni akan diangkat ke layar perak.Biar semua orang tahu siapa tu Ibu Zain dan susah payah dia dalam menuntut kemerdekaan negara. Tapi kalau di buat filem mestilah dalam bentuk muzikal cam teater ni kalau betul2 punya filem tanpa muzikal mungkin susah utk menarik minat penonton yelah penonton malaysia ni kurang minat filem2 cam sejarah ni......klu di muzikalkan mana tahu meletop pulak....hihihihi.Aku harap teater ni akan berjaya mendapat sambutan bila ditayangkan kepada umum bermula 12-18 Ogos ni...

pose kat 'bunting' teater Ibu Zain

pose 'giler' kitaorang......

Eye on Malaysia...

hana dan kak wan take-take photo......

Termasya Sukan Dunia Bermula...


08.08.2008 tarikh 'ong' bagi orang2 cina bermulalah Sukan Olimpik Beijing 2008.Walaupon di uji dengan perbagai masalah seperti banjir, protes daripada orang Tibet, gempa bumi, jerebu, serangan rumpai laut dan bermacam lagi....tetapi itu bukan alasan untuk negara China untuk menganjurkan tesmasya ini..Perbukaan yang bergitu gemilang dan meriah dan ada yang mengatakan yang terbaik pernah di saksikan.Persembahan menarik gabungan kebudayaan dan teknolgi terkini. Kemuncak tentulah penyalaan obor kejohanan, walaupon nampak gah tapi bagi aku nyalan obor paling best pernah ku tengok adalah pada Sukan Olimpik 92 kat Bercelona Sepanyol yang menggunakan panah sebagai nyalaan di kawah obor besarnya..memang kreatif dan mengagumkan.....Apa2 pon selamat berjuang tuk atlet Malaysia semoga impian kita untuk mendapat emas pertama suakn olimpik menjadi kenyataan.....Malaysia Boleh!
obor dinyalakan.......rasmi perjuangan bermula untuk negara


gimik terbang cam superman......






Sunday, August 3, 2008

cintai aku.........


baru2 ni aku ada bukak friendster saje nak cari kawan2 lama kat sekolah dng kt U dulu......adalah juga jumpa.... semua dah berjaya ada yg dah jadi cikgu,pensyarah,peguam,bukak bisnes sendiri dan macam2 ar....dan ramai jugak yang dah kawin.Bukan takat perempuan tp lelaki pon.....dan ada dah ada anak pon.....hmmmm aku cam ni lagi masih mencari.....jodoh tiada lagi......kadang2 jeles jugak aku masih seorang yang lain semua dah ada teman hidup sendri.....tp nak buat cam ne mungkin ada hikmah semua ni......Semua cinta aku tak menjadi ......baru2 ni perpisahan terjadi lagi....aku tak mampu halang biarlah dia cari yang terbaik baginya.....Apa yg kuharap agar akan datang kepada ku seorang wanita yang setia dan sanggup terima aku seadanya .....di dalam susah dan senang ku......Amin.....
(p/s - kepada korang2 kat luar tu klu nak kenal2 dng aku YM atau email aku ya aku dah kembali solo......hahahaha......:P )

Sesak di PC FAIR 2008

hari sabtu 2/8 ari tu aku g PC Fair kat KLCC convension centre......fuh kemainlah ramainya org......klu dari tahun lepas aku g dng yg ni ,yg ni lagi ramai sampai aku pon naik sesak napas......ramainya umat.....mungkin tarikh dia sesuai yalah org baru dapat gajikan.Ingat hati nak beli pendrive klu kat sini boleh dapat murah sikit puas aku pusing2 tak de pon jenama yg aku nak tu tak tahu klu dia tak de atau aku terlepas pandang..........last2 aku pon chow malas nak harung orang ramai2 tu........buat penat jer aku g.....bawah ni pic yg aku sempat snap suasana dalam tu... tu pon banyak yg tak jadi sebab kena langar fokus lari.........



SUSUK - misteri untuk semua....

Pada 30 hb julai ari tu aku ada g tengok priview filem susuk kat OU.Filem agak di tunggu tayangannya kerana telah terperap agak lama jugak dalam 2 tahun . Sepatutnya ia ditayangkan tahun 2006 dulu.Filem ni bagi aku agak baik dan ada pembaharuan walaupun agak "tidak mesra penonton" jika kpd penonton yang ingin just seronok2 tengok kerana selepas menontonnya kita semua mesti kena berfikir......knp nak tahu tengok sendiri......Opening dng susuk badan dan torehan perkataan susuk kat badan tu memang kretif....dan masuk ke pertengahan ianya seperti drama biasa dan kita akan mengikut jalan cerita nya tetapi bila di akhir kita semua mesti 'tertipu' dng apa yg kita tengok dari mula tadi dan akan mula berfikir......tu ar pembaharuan filem ini.Mata mesti tertumpu dan fokus pada tayangan filem ini kalau tak anda mesti akan keliru..Apa2 pon klu nak tahu lebih lagi pi tonton cerita ni.....cerita ini pon banyak adegan suspen dan akan megejutkan anda......antara babak tu ialah kepala tercabut,mayat tergantung kat pokok,dan perut yang dirodok dan di keluarkan isi perutnya... agak suspen jugak.Aku pon ada dapat novel filem ni. aku nak baca dan bandingkan mana satu lain best....klu korang nak beli novelnya dah ada kat pasaran....carilah kat kedai2 buku......tajuk dia pon sama Susuk tulisan Nizam Zakaria.Kat bawah ni aku tunjukkan sikit babak2 dari filem tu...



Dukun Dewangga - pakar susuk keramat