Friday, February 27, 2009

Kraf Malaysia di Harrods of the Knightsbridge.

LONDON 27 Feb. – Malaysian Craft At Its Best merupakan deskriptif paling tepat. Ia merupakan slogan khusus barangan kraf Malaysia bagi memastikan kemasukannya ke Britain mampu mencuri tumpuan serta-merta.Di bawah jenama yang begitu hebat, barangan kraf Malaysia yang kebanyakannya hasil lukisan tangan akhirnya mendapat perhatian gedung beli-belah terkemuka dunia di tengah kota London - Harrods of the Knightsbridge.Siapa sangka barangan kraf Malaysia akhirnya membuat kemunculan sulung di mercu tanda beli-belah mewah paling terkemuka di dunia itu.

Fuyooo akhirnya produk Malaysia dapat masuk Harrods,bukan senang sesuatu produk untuk masuk ke sana.Dengan adanya produk kraf kita di sana harap2 ia akan terkenal di seluaruh dunia. nak jugak tengok org putih tu pakai kebaya dan kain batik mesti cun kan....hahahaha

Thursday, February 26, 2009

1 juta jadi rebutan bermula...

OIAM musim ke 3 dah bermula selepas Suki dan Ayu menjadi juara pada musim terdahulu kini persaingan musim ke 3 bermula. Tahun ni separuh daripada peserta adalah artis. Masih awal untuk menentukan siapa yg bakal juara sebab baru satu minggu persaingan bermula.Walaupon ramai artis terpilih tahun ni tak semestinya mereka mempunyai kelebihan untuk menang sebagai contoh pemegang imuniti minggu pertama di berikan kepada Esther yg bukan seorang artis.Jadi kita tunggu siapa pulak yg akan menjadi JUTAWAN baru nanti.
  • Peserta OIAM-3
  • Amylea (Akademi Fantasia 3)
  • Tomok (vokalis New Boyz)
  • Pija (Mentor 2007)
  • Nine (vokalis Coco)
  • Ridzuan (pemenang anugerah Artis Harapan di AIM 2006)
  • Rehana (Suara Emas Bintang RTM 2007)
  • Simon
  • Esther
  • Aweera
  • Anith
  • Ayu
  • Fifi

Tuesday, February 10, 2009

Demam Akademi Fantasia 7 bermula...

Akhirnya barisan hos dan tenaga pengajar Akademi Fantasia Musim Ke-7 (AF7) diumumkan secara rasmi dalam sidang media di Hotel Mandarin Oriental, di sini sebentar tadi. Ia menyaksikan AC Mizal kekal sebagai hos dan kemasukan tenaga pengajar iaitu pemuzik Acis atau Hashridz Murshim sebagai pengarah muzik dan pelakon berkarekter Ida Nerina (guru lakonan). Selain itu perubahan ketara terjadi kepada guru tarian yang kini seorang lelaki apabila Cikgu Linda Jasmine digantikan dengan A Aris Kadir.Manakala muka-muka senior yang kekal adalah Fatimah Abu Bakar, Siti Hajar Ismail dan Cikgu Shafi. Sarimah Ibrahim turut kekal sebagai hos Diari AF7 dan program Katanya yang menggantikan Fail Sulit AF.Perubahan yang berlaku itu dirasakan relevan dengan usia AF yang masuk musim ke-7 dan semakin matang. Ia sejajar dengan sasaran tagline AF7, Kombinasi Pengajar Baru dan Lama Bakal Cetus Transformasi Luar Biasa.Sungguhpun begitu, nama Pengetua AF7 dan barisan pelajar masih lagi rahsia dan akan diumumkan dalam sidang media seterusnya.(sumber Murai.com)

Monday, February 9, 2009

tak sabar aksi Upin dan Ipin kat panggung


hai...akhirnya filem Geng ni selamat masuk panggung seluruh Malaysia khamis ni.Bagi aku, aku tak sabar nak tengok cite ni, tak tahu ar sebab apa mungkin aku tetarik watak upin dan ipin yng comel dan mengiburkan tu. Bukan aku saja tapi keluarga juga suka cite ni termasuk ar anak2 sedara aku yg kecik2 tu. Upin dan Ipin telah membawa satu fenomena bagi animasi kat Malaysia ni. Sekarang sana sini cam semua nak barangan upin ipin terutama kanak2. Harapan produksi filem ni nak capai kutipan 10 juta mungkin tinggi tp tidak mustahil untuk mencapainya klu kena dng caranya.Apa2 pon aku berbangga dng hasil filem animasi ni yg dah setaraf dng hasil filem animasi kat luar lebih2 lagi ianya 100% hasil anak Malaysia.Semoga filem ni suskses...betul..betul..betul...

Sinopsis :

Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya... Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia.

Perak oh Perak...


hai macam - macam hal lah politik kat Negeri Perak ni....senjak dari pilihan raya umum lepas sampai sekarang pelbagai pekara yg berlaku. Dan sememangnya situasi ini telah melakar sejarah di dalam lipatan kamus politik tanah air kita. Yang lebih menarik masalah politik ini turut melibatkan Kesultanan Negeri. Apapon di harap masalah ni dapat di selesai kan sebab semua pekara yg terjadi ni akan di nilai oleh rakyat tuk memilih siapa yg lebih layak tuk memerintah dan membela nasib mereka dan bukan dng tindakan dan janji yang kosong saja. Walaupon aku bukan berasal dari Perak tp keluarga aku ada hubung kait juga dng negeri ni sebab Mak Ucu aku tinggal kat sana dng famili dia dan kedua2 abg ipar aku pon berasal dari sana...dan ex gf aku pon ada duk kat sana jugak.......hihihi

terkeliru.......

hahaha...tergelak besar aku bila ada kawan2 aku yg mengucapkan tahniah dan ada jugak yg marah sebab tak jemput diorang masa majlis pertuangan yg lepas, termasuk ar kawan2 opis aku yg bertanya untuk memastikan berita yg aku tulis dlm blog ni betul ke aku yg bertunang. Oklah...terus terang aku cakap yg bertunang tu bukannya aku tp adik perempuan aku.Aku cuma pengelola tuk majlis tu sebagai abg sulung dlm keluarga. Aku lambat lagi ar.......calon pon tak de lagi yg betul2 sesuai, tp mana tahu jodoh aku dlm 2-3 hari ni, mesti aku bagi tahu korang semua. Aku masih solo dan bujang trang tang tang...jd knp sesiapa yg berminat boleh lagi masuk isi borang ok.......hahaha......aku serius ni... :)