Saturday, November 8, 2008

di Sungai Tekala...

Ari tu masa cuti deepavali, aku dan famili g berkelah kat Sungai Tekala, famili aku lebih suka g sungai dari pantai sebab sungai airnya bersih dan tak yah nak risau kulit hitam sebab kena matahari lagi pon sesuai sebab redup dan ada pokok2.Sampai kat sana dalam kul 11.00 pagi masa tu pon kat bahagian bawah dah penuh dengan orang ramai kena ar naik atas sikit kat tempat kat org tak ramai.Lepas dah mandi2 bakal adik ipar aku ajak g traking sampai ke puncak aku apa lagi ikut ar sebab memang aku suka traking2 ni aku g berempat termasuk adik 2 lagi adik aku......kitaorang g samapi ke puncak sungai iaitu air terjun dia...jauh jugak perjalan dari bawah ke atas mungkin dalam 20 minit kot...tapi bila dah jumpa fuh best.....tinggi jugak air terjun tu.Kat kawasan tu tak de org sebab nak naik kat situ agak susah bagi orang dah berfamili, yang ada kat situ group budak2 bujang jer ...kitaorang balik dalam kul 2.00 pastu singgah kajang makan sate.hihihi.....terisi jugak cuti deepavali aku...

No comments: