Thursday, January 15, 2009

Lantera Timur yang bersinar...


Aku dah dapatkan dah album penyanyi kesukaan aku ni.Memang aku tunggu album ni sebab dah lama CT tak buat album tradisional.Setelah dengar berkali-kali album ni aku rasa ada pembaharuan yg di buat dalam album ni, betul ar kata CT album ni berentak tradisional kontemperari sebab irma tradisionalnya telah di adun dng muzik moden tanpa mengilangkan rasa tradisional tu...cayalah...Bagi aku semua lagu dlm album ni bagus walaupon di hasilkan oleh komposer yg di kenali oleh jalur muzik pop rock dan balada kecuali Pak Ngah dan S.Atan yg mempunyai asas lagu tradisional.Bagi aku album ni tak ar album terbaik tradisional daripada CT (aku lebih suka Cindai & Sahmura) tp vokal mantap CT telah menyelamatkan album ni . Bagi aku lagu yg aku gemari ada 5 iaitu Di Taman Teman (Fauzi Marzuki),Jelmakan Ayumu (Pak Ngah),Joget Menanti Kasih (S.Atan),Senyum Miang Manis (Zul Mahat) dan Seloka Budi (Adnan Abu Hassan).Kepada peminat muzik tradisional Melayu tidak rugi tuk mendapatkan album ni.....

No comments: