Wednesday, March 18, 2009

AF konsert 1 : tranformasi untuk semua...


14 hb ari tu mulalah Akademi Fantasia untuk musim ke7. Pada konsert 1 ni banyak tranformasi yg di perkenalkan sebagai janji pihak Astro pada penonton. Antaranya menghilangkan trademark rancangan ni seperti tiada persembahan lagu Menuju Puncak, tiada lagi trademark daripada pelajar, pentas yg di ubah dng di kiri dan kanan ada penonton, tiada lagi borak2 sebelom persembahan dan tiada beg yg di usung ke atas stage. Mungkin ni yg di kata pembaharuan AF7, ada yg suka dan ada yg tidak. bagi aku tak salah klu mengekalkan trademark yg sedia ada klu pon hendak membuat perubahan sebab itulah AF di kenali. Aku kurang berkenan dng pentas baru ni, nampak murah dan tidak menarik..yg aku tengok pentas ni gelap jer kat tv tanpa ada screen grafik di situ.lagi satu pentas sebegini telah pon di lakukan oleh pihak rancangan Gengstar..knp perlu di ikut?. bagi aku tiada yg baru pon ,meniru adalah...lain ar klu pentas tu di tengah penonton baru ar ada kelainan lagi satu terlampau kecik untuk buat persembahan tarian. Biarlah...tp yg aku tahu pada konsert 2 lagu dan tarian Menuju Puncak akan ada...dan mungkin ada beg pengyingkiran. Persembahan untuk konsert pertama bagi aku agak baik daripada semua pelajar tp muzik agak kurang berbanding AF6 walupon sama mengunakan life band begitu juga sound sistemnya, harap dapt di perbaiki, dan itu mengakibatkan sedikit sebanyak persembahan sedikit hambar. Apapon ini baru konsert pertama masih boleh di perbaiki.


Persembahan terbaik : Hafiz - Lagu Kita.

No comments: