Tuesday, February 10, 2009

Demam Akademi Fantasia 7 bermula...

Akhirnya barisan hos dan tenaga pengajar Akademi Fantasia Musim Ke-7 (AF7) diumumkan secara rasmi dalam sidang media di Hotel Mandarin Oriental, di sini sebentar tadi. Ia menyaksikan AC Mizal kekal sebagai hos dan kemasukan tenaga pengajar iaitu pemuzik Acis atau Hashridz Murshim sebagai pengarah muzik dan pelakon berkarekter Ida Nerina (guru lakonan). Selain itu perubahan ketara terjadi kepada guru tarian yang kini seorang lelaki apabila Cikgu Linda Jasmine digantikan dengan A Aris Kadir.Manakala muka-muka senior yang kekal adalah Fatimah Abu Bakar, Siti Hajar Ismail dan Cikgu Shafi. Sarimah Ibrahim turut kekal sebagai hos Diari AF7 dan program Katanya yang menggantikan Fail Sulit AF.Perubahan yang berlaku itu dirasakan relevan dengan usia AF yang masuk musim ke-7 dan semakin matang. Ia sejajar dengan sasaran tagline AF7, Kombinasi Pengajar Baru dan Lama Bakal Cetus Transformasi Luar Biasa.Sungguhpun begitu, nama Pengetua AF7 dan barisan pelajar masih lagi rahsia dan akan diumumkan dalam sidang media seterusnya.(sumber Murai.com)

No comments: