Minggu ni berkahir sudah dua drama kat Astro yg aku suka tengok iaitu Renjis dan Awan Dania. Kenapa aku suka tengok cita ni, sebab aku rasa kisah drama ni agak segar dan tidak terikut drama2 yg sedia ada iaitu kisah tomboy nak jadi pramugari dan perunding perkahwinan yg takut kawin. Aku suka dng lakonan dua pelakon utama cerita ni...Elyana & Scha....aku tengok diorang tak terikat sangat dng dialog yg sedia ada, senang kata sempoi ar diorang berlakon.Pelakon pembantu pon boleh berlakon walaupon ramai yg baru.Tuk drama Renjis aku tengok dari musim satu lagi walaupon drama ni penutup dia agak kureng sebab Kirana tak kawin.Watak Mak Kirana,Mila, Kelana, Rafiq, Budi dan Dean memang melekat.Bagi Awan Dania pulak aku agak frust sikit sebab wakak K ( Nasha Aziz - yg peberet actress :P ) di tukar kepada J (Vanida Imran) di tengah-tengah cerita tp still ok walaupon bertukar watak. Apa pon ada jugak drama kat Astro yg boleh aku layan sebab selama ni drama2nya semuanya cam #%$^%. hahahaha.....
No comments:
Post a Comment