Tuesday, December 16, 2008

Bush kena baling kasut


BAGHDAD 15 Dis. Ð Seorang wartawan Iraq membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq, semalam.Insiden itu menonjolkan kebencian mendalam yang terus dirasai di negara ini terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi.Wartawan berkenaan, Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya menjerit dalam bahasa Arab, 'ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!' lalu membaling kasut yang dipakainya.'Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,' jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.


Hahaha... ketawa aku tengok video Bush kena baling kasut tu bukan satu tapi kedua-dua kasut (sepasang) tercampak kat dia...tapi sayang tak kena pulak...klu kena muka dia mesti gempak ar !....tapi si Bush ni lepas kena baling tu boleh cakap "Saya langsung tak kisah, saya tidak berasa terancam dengan kejadian berkenaan. Jika anda mahukan fakta, kasut itu mempunyai saiz 10,". Tu ayat nak cover malu ar tu.....hahahaha...

No comments: