Tuesday, March 31, 2009

di sebalik APRIL FOOL...


hari ni 1 April....atau org gelarkan April Fool. Aku pon tak tahu knp diorang pilih 1hb April ni sebagai nak kenakan org knp tak pilih Januari ke, November ke, Disember ke....tah ar.Tp aku ada satu sumber yg mengenai April Fool ni....korang baca kat bawah ni ok.......tak tahu ar ia benar atau tak ......korang nilai ar sendiri...


INFO :
Hari April Fool merupakan hari yang disambut setiap 1 April di kebanyakan negara. Hari ini disambut dengan usikan atau gurauan terhadap kawan, musuh, jiran, dan orang lain dengan tujuan bergurau senda atau memalukan mereka.Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang ke barat’.Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.


Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Monday, March 30, 2009

Tugasan Konsert ke 4: Siti untuk lelaki , Amy untuk perempuan

ikon muzik Malaysia - Amy Search & Datuk Siti Nurhaliza

minggu ni tugasan kepada bebudak AF adalah bertemakan tribute kepada ikon muzik Malaysia iaitu Amy Search & Dato Siti Nurhaliza...hihihi kedua2 my feberet singer tu....yg lebih menarik pihak AF memberikan lagu2 Siti kepada pelajar lelaki dan lagu2 Amy kepada pelajar perempuan....wah sangat menarik idea ni bagi aku......konsert kali ni agak berlainan bagi aku klu di buat betul2 yelah bukan semua orang boleh menyanyikan lagu2 daripada kedua2-dua ikon muzik ni dengan baik. Nak jugak tengok cam ne bebudak lelaki AF menyanyikan lagu penyanyi perempuan manakala pelajar perempuan menyanyikan lagu penyanyi lelaki yg bukan calang2 penyanyi di Malaysia ni.Yg nak aku tengok sangat nanti adalah Yazid -Aku Cinta Padamu...wow leh ke dia bawak lagu ni hahahah....dan Isma - Cinta Gila...rock mummy rock......hahaha good luck guys!.

PELAJAR WANITA

CLAUDIA - Suralaya Dalam D Major

ZIZI - Aku Dah Bosan

AISHAH - Mentari Di Ufuk Timur

RUBISA - Tiada Lagi

ISMA - Kerja Gila

PELAJAR LELAKI

HAFIZ - Cinta Ini

AKIM - Destinasi Cinta

YAZID - Aku Cinta Padamu

QHAUD - Di Taman Teman

ARIL - Lakaran Kehidupan

SIDI - Kumilikmu

LAGU BONUS : Isabella & Jerat Percintaan (medley)

AF konsert ke 3 : Bagus tapi tak HEBAT!...


Akademi Fantasia musim ke7 telah pon masuk ke konsert ke 3. Bagi aku konsert minggu ni bagus tapi tak hebat...hmmm cam ne tu....cam ni, semua pelajar memang boleh nyanyi tapi tiada impak kepada penonton yg boleh di ingati just sekadar nyanyi jer. Untuk menjadi sebagai seorang penghibur aku rasa masih jauh untuk mereka ni semua. Sebagai sedia maklum minggu ni temanya adalah Retro 80an...iaitu lagu2 popular sekitar tahun 80an..masa tu aku pon kecik lagi...hahaha.Boleh di katakan semua boleh membawa tema ni dng baik cuma ada pasang surutnya persembahan diorang ni cam Aishah yg aku tengok tak lincah seperti 2 konsert sebelum ni sedangkan lagu yg di beri Mata daripada Noorkumalasari tu adalah berentak rancak dan mengoda, manakala Yazid & Rubisa ada menujukkan sedikit peningkatan. Bagi aku persembahan terbaik masih lagi digenggaman Hafiz di ikuti Isma dan Zizi...yg lain-lain biasa2 jer dan yg paling kurang menarik masih lagi Sidi, bagi aku dia menyanyi cam tak nak nyanyi jer klu sebab mood terganggu rindu isteri baik tak yah masuk AF ar....manakala Rini & Obri menjadi pelajar ke 2 & 3 tersingkir AF7 pada minggu ni. Bagi aku tranformasi masih belum berlaku lagi.....bila lagi ni dah masuk minggu ketiga Astro oii.....
Persembahan Terbaik : Hafiz - Mat Disko ( Sudirman)

Sunday, March 29, 2009

Bumi bergelap sejam...

urutan penutupan lampu KLCC semasa Earth Hour
Hari Sabtu lepas seperti yang di war-warkan satu dunia program Earth Hour telah dilaksankan oleh 88 buah negara sebagai tanda mengurangkan kesan pemanasan global kpd bumi kita. Tahun ni buat pertama kali Malaysia turut serta dng program ni. Boleh dikatakan program ni berjaya di lakukan di Malaysia...syabas....yelah buat ni pon untuk bumi kita jugak tempat kita berpijak seumur hidup klu takat sejam apa ar sangat kan. Aku hari Sabtu tu pon bersama2 bergelap sejam...walaupon tv masih terbukak hahaha...sekurang2nya kita membantu mengurangkan suhu bumi ni ye tak.....korang buat tak? klu korang tak buat memang bukan warga bumi ar....pi duk zuhal ar...hahaha. Pesanan ikhlas.... Selamatkan Bumi Kita

iMac Opis Meletop...kebaboom!

Sabtu, 28hb April 2009 satu kejadian letupan telah berlaku pada imac aku..uwahhh....habis kerja2 aku dlm tu, tak tahu ar dapat di selamatkan ke tak...nasib baik aku dah habis dateline GTN klu tak mampos kena buat balik.... pagi tu cam biasa klu hari sabtu aku org yg first yg dtg opis, aku pon on ar imac aku tiba2 kebaboom! dia meletop aku pon tak tahu pasal apa di meletop dah ar sorang2 nasib baik ar tak meletop besar sampai ada api klu tak maunya aku gelabah nak mampos mencari pemadam api. cepat2 aku off plak dia. Aduss....aku risau brg2 aku dlm tu klu tak dpt di selamatkan banyak tu....nampaknye tak lama lagi dapat ar aku pc/imac baru..cam tau2 jer kitaorang nak g tempat lain....hahaha....

Reka Tee TV3 25 tahun...







ha dapat jugak aku masuk pertandingan ni....awalnye cam tak sempat yelah sibuk dng dateline GTN tp sempat pulak aku buat sebab tarikh tutup dia dah dilanjutkan ke 1 April ....adalah dlm diam tak diam sempat ar jugak aku buat sampai 6 design..hahaha...di atas ni antara design yg aku buat....menang tak menang belakang kira yang penting aku masuk, mana tahu ada rezeki kan....yelah lagipon TV3 stesen tv kesukaan aku...nak2 lagi ni sambutan jubli perak diorang yelahlah dah 25 tahun. Kepada korang yg join masuk pertandingan ni sempat lagi esok tarikh tutup dia...boleh hantar korang punya hasil kerja mengunakan email ... file mestilah dlm bentuk PDF dan tak lebih 5 MB hantar kat rekatee@tv3.com.my... join ar...

Thursday, March 26, 2009

Tagline Bebudak Akademi Fantasia 7


Setiap tahun ada jer tagline bebudak AF yg akan kita dengari ada yg best, ada yg kelakar dan ada yg tak best langsung dan tak kena.Untuk tahun ni pada konsert ke dua baru dpt kita dengar tagline bebudak AF7 ni.Di bawah ni adalah tagline mereka.Kpd yg nak buat banner ke poster ke senang sikit nak taruk kat korang punya banner tu....korang nilai ar sendiri best ke tak tagline diorang ni.....hahaha

Akim - I'am Yours
Airil - Terbaik Wok!
Adila - Cilik-Cilik
Aishah - Okey Deh
Claudia - On Aje Bah
Hafis - Ingat Ya!
Isma - Beware
Rubisa - Eee Syok!
Zizi - betul ke betul adalah...
Yazid - Long Term
Obri - Love and Peace
Sidi - Original
Qhaud - Benar...
Rini - Emmm Cunlah

Monday, March 23, 2009

AF konsert ke 2 : kebangkitan bermula...


Konsert kedua telah pon berlalu, 14 org pelajar di kehendaki menyampaikan 2 lagu dlm bentuk medley.Untuk konsert ni aku agak berpuasa hati, rata2 pelajar dpt memberikan persembahan dng mutu vokal yg bertambah baik. Ini di bantu dng sound sistem yg bertambah baik. Teknik kamera pon bertambah baik cuma knp kamera kren suka mengambil posisi belakang penonton.? hmmm......dan pentas dah bertambah baik dng penggunaan sistem lampu tak cam konsert pertama yg gelap tak bermaya jer.Pada malam tu aku pilih persembahan terbaik, sekali lagi daripada Hafis tp ada juga persembahan lain yg mengiburkan aku spt Aishah,Isma,Qhaud dan Nurbisa manakala paling teruk bagi aku daripada Sidi. Dan pelajar pertama yg terkeluar adalah Adila.Overall konsert di tahap memuaskan lagipon baru minggu ke 2...org kata lom panas lagiiiii.


Persembahan terbaik : Hafis - Cinta Ini Membunuhku & Toyol

Sejam tanpa lampu....

Sabtu ni kempen besar-besaran iaitu sejam tanpa lampu akan dilakukan oleh seluruh rakyat bumi termasuk ar kita di Malaysia bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam. Ia berkaitan dng tentang pengunaan dan pembaziran tenaga yang berlebihan selama ini. Secara tidak langsung telah memberi kesan terhadap kenaikan suhu dunia. Satu jam ( 60 minit ) tanpa lampu , diharapkan dapat memberi impak. Tentang bagaimana kita menilai sumber tenaga yang sedia ada. Ianya bermula sebagai sebuah kempen di Kotaraya Sydney , pada tahun 2007. Kempen ini mendapat sokongan dan amat berjaya , apabila hampir 2.2 milion rumah dan kedai perniagaan bersama-sama menutup lampu. Setahun kemudian acara ini telah menjadi sebutan di seluruh pelusuk bumi dengan penyertaan hampir 50 million orang dan merangkumi sejumlah 35 buah negara. Acara ini diraikan , sebagai satu simbol harapan kepada satu perubahan yg semakin panas akhir2 ni akibat pemanasan global.Jadi amacam kita sama2 join kempen ni alah bukan lama pon sejam jer......boleh?...:P

Wednesday, March 18, 2009

AF konsert 1 : tranformasi untuk semua...


14 hb ari tu mulalah Akademi Fantasia untuk musim ke7. Pada konsert 1 ni banyak tranformasi yg di perkenalkan sebagai janji pihak Astro pada penonton. Antaranya menghilangkan trademark rancangan ni seperti tiada persembahan lagu Menuju Puncak, tiada lagi trademark daripada pelajar, pentas yg di ubah dng di kiri dan kanan ada penonton, tiada lagi borak2 sebelom persembahan dan tiada beg yg di usung ke atas stage. Mungkin ni yg di kata pembaharuan AF7, ada yg suka dan ada yg tidak. bagi aku tak salah klu mengekalkan trademark yg sedia ada klu pon hendak membuat perubahan sebab itulah AF di kenali. Aku kurang berkenan dng pentas baru ni, nampak murah dan tidak menarik..yg aku tengok pentas ni gelap jer kat tv tanpa ada screen grafik di situ.lagi satu pentas sebegini telah pon di lakukan oleh pihak rancangan Gengstar..knp perlu di ikut?. bagi aku tiada yg baru pon ,meniru adalah...lain ar klu pentas tu di tengah penonton baru ar ada kelainan lagi satu terlampau kecik untuk buat persembahan tarian. Biarlah...tp yg aku tahu pada konsert 2 lagu dan tarian Menuju Puncak akan ada...dan mungkin ada beg pengyingkiran. Persembahan untuk konsert pertama bagi aku agak baik daripada semua pelajar tp muzik agak kurang berbanding AF6 walupon sama mengunakan life band begitu juga sound sistemnya, harap dapt di perbaiki, dan itu mengakibatkan sedikit sebanyak persembahan sedikit hambar. Apapon ini baru konsert pertama masih boleh di perbaiki.


Persembahan terbaik : Hafiz - Lagu Kita.

Tuesday, March 10, 2009

GENG : pengembaraan bermula best giler...

akhirnya...dapat jugak aku tengok filem ni walaupon berkali2 terhalang dng pelbagai masalah.Ahad lepas dpt jugak aku g tengok kat GSC IOI Mall. Walaupon dah masuk minggu ke tiga dan dah lepas tempoh wajib tayang tp dng usaha pengarahnye dapat ar tayagan filem ni di lanjutkan. Aku ingat dah hujung2 ni dpt ar aku duk kat sit yg best sikit sekali penuh dah....sampai ke depan penuh, tak sangka penangan filem ni memang hebat. 5 bintang tuk filem ni, memang best.Dari mula sampai akhir memang mengiburkan tanpa ada babak yg membosankan.Dari segi teknikal ia setaraf dng filem animasi luar dng warna filem,senimatografi,dialog,muzik latar dan sebagainya memang yg terbaik . Tahniah buat produksi filem ni yg boleh menghasilkan filem animasi terbaik dng budjet yg kecil dan tenaga kerja seramai 40 orang sahaja.Kalau filem ni di tayang di luar pon kita tak malu untuk mengatakan ia filem dari Malaysia. Cayalah Les Copaque... walaupon impian tuk mendapat kutipan 10 juta tu agak jauh tp dng kutipan setakat sekarang yg sudah melebihi 5 juta ia tetap membuat satu rekod baru perfileman kita dng kutipan filem animasi paling laris di Malaysia malah sehingga kini filem ni adalah kutipan terlaris bagi tahun 2009.Syabasss....