ni hasil kerja aku tuk YWJ (Yayasan Warisan Johor). Ia adalah buku kecil mengenai Muzium Kota Tinggi dan sejarah kesultanan Johor dan tempat2 bersejarah di negeri itu. Jadi klu korang g ke Muzium Kota tinggi mungkin akan dapat buku kecik ni....Buku ni ada dua versi iaitu bahasa melayu dan inggeris.
Sunday, November 30, 2008
Masuk paper....
ari tu aku terbaca Bacaria 22 November 08 alah surat khabar kecik tu......tengah baca2 aku terpandang bab ruangan cit cat alam siber kat bab hiburanye......tak sangka pendapat aku pasal drama kekasihku seru masuk kat ruangan tu...ada jugak orang yang baca blog aku ni rupanya hihihi ... tima kasih Bacaria sebab keluarkan komen aku pasal drama tu...
Antoo Fighter...unit penentang jembalang
hari ahad lepas aku g wayang tuk tengok cite ni....aku masuk tayangan kul 12.00.mula2 masuk panggung aku tengok 2-3 baris jer yg penuh......firasat aku kata hmmm tak dapat sambutan ke cite ni...tp aku masuk masa tu lom tayangan lagi sajer masuk awal . sekali diam tak diam tiba2 aku tengok dah penuh panggung.majoriti yg dtg remaja dan orang dah berfamili termasuk ar kanak2.Opening cite ni agak best dan kredit nama2 pelakon pon di buat dlm bentuk permainan games komputer sangat kreatif.Sepanjang aku tengok cite ni.....'not bad' bagi sebuah film buatan Malaysia ianya boleh dibanggakan dng kesan CGI yang menarik dan bunyi yang bagus ala2 permainan komputer....cuma masih ada juga kelemahan cite ni krn bagi akulah....cite dia agak longgar sikit...sepatutnya unit Antoo Figter ni lebih beraksi tuk menentang hantu2 tu.ni setakat guna Lembing Sakti Sri Bulan tu hantu dah terus mati hmmm senang nye.Ada juga babak yg rasanya tak perlu seperti bab raksasa Katarak bertarung dng robot Kmut tu....cam buang masa jer..bab lakonan semuanya kira oklah....dan ada jugak babak lucu yg akan di ingati seperti babak di gudang markas antoo fighter dan sesi latihan bersama Pak Guntur.Apa yg patut di puji dalam filem ni adalah kostum, solekan dan efek memang terbaik......klu tak tak kan memang anugerah kot kan.hihihii.Di penutup cite ni ada semacam persolan yg berlaku...mungkin cite ni akan di sambung. Aku harap klu sambung, tuan pengarah lebihkan lagi aksi 'fight' tu... kata Antoo Fighter kan....
BINTANG : * * * * *
Thursday, November 27, 2008
Hari Raya Haji jatuh pada 8 Disember 2008
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah semalam mengisytiharkan Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Malaysia ditetapkan Isnin, 8 Dis ini.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah, 1429 Hijrah ialah pada 29 Nov 2008 Masihi. "Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 8 Dis," menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
cinta dari MAKARONI..
RonaRoni Makaroni - satu lagi drama daripada penerbit (Radius One Sdn Bhd) dan pengarah (ShahrulEzad) yang meletop dng drama Sinderela,Emil Emelda,Sutun & Seputih Kasih Ramadan akan di tayangkan di Astro Ria pukul 9.00 bermula malam ini . Adakah drama ni pon akan meletop cam drama terbitan yang terdahulu....kita tunggu aja .Bagi aku sebagai pengarah Ezad pandai mencorakkan dramanya dng cara santai dan menarik untuk di tonton.Lebih2 lagi para pelakonnya adalah separuh daripada drama Sinderela..yang best ada Sy. Amani tu....si comel tu.hihihi. aku suka lakonan dia memang sempoi.....dlm drama ni dia jadi gadis kampung masuk bandar....cam ne lakonan dia dlm drama ni ya....hmmmm.tengok jerlah.....semoga drama ni pon best cam drama2 Ezad yang lepas2...
CINTA tak kenal siapa....
Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, Hulu Terengganu - Selepas tiga tahun menjalani kehidupan berumahtangga, Wook Kundur, 106, mempunyai rahsia tersendiri untuk memastikan kebahagian bersama suaminya, Mohd. Nor Musa, 37, terus berkekalan.Menurut warga emas itu, dia mengamalkan beberapa perkara untuk membahagiakan Mohd. Nor yang jauh lebih muda, antaranya sentiasa berfikiran positif, ceria dan mengurut tubuhnya sendiri.Menurut Wook, Mohd. Nor merupakan suaminya yang ke-22 dan antara yang termuda ketika mereka berkahwin. Hmmm... cerita ni agak 'istimewa' tuk aku baca yelah sorang perempuan yg boleh di angggap nenek boleh berkawin dengan lelaki muda dng jarak umur terlalu jauh sehingga 69 tahun. Ini boleh di kategori sebagai seorang nenek dan cucu.....tapi tu ar kuasa tuhan tak de siapa yg boleh halangkan...dah jodoh mereka....nilah dikatakan keajaiban cinta.....klu korang sanggup ke.....hihihihi
Monday, November 24, 2008
MOMOK masuk panggung....
masa zaman vcd laku dulu banyak vcd di hasilkan dan antara vcd yg laris adalah vcd MOMOK sampai ada 3 bahagian MOMOK 1, MOMOK 2 DAN MOMOK 3 kalau tak silap aku.Berdasarkan drpd sambutan yg hebat tu...cerita momok tu akan di bawa ke layar perak tak lama lagi atas usaha M.Jamil alah anak seniwati Sarimah tu.Filem ni akan diterbitan oleh Galaksi Seni Sdn. Bhd (GSSB) dan bakal menjalani penggambaran pada pertengahan Disember 2008. Filem yang dinaungi oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ini akan menjalani penggambaran berlokasikan beberapa daerah di negeri Pahang Darul Makmur. Fuh....cayalah dapat sokongan kerabat di raja lagi....Pelakon pon bukan calang2 tau.....Mawi pon ada,selain Mawi ada Faizal AF4, Fazura,Fauziah Ghouse,Zaina Zain, Seniwati Sarimah dan Inul Daratista....inul tu....nak jadi apa ek dia, hantu gerudi kot....hahaha.Di harap filem ni menjadi kenyataan...nak info pasal filem ni surf ar kat
Adlin yang bekerja di Bintulu, Sarawak, pulang ke kampungnya untuk bercuti. Seperti biasa, setiap kali pulang ke kampung, Adlin akan bertandang ke Warung Pak Ajis untuk menikmati Mee Calong dan bersembang kosong. Kepulangannya kali ini untuk bertemu ibunya Mak Ton, adiknya Isham dan Esah setelah berada enam bulan di Bintulu telah membawa satu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh beliau sepanjang hayatnya.Bersama, Kadir, teman sekampungnya, Adlin telah ke warung Pak Ajis. Malam tersebut, selesai solat berjemaah di surau, Adlin dan Kadir ke warung Pak Ajis. Pelbagai insiden dan petanda yang seolah-olah menunjukkan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Setelah sampai di warung Pak Ajis yang terletak di tepi tebing sungai di hujung kampung, seperti biasa mereka mula bersembang sehinggalah kepada cerita mengenai kisah-kisah seram. Pak Ajis, Adlin dan Kadir juga mendapat teman bercerita, Noniswara, gadis India pekerja kilang yang di ganggu peristiwa seram menaiki bas tanpa pemandu ketika pulang dari kerja pada malam tersebut.Cerita kisah Pontianak, Pochong, Orang Bunian, Badi Mayat ('Mohini'/Chandra Murke - Legenda hantu masyarakat Hindu), Mayat Hidup Di Langkah Kucing Hitam dan Sampuk menjadi penglipurlara mereka berempat malam itu.Peristiwa seram serta perasaan gemuruh yang mereka alami akibat dari cerita-cerita seram bukan lagi sekadar cerita dan ilusi tetapi bercampur aduk dengan realiti. Bagi Adlin, peristiwa ternampak sekumpulan orang mengusung keranda, bayangan arwah ayahnya haji Lah dan kata-kata ibunya, Mak Ton, bahawa Pak Ajis mengalami sakit jiwa setelah kematian isterinya Mak Temah mula menampakkan kaitannya.Selalunya mereka yang lemah semangat mudah di ganggu oleh 'hantu'. Tanpa Adlin sedari, 'hantu' yang beliau takuti sebenarnya wujud 'bersama' beliau dan rakan-rakan di sepanjang malam mereka bercerita. Bagaimana mungkin Pak Ajis menjadi 'hantu' sedangkan beliau masih hidup? Kalau bukan Pak Ajis hantunya, manakah hantu yang ditakuti? Mustahil? Namun begitu, tiada yang mustahil di dunia ni. Apa yang pasti, Momok The Movie ini akan mengembalikan satu nostalgia yang menghiburkan kita dengan cerita-cerita mitos masyarakat Malaysia.
dari Michael Jackson ke Mikaeel
21 November 2008 - Michael Jackson (50 tahun) dilaporkan telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel yang bermaksud "Rezeki" dan menolak cadangan nama daripada kenalanya untuk memangilnya Mustafa. Majlis memeluk Islam beliau diadakan di rumah seorang rakannya yang juga penggubah muzik untuk album Thriller, Steve Porcaro di Los Angeles di bimbing dng seorang imam.Turut hadir pada majlis itu ialah penyanyi Yusuf Islam, pencipta lagu David Wharnsby dan penerbit album Philip Bubal. Alhamdullilah tambah lagi saudara islam kita...amin.....
Sunday, November 23, 2008
SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK - bahang AJL 23 makin terasa
bahang juara lagu ke 23 anugerah muzik berprestij semakin hampir...bermula minggu depan persaingan separuh akhir untuk merebut peluang ke final akan bermula.Ini adalah calon2 separuh akhir muzik2 untuk tahun ni....jadi tunggu dan lihat jerlah siapa akan ke final nanti…di bawah list persembahan mengikut turutan undi.
ETNIK/KREATIF (9 malam, Jumaat 28 November)
1) Doa Dalam Lagu (Ajai/Loloq) Penyanyi - Mawi dan Heliza
2) Jarak Rindu (M Nasir/Seth) - Azfar
3) Puteri Tarian Kasih (Adnan Abu Hassan/Faris) - Anis Aneesa
4) Pujangga Merindu (Radeen Sri/Hairul Anuar Harun) - Syura
5) Songo (Edrie Hashim/Ahmad Farid) Amy Search
6) Persoalan Cinta (Julfekar/Ku Seman/Izza Rosley) - Farawahida
7) Panas (Cat Farish/Adeeb) - Ifa Raziah
8) Dusta Berkalang (Hafiz Hamidun/Ahmad Fedtri Yahya) - Aiman
9) Mengharap Sinar (Dior/Khairafik) - Dior
10) Lambaian (Sang Dewi/Ahmad Fedtri Yahya) - Fazli Zainal
Ramalan : ADA PELUANG KE FINAL :
Doa Dalam Lagu (Mawi & Heliza)
Songo (Amy Search)
Persoalan Cinta (Farawahida)
BALADA (9 malam, Jumaat 5 Disember)
1) Teman Terulung (Azalea) - Anuar Zain
2) Hanya Di Mercu (Aubrey Suwito/Habsah Hassan) - Ayu
3) Lagu Kita (Aizat) - Aizat
4) Sampai Syurga (Audi Mok/Faizal Tahir) - Faizal Tahir
5) Tanpa (Gjie/Wan) - 6ixth Sense
6) Bila Nak Saksi (Tam/Loloq) - Spider
7) Dingin (Azlan Abu Hassan/Azalea) - Ziana Zain
8) Cuba (Audi Mok/Faizal Tahir) - Faizal Tahir
9) Bila Terasa Rindu (Edry Abd Halim) - Dafi
10) Cinta Terhalang (Sharon Paul/Shimy) - Bob
11) Ada Untukmu (Zetty/Abie Abdullah) - Nubhan
12) Sejauh Ini (Sharon Paul/Ahmad Fedtri Yahya) - Dina
Ramalan : ADA PELUANG KE FINAL
Dingin (Ziana Zain)
Cinta Terhalang (Bob)
Cuba (Faizal Tahir)
Lagu Kita (Aizat)
Hanya Di Mercu (Ayu)
POP ROCK (9 malam, Jumaat 12 Disember)
1) Separuh Masa (Edry Abd Halim) - The Lima
2) Aku Stacy (Intan Norul Azlin/Layla Ismail) - Stacy
3) Kalis Rindu (Aidit Alfian/Ad Samad) - Elyana
4) Mila Bila Cinta (Audi Mok/Ad Samad) - Mila
5) Cinta Si Rama-Rama (Edrie Hashim) - Hattan
6) Ku Merindu (Datuk Syed Elias/Syed Ahmad) - Ella & Shah
7) Aku Lebih Tahu (Ajai/Loloq) - Mila
8) Bukti (Tony Iskandar/Loloq) - Fiq
9) Rimas (Cat Farish/Roxy Tail) - The Fabulous Cats
10) Yang Pernah ( Estranged) - Estranged
11) Lagu Untukmu (Taja, Tass, Lan) - Meet Uncle Hussain
12) Mabuk (Tam/Loloq) - Spider
Ramalan : ADA PELUANG KE FINAL
Kalis Rindu (Elyana)
Yang Pernah (Estranged)
Ku Merindu (Shah & Ella)
Aku Stacy (Stacy)
Rimas (The Fabulous Cats)
Negeri Sembilan & Melaka ....kami datanggg
9 November 2008 - kitaorang 4 orang yang telah mengelarkan diri sbg Geng Komplot hahahaha.......telah g ke Negeri 9 dan Melaka. Sajer nak relekskan tension otak daripada kerja jap.Kitaorang bertolak pukul 8.30 selepas selesai sarapan kat warung di Kem Kinara selepas ambik Kak Wan .Destinasi pertama kitaorang g Muzium Negeri Sembilan, masa g tu org tak ada org sebab awal pagi lagi....jadi apalagi kitaorang buat ar muzium tu cam umah kitaorang sendiri ...hihihi. Hana & Kak Wan bergambar sakan sampai masuk di dalam replika umah tradisional orang N9 tu tuk bergambar, si Ash tak nak join dia kata tak suka sangat bergambar takut susuk keluar......hahaha dia lebih suka tangkap gambar katanye.Lepas tu kitaorang g singgah kat PD tp masa tu hujan pulak jadi tak turun dan terus gerak ke Melaka...sampai kat Melaka pulak tersilap masuk jalan sampai berpusing2 nak cari parking... akhir dapat jugak kat Mahkota Parade tu pon selepas tawaf berberapa kali....lepas parking terus g makan kat kedai Asam Pedas Makanan Kampung....nak balik baru terperasan rupanya Awie(Wings) pon sekali makan kat situ dng kawan2 dia.Lepas makan terus g kat A Famosa nasib baik cuaca ok....ramai jugak org masa tu, meriah yelah cuti hujung minggu.Kitaorang terus jalan2 sampai ke kawasan bagunan merah tu akhir sekali singgah minum cendol kat tepi Sg Melaka.Pas tu kitaorang g Jonker Walk tempat orang jual brg2 kreatif & unik....dapat ar borong sikit cenderahati kat situ.......harga pon murah.Hari pon dah nak senja...lokasi terakhir kitaorang g makan ikan bakar kat Umbai.Memang sedap makan ikan bakar kat situ sampai licin semua makanan.Dalam kul 8.40 kitaorang pon balik ke KL.Walaupon g N9 & Melaka jer tapi kitaorang seronok dan puas itu yang paling penting lagipon dapat jimat duit betul tak...hilang tension kerja kat opis.....next destinasi........hmmm tengah rancang ni......hihihi
p/s - pic kak wan memang cam tu tak nak expose dir katanya..harap maklum
Monday, November 10, 2008
di belanja Char Kiew Teoy di Mali's Corner
Hari tu malam jumaat, 6 november 2008 aku,kak wan,kema dan ashraf telah di belanja oleh hana sempena genap setahun dia kat Surimedia. Kitaorang pi makan char koay teow kat Mali's Corner,Wangsa Maju semua dia belanja apa lagi kitaorang order ar macam -macam yelah makan free hihihi.Si ashraf pi order sate dan yang lain2 makan char koay teow special yang memang popular kat KL ni...aku pon makan char koay teow, sekali ashraf nak nasi lemak aku pon order ar sekali nak rasa masi lemak kat sini .Kitaorang sampai masa tu hujan renyai2.Si ashraf dah tunggu lama sebab dia terus g kat Malis sebab baru balik dari assigment kat Cameron Highland.Adalah dia bawa balik buah strwaberry dan teh yang di pesan oleh Hana dapat ar jugak kitaorang merasa buah strwberry malam tu.Tengah sedap2 makan boleh pulak blackout......adoi...nasib baik orang kedai kasi lilin kat setiap meja makan klu tak terkekik masa makan, lama jugak blackout tu adalah dalam setengah jam.....jadi kitaorang makan ar dlm hujan renyai2 dan dalam sinaran lilin, dah jadi cam candle nite dinner pulak......hahahaha.Apa 2 pon kitaorang enjoy malam tu dan boleh bincang pasal nak g ronda melaka pada 9 hari bulan pulak.Pada hana terima kasaih daun keladi next time belanja lagi ok....
Sunday, November 9, 2008
Saturday, November 8, 2008
di Sungai Tekala...
Ari tu masa cuti deepavali, aku dan famili g berkelah kat Sungai Tekala, famili aku lebih suka g sungai dari pantai sebab sungai airnya bersih dan tak yah nak risau kulit hitam sebab kena matahari lagi pon sesuai sebab redup dan ada pokok2.Sampai kat sana dalam kul 11.00 pagi masa tu pon kat bahagian bawah dah penuh dengan orang ramai kena ar naik atas sikit kat tempat kat org tak ramai.Lepas dah mandi2 bakal adik ipar aku ajak g traking sampai ke puncak aku apa lagi ikut ar sebab memang aku suka traking2 ni aku g berempat termasuk adik 2 lagi adik aku......kitaorang g samapi ke puncak sungai iaitu air terjun dia...jauh jugak perjalan dari bawah ke atas mungkin dalam 20 minit kot...tapi bila dah jumpa fuh best.....tinggi jugak air terjun tu.Kat kawasan tu tak de org sebab nak naik kat situ agak susah bagi orang dah berfamili, yang ada kat situ group budak2 bujang jer ...kitaorang balik dalam kul 2.00 pastu singgah kajang makan sate.hihihi.....terisi jugak cuti deepavali aku...
Tuesday, November 4, 2008
Otomania ........
Nah!...akhirnya siap sudah Otomania keluaran ke 100, yang lebih specialnya isu tu grafiknya akulah...tu pon bidan terjun sebab grafiknya dah berhenti hari tu sebab nak sambung belajar kat US, nak tak nak aku jugak kena setelkan...seminggu jer tau buat benda tu.... adoiiiii pening kepala nak kena buat semua magazine.Apa2 pon aku punya profil dah bertambah sebab aku dah buat magazine hiburan,pelancongan,remaja,buku tadika,resipi,perkahwinan sekarang tambah satu lagi buku pasal kereta....tp tu tuk sementara aje..boss aku cakap budak grafik ontheway nak masuk.....klu aku semua nak buat mampos ar....tak de rehat.....ingat apa robot ke? marah nie.! :P nasib baik ada extra money klu tak malas nak buat.Ni baru dapat cerita dari editor pasal Mawi nak kawin, comfirm mesti ada edisi khas lagi.....hmmmm
Sunday, November 2, 2008
Trip GTN ke DESARU, JOHOR
Pada 22-24 Oktober ari tu aku ada mengikut GTN trip ke Desaru, yalah masa tu baru habis dateline,free time apa lagi ikutlah geng GTN cover stroy Desaru tuk masuk dalam isu akan datang.Kitaorang pergi berlima.Sepanjang aku di sana apa yang aku boleh katakan Desaru ni pantainya memang best cantik giler....tapi sayang masa kitaorang pergi tu cuaca tak berpa elok asik hujan dan mendung jer.Desaru ni agak terpencil dan sepanjang jalan kita ada melalui kawasan yang hijau sebab kiri kanannya hutan....sesuai tuk warga kota tuk mepaskan tension di kota.Antara tempat yang kitaorang cover mengikut panduan Tourism Malaysia ialah kat Restoran Jun-fuh dia punya lauk sedap giler.....,Ostrich farm,Kubu perang dunia ke 2,Jade Restourant -restorant popular kat sana sampai kerbat johor pon makan kat situ,Sebana golf & Marina dan Homestay Felda Semenchu.Apa pon aku enjoy kg trip ni walaupon cuaca agak kureng sikit...sekurang-kurangnya releks jugak minda aku ni dari kerja.hihihihi
Subscribe to:
Posts (Atom)