Thursday, January 8, 2009

Kemuncak Anugerah Juara Lagu 23

Anugerah Juara Lagu ke 23 akan berlangsung pada 18 Januari ini tepat pukul 9.00 malam, secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil di pancarkan terus oleh TV3.Hmmm ...siapa yg akan menjadi juara kita tengok ar nanti tp perlu di ingat anugerah ni mengiktiraf lagu bukan nya penyanyi jadi sebarang kemungkinan kejutan bakal berlaku seperti AJL yg terdahulu...

Berikut adalah giliran lagu bertanding selepas undian dilakukan

1.Bukan di Sini (Sofaz /Zimi / Amir / Iwan)
2.Lagu Kita (Aizat)
3.Dusta Berkalang (Aiman/Hafiz Hamidun/Ahmad Fedtri Yahya)
4.Cuba (Faizal Tahir/Audi Mok)
5.Yang Pernah (Estranged)
6.Bila Nak Saksi (Spider/Tam/Loloq)
7.Doa Dalam Lagu (Zahid&Heliza/Ajai/Loloq)
8.Sampai Syurga (Faizal Tahir/Audi Mok)
9.Hanya Di Mercu (Ayu/Aubrey Suwito/Habsah Hassan)
10.Aku Stacy (Stacy/Intan Norul Azlin/Layla Ismail)
11.Dingin (Ziana Zain/Azlan Abu Hassan/Azalea)
12.Kalis Rindu (Elyana/Aidit Alfian/Ad Samad)
13.Persoalan Cinta (Farawahida/Julfekar/Ku Seman&Izza Rosley)
14.Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)

Hadiah yang bakal dimenangi oleh finalis AJL 23 adalah seperti berikut:-
JUARA LAGU KE 23 - Trofi dan wang tunai RM 25,000
JUARA ETNIK KREATIF - Trofi dan wang tunai RM 12,000
JUARA BALADA Trofi - dan wang tunai RM 12,000
JUARA POP ROCK - Trofi dan wang tunai RM 12,000
PERSEMBAHAN TERBAIK - Trofi dan wang tunai RM 10,000
VOKAL TERBAIK - Trofi dan wang tunai RM 10,000

Pilihan FBR Juara AJL :
Etnik Kreatif - Persoalan Cinta
Balada - Sampai Syurga
Pop Rock - Kalis Rindu / Lagu Untukmu
Juara - Lagu Untukmu / Sampai Syurga

No comments: