Tuesday, December 30, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2009


pejam celik pejam celik dah sampai ke akhir tahun 2008 dah.....hmmm banyak pengalaman yg aku kutip tahun ni.....dan pelbagai cerita silih berganti seantero dunia. 2 hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2009. Aku harap agar tahun 2009 akan membawa seribu kemanisan kepada kehidupan aku, keluarga, bangsa, agama dan keamanan kepada negara dan dunia. Walaupon di jangka tahun 2009 akan berlaku kejatuhan ekonomi aku harap agar pekara ni dapat di kawal dng bijak oleh pemerintah seperti yg pernah kita lalui pada tahun 1997-1998. Apa2 pon impian aku tahun 2009 mesti di laksanakan....tuk membeli kereta..hihihhii semoga impian menjadi kenyataan....amin.

Maal Hijrah 1430 hijrah

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.Ia di sambut untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi. Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.


Pada tahun ni kita menyambut Awal Muharram 1430 hijrah. Kepada semua muslimin & musliman selamat menyambut Awal Muharram, semoga tahun baru islam ni memberi kita penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik lagi dalam kehidupan kita semua, amin.....

Monday, December 29, 2008

SEHATI BERDANSA - juara yang layak menang!

berakhir sudah realiti TV Sehati Berdansa dng kemenangan berpihak kepada pasangan yang patut menang - Fauzi & Lisda. Kemenangan itu patut kepada mereka kerana mereka telah menunjukan prestasi yang menggagumkan sebagai seorang penari amatur. Walaupon undian SMS sepanjang program ini berpihak kpd pasagan Amyza & Khairil tetapi pengundi membuka mata pada saat akhir untuk menobatkan pasangan yang patut menang berdasarkan siapa yang pandai menari. Tahniah kepada pengundi yg bijak menilai dan kpd pasangan juara Sehati Berdansa musim ke 2 Fauzi & Lisda.

Monday, December 22, 2008

HISTERIA - amukan jembalang busut...

Aku dah tengok filem ni...bagi aku filem ni agak baik. Tp aku masih tidak berapa puas dng eleman seram dan kejutanya, agak kurang aku rasa. Bagi aspek teknikal biasa2 aja aku rasa, sinematografi, muzik latar, dan lakonan di tahap biasa tiada yg aku bangga kecuali Lyana yang bagus lakonanya sebagai seorang yg terkena histeria. Bagi aku pengarah sepatutnya lebih menumpukan lokasi di sekitar kawasan sekolah bukannya hutan di belakang sekolah walaupon busut puaka tu di situ terutama ketika Moon terkena histeria dan berlari tak sedarkan diri. Lebih elok klu Moon lebih berada di kawasan sekolah untuk menggambarkan lagi keadaan sekolah yang bagi aku dah cukup seram dng rekaan kolonialnya tu. Watak Scha sebagai ketua kumpulan dilihat terlampau cool walaupon setelah melihat beberapa kematian begitu jugak yg lain2 yang turun naik emosinya walaupon di dalam keadaan yang mencemaskan, dan lagi satu tanpa peluh di muka setelah dah berlari ke hulu ke hilir....hihihihi .Aku tahu pengarah menggambarkan watak tuk Scha seorang yg tenang dan berani tp mesti di ingat dia masih seorang pelajar dan seorang budak perempuan, ketakutan mesti ada di dalam umur sebegitu. Filem ni masih dalam suasana yg seram dan mengejutkan bagi penonton terutama kpd mereka yg lemah semagat. Bagi filem melayu, ia ditahap filem seram yang bagus kualitinya. Kredit patut di beri kepada kucing di dalam filem ni kerana 'lakonannya' memang menjadi....hihihi.
BINTANG : 3 1/2 bintang
the pink ladies

histeria olok-olok yg membawa padah...


Tuesday, December 16, 2008

Bush kena baling kasut


BAGHDAD 15 Dis. Ð Seorang wartawan Iraq membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq, semalam.Insiden itu menonjolkan kebencian mendalam yang terus dirasai di negara ini terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi.Wartawan berkenaan, Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya menjerit dalam bahasa Arab, 'ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!' lalu membaling kasut yang dipakainya.'Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,' jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.


Hahaha... ketawa aku tengok video Bush kena baling kasut tu bukan satu tapi kedua-dua kasut (sepasang) tercampak kat dia...tapi sayang tak kena pulak...klu kena muka dia mesti gempak ar !....tapi si Bush ni lepas kena baling tu boleh cakap "Saya langsung tak kisah, saya tidak berasa terancam dengan kejadian berkenaan. Jika anda mahukan fakta, kasut itu mempunyai saiz 10,". Tu ayat nak cover malu ar tu.....hahahaha...

Shumi bergelar Datuk Paduka...


Khamis lepas 11 Disember 2008 sempena Hari Keputeraan ke 63 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah SHUHAIMI BABA, 58, telah menerima anugerah Darjah Kebesaran Datuk Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) yang membawa gelaran Datuk Paduka daripada Sultan Selangor. Tahniah diucapakan kpd Shuhaimi Baba @ Shumi. Aku memang suka dng hasil garapan filem-filem Shumi sebab bagi aku filemnya kemas dan di buat dng sebaik-baiknya sebagai contoh untuk filem Pontianak Harum Sundal Malam 1 & 2 dan 1957 : Hati Malaya. Semuanya hampir sempurna dng kostum, solekan, pelakon, muzik latar, senimatografi dan aspek2 teknikal. Tahniah sekali lagi Shumi ...tp aku agak hairan jugak knp VCD/DVD 1957 : Hati Malaya tak de kat pasaran puas aku cari tp tak jumpa....knp ya?.hmmmm....

Saturday, December 13, 2008

POP ROCK - ramalan yang mengena...


Akhirnya selesai sudah separuh akhir Muzik-Muzik tuk tahun ni dng berakhirnya kategori pop rock malam hari jumaat ari tu, dan yg tersenarai ke akhir adalah...Stacy (Aku Stacy),Elyana (Kalis Rindu), Meet Uncle Hussien (Laguku Untukmu), Estrange ( Yang Pernah) dan Sofaz ( Bukan Disini). Pemilihan lagu ke akhir bagi aku memang tepat...lebih2 lagu Kalis Rindu, Aku Stacy dan Yang Pernah yang memang best lagu dia bagi aku....sebab susunan muzik yang kreatif. Sekarang lengkap sudah lagu2 yang akan ke final Anugerah Juara Lagu ke 23 yang dijangka di adakan pada 17 @ 18 Januari 2009 nanti sebagai pembuka anugerah hiburan negara tahun 2009. Pada malam tu satu kejutan telah berlaku dng "AJLMASUK" lagu Dingin nyanyian Ziana Zain bagi kategori Balada menjadikan ketegori tu 6 lagu yang di wakili...hmmmm AJL pon ada kejutan cam AF jugak.....hahaha.

Friday, December 12, 2008

baby girl....

Tahniah aku ucapkan kepada kawan seopis ku...Akma Ariffin (Kema) kerana telah selamat melahirkan seorang baby girl pada hari Khamis pukul 1.24 pagi. Sekarang dah sepasang cahaya mata dia...hihihi

Saturday, December 6, 2008

Separuh Akhir Muzik-Muzik Balada - terhalangnya lagu Bob


kita semua dah tahu 5 buah lagu telah mara ke final Juara Lagu tuk ketegori Balada iaitu Faizal Tahir dng 2 lagu (Cuba & Sampai Syurga), Ayu (Hanya di Mercu), Spider (Bila Nak Saksi) dan Aizat (Lagu Kita). Bagi aku permilihan tu agak oklah...walaupon ada lagi lagu lain yg layak tuk mengisi tempat tu. Bagi pendapat aku lagu Bob - Cinta Terhalang cukup kuat tuk mara ke final tp apakan daya terkantoi di tengah jalan. Dng vokal & muzik yg mantap aku pon tak tahu knp lagu tu tak terpilih. Begitu juga nasib kpd lagu lain yg aku rasa lebih layak seperti Nubhan (Ada Untukmu), Zaina Zain (Dingin), Anuar Zain (Teman Terulung) dan Dina (Sejauh Ini) yg telah menjalankan tugasa mereka malam tu dng bergitu baik sekali. Mungkin tiada rezeki mereka-mereka ni kan...seperti Juara Lagu yang lalu mesti ada kejutan di setiap tahun. Cuba tengok Muzik-Muzik yg lepas-lepas, contoh Siti Sarah, lagu dia dapat masuk 2 kategori tapi satu pon tak g ke final walaupon lagu tu dapat award kat anugerah muzik. Sepatunya Faizal tu masukkan satu lagu jer, sebab banyak lagi lagu yg bagus2 lagipon 2 lagu tu ciptaan org yg sama...adillah sikit...org lain pon nak rasa g final. betul tak juri...??? hihihi

Thursday, December 4, 2008

Berkorban...


hari isnin ni kita umat islam akan menyambut hari raya aidiladha ataupon lebih di kenali sebagai raya korban atau haji. Bagi semua umat islam yang sedang mengerjakan ibadah haji kat tanah suci Kota Mekah aku harap dapat mengerjakan ibadah ini dng sempurna terutama jemaah haji daripada Malaysia, Amin... .Hari raya ni jugak mengajak kita tuk berkorban bukan setakat berkorban lembu @ kambing tapi berkorban tuk mencari kebaikan. Jadi cam mana korang dah berkorban? fikir-fikirkan dan selamat beramal...

Puaka Niyang Rapik - banyaknya hantu...


Semalam aku tertengok tengok cite ni walaupon dah masuk ke episod 5 belum pernah aku khusuk tengok sampai habis walaupon slot ni salah satu slot kegemaran aku, cam biasa cite ni menghampakan aku, apa lagi tukar channel ar......sebab apa? bagi aku cite ni aku rasa suam2 kuku seram klu kelakar tu adalah hihihi...hantu dlm drama ni banyak sangat...sampai klu boleh di buat pameran hantu cukup korum lah ...kat sungai ada hantu,atas pokok ada hantu, belakang motor pon ada hantu sampai dlm plastik sampah pon ada hahaha....agak2nye kampung ni tempat hantu-hantu berkumpul kot...dahlah tu hantu dia pelbagai rupa ada cam toyol, pontianak,langsuir, org minyak, setan gondol, dan ranting kayu hai...banyakne hantu dlm cite ni. Mungkin kerana terlampau tuk membuat cerita yang "terseram"...tuan pengarah terlebih masukan hantu dlm cerita ni.Bagi aku klu cerita seram bukan hantu yg banyak boleh membuatkan penonton seram tetapi teknik kamera,skrip,emosi pelakon dan sound sistem & lighting tu yg penting. Bagi aku Puaka Niyang Rapik mengecewakan aku sebagai peminat cerita2 seram. Kekasihku Seru masih the best drama dlm slot Seram ni..selain yang boleh aku layan Susuk & Anak Pontianak.

Tuesday, December 2, 2008

Skuad berani bogel


Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) menubuhkan skuad berani bogel bagi meneruskan hasrat untuk mengadakan demonstrasi tanpa seurat benang setelah permohonan permitnya tidak dilayan polis.Presidennya, Ramlan Abu Bakar berkata, anggota skuad itu nekad berbogel di khalayak ramai di majlis-majlis yang dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Menurutnya, ia akan dilakukan sekiranya tuntutan supaya kadar kenaikan sewa kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) dikaji semula, tidak dipenuhi kerajaan negeri.Beliau berkata, pihaknya memberi tempoh sehingga 12 Disember ini untuk Abdul Khalid memberi jawapan dan jika tiada maklum balas, demonstrasi itu akan diteruskan.Ramlan sebelum ini mengumumkan akan mengadakan demonstrasi bogel di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini sebagai bantahan kepada kerajaan negeri yang menaikkan sewa PPR daripada RM124 kepada RM250 sebulan. Tindakan itu juga dibuat bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap agenda perubahan kerajaan negeri yang tidak menguntungkan rakyat walaupun sudah 300 hari mentadbir.Berikutan kenyataan itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Muhammed Khusrin Munawi memberi amaran akan bertindak tegas terhadap Reformis kerana perbuatan sedemikian bertentangan dengan ajaran Islam.

Hahahaha....ketawa aku dengar berita ni.....aduh..kenapa sampai nak bogel2 dah tak tahu malu ke....kitakan org timur, nak2 lagi orang melayu dan beragama islam.. kenapa cetek sangat fikiran....kan banyak lagi cara lain.Jgn malukan bangsa dan agama kita sebab benda2 cam ni....fikir balik, lagi pon nak buat demo tu hari Jumaat (12 Dis) hari mulia org islam...aduh.....karang yg di kejar tak dapat malu besar yang dapat sebab seluruh dunia dapat tengok 'anu' korang....hahahaha.....hai macam2 dunia sekarang.....

Rokok oh Rokok....


Kira-kira 10,000 daripada empat juta rakyat negara ini yang merokok mati setiap setahun berpunca daripada pelbagai penyakit kesan daripada tabiat merokok.kematian itu antaranya disebabkan oleh penyakit kanser, sakit jantung dan sesak nafas.Asap tembakau mengandungi 4,000 jenis bahan kimia di mana 60 daripadanya penyebab utama kanser.Tabiat merokok bukan sahaja mendatangkan kesan buruk kepada individu itu sendiri, malah kepada orang lain terutama kanak-kanak dan wanita. Jadi jangan merokok ...membazir jer aku rasa beli rokok ni sama cam korang beli penyakit....tak de faedahnya pon....jadi cam aku tak hisap rokok....aku budak baik..hihihihi.