Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) menubuhkan skuad berani bogel bagi meneruskan hasrat untuk mengadakan demonstrasi tanpa seurat benang setelah permohonan permitnya tidak dilayan polis.Presidennya, Ramlan Abu Bakar berkata, anggota skuad itu nekad berbogel di khalayak ramai di majlis-majlis yang dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Menurutnya, ia akan dilakukan sekiranya tuntutan supaya kadar kenaikan sewa kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) dikaji semula, tidak dipenuhi kerajaan negeri.Beliau berkata, pihaknya memberi tempoh sehingga 12 Disember ini untuk Abdul Khalid memberi jawapan dan jika tiada maklum balas, demonstrasi itu akan diteruskan.Ramlan sebelum ini mengumumkan akan mengadakan demonstrasi bogel di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini sebagai bantahan kepada kerajaan negeri yang menaikkan sewa PPR daripada RM124 kepada RM250 sebulan. Tindakan itu juga dibuat bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap agenda perubahan kerajaan negeri yang tidak menguntungkan rakyat walaupun sudah 300 hari mentadbir.Berikutan kenyataan itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Muhammed Khusrin Munawi memberi amaran akan bertindak tegas terhadap Reformis kerana perbuatan sedemikian bertentangan dengan ajaran Islam.
Hahahaha....ketawa aku dengar berita ni.....aduh..kenapa sampai nak bogel2 dah tak tahu malu ke....kitakan org timur, nak2 lagi orang melayu dan beragama islam.. kenapa cetek sangat fikiran....kan banyak lagi cara lain.Jgn malukan bangsa dan agama kita sebab benda2 cam ni....fikir balik, lagi pon nak buat demo tu hari Jumaat (12 Dis) hari mulia org islam...aduh.....karang yg di kejar tak dapat malu besar yang dapat sebab seluruh dunia dapat tengok 'anu' korang....hahahaha.....hai macam2 dunia sekarang.....
No comments:
Post a Comment