Thursday, November 27, 2008

Hari Raya Haji jatuh pada 8 Disember 2008


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah semalam mengisytiharkan Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Malaysia ditetapkan Isnin, 8 Dis ini.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah, 1429 Hijrah ialah pada 29 Nov 2008 Masihi. "Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 8 Dis," menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

No comments: