Monday, February 9, 2009

tak sabar aksi Upin dan Ipin kat panggung


hai...akhirnya filem Geng ni selamat masuk panggung seluruh Malaysia khamis ni.Bagi aku, aku tak sabar nak tengok cite ni, tak tahu ar sebab apa mungkin aku tetarik watak upin dan ipin yng comel dan mengiburkan tu. Bukan aku saja tapi keluarga juga suka cite ni termasuk ar anak2 sedara aku yg kecik2 tu. Upin dan Ipin telah membawa satu fenomena bagi animasi kat Malaysia ni. Sekarang sana sini cam semua nak barangan upin ipin terutama kanak2. Harapan produksi filem ni nak capai kutipan 10 juta mungkin tinggi tp tidak mustahil untuk mencapainya klu kena dng caranya.Apa2 pon aku berbangga dng hasil filem animasi ni yg dah setaraf dng hasil filem animasi kat luar lebih2 lagi ianya 100% hasil anak Malaysia.Semoga filem ni suskses...betul..betul..betul...

Sinopsis :

Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya... Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia.

No comments: