Tuesday, March 10, 2009

GENG : pengembaraan bermula best giler...

akhirnya...dapat jugak aku tengok filem ni walaupon berkali2 terhalang dng pelbagai masalah.Ahad lepas dpt jugak aku g tengok kat GSC IOI Mall. Walaupon dah masuk minggu ke tiga dan dah lepas tempoh wajib tayang tp dng usaha pengarahnye dapat ar tayagan filem ni di lanjutkan. Aku ingat dah hujung2 ni dpt ar aku duk kat sit yg best sikit sekali penuh dah....sampai ke depan penuh, tak sangka penangan filem ni memang hebat. 5 bintang tuk filem ni, memang best.Dari mula sampai akhir memang mengiburkan tanpa ada babak yg membosankan.Dari segi teknikal ia setaraf dng filem animasi luar dng warna filem,senimatografi,dialog,muzik latar dan sebagainya memang yg terbaik . Tahniah buat produksi filem ni yg boleh menghasilkan filem animasi terbaik dng budjet yg kecil dan tenaga kerja seramai 40 orang sahaja.Kalau filem ni di tayang di luar pon kita tak malu untuk mengatakan ia filem dari Malaysia. Cayalah Les Copaque... walaupon impian tuk mendapat kutipan 10 juta tu agak jauh tp dng kutipan setakat sekarang yg sudah melebihi 5 juta ia tetap membuat satu rekod baru perfileman kita dng kutipan filem animasi paling laris di Malaysia malah sehingga kini filem ni adalah kutipan terlaris bagi tahun 2009.Syabasss....

No comments: