Aku dah tengok filem ni...bagi aku filem ni agak baik. Tp aku masih tidak berapa puas dng eleman seram dan kejutanya, agak kurang aku rasa. Bagi aspek teknikal biasa2 aja aku rasa, sinematografi, muzik latar, dan lakonan di tahap biasa tiada yg aku bangga kecuali Lyana yang bagus lakonanya sebagai seorang yg terkena histeria. Bagi aku pengarah sepatutnya lebih menumpukan lokasi di sekitar kawasan sekolah bukannya hutan di belakang sekolah walaupon busut puaka tu di situ terutama ketika Moon terkena histeria dan berlari tak sedarkan diri. Lebih elok klu Moon lebih berada di kawasan sekolah untuk menggambarkan lagi keadaan sekolah yang bagi aku dah cukup seram dng rekaan kolonialnya tu. Watak Scha sebagai ketua kumpulan dilihat terlampau cool walaupon setelah melihat beberapa kematian begitu jugak yg lain2 yang turun naik emosinya walaupon di dalam keadaan yang mencemaskan, dan lagi satu tanpa peluh di muka setelah dah berlari ke hulu ke hilir....hihihihi .Aku tahu pengarah menggambarkan watak tuk Scha seorang yg tenang dan berani tp mesti di ingat dia masih seorang pelajar dan seorang budak perempuan, ketakutan mesti ada di dalam umur sebegitu. Filem ni masih dalam suasana yg seram dan mengejutkan bagi penonton terutama kpd mereka yg lemah semagat. Bagi filem melayu, ia ditahap filem seram yang bagus kualitinya. Kredit patut di beri kepada kucing di dalam filem ni kerana 'lakonannya' memang menjadi....hihihi.
BINTANG : 3 1/2 bintang
the pink ladies
No comments:
Post a Comment