Friday, October 30, 2009

Jangan Emosi Dengan Tanah....


ari tu lepas waktu kerja kitaorang bertiga iaitu aku , kak wan dan cik momoi telah g ke midvalley tuk tengok filem Papadom....best film in the year dlm festival filem malaysia baru2 ni...yelah siapa x nak tengok filem tu kan sebab menang BEST FILM tu..nak tengok jugak apa yg boleh membuatkan film ni menang....tp yg penting sebenarnya aku nak g tengok film ni sebab aku salah seorang peminat filem2 Afdlin Shauki....hihihi.Bagi aku cerita ni agak ok tp pendapat aku karya afdlin yg masih the best tetap BULI....bukan apa aku tengok cerita ni kurang sikit ar...klu org kata cerita ni boleh membuatkan org menagis mungkin tp bagi aku banyak yg missing bab2 touching yg afdlin x masukan.Aku teringin sangat nak tengok si Mia ( Liyana ) menyuapkan papadom kat mulut Saadom ( Afdlin ) sambil mengucapkan "Terima Kasih Papa" kat babak selepas dia membuat filem pendek bagi tugasan nya....tp x de...hai potong betul...klu ar babak tu ada sure aku leh nangis... hihihiOverall filem ni masih dalam lingkuangan terbaik untuk di tonton....aku suka watak Noor walaupon dia sebagai cameo sahaja dlm filem ni...Scha not bad sebagai seorang senior yg pembuli dan gedik....lagi satu si Chelsia memang best sebagai seorang lurus bendul nak2 lagi bab masa kat sekolah....oh ya...Que & Harun Salim Bachik juga bagus nak2 lagi time dialog jgn emosi dng tanah ...apapon Syabas tuk Adflin dengan filem 'terbaiknya' ini.... 3 bintang tuk PAPADOM....pas jer habis kitaorang p makan, kak wan perkenalkan mee goreng Singapore...not bad sedap...lagipon rencahnya banyak tu yg best tu....


tiket Papadom...
coke dan pop corn bahan kudapan semasa menonton
momoi & Kak Wan sempat pose sebelum wayang mula
mee goreng Singapore
kita makan dulu.....
dah habis....bruppp.....kenyang

Friday, October 16, 2009

alunan syahdu tahajjud cinta....




aku baru jer dapat mendengar keseluruhan lagu dalam album terbaru Dato Siti ni...Album ni berlainan dng album2 terdahulu dia....album ni boleh dia katakan album kerohanian tp bukan nasyid. Alah cam contoh lagu dia bukan berentak nasyid tp lebih kpd pop tp lirik bersifat ketuhanan contoh lagu yg pernah buat cam ni ialah Mentari Merah di Ufuk Timur ( Search ) dan Doa ( Rahimah Rahim ). Ada 8 buah lagu jer dlm album ni tp bagi aku boleh dikatakan semuanya sedap2 belaka terutama dng vokal dato siti yg memukau tu....Pintu Rindu, Tahajud Cinta, Asma Ul Husna,Ketika Cinta,Ku Percaya Ada Cinta ,Selawat ,Ya Rasulullah antara lagu yg paling aku suka....Cover album dan isi dalamnya pon cantik dan menarik....simple but nice.....tahniah dato siti kerana telah berjaya menambah satu lagi jalur album dalam koleksi album beliau.... selain Pop dan Etnik.

Sunday, October 4, 2009


Jamuan Hari Lahir......

Hari ni kat umah aku ada sedikit jamuan hari lahir sempena Hari Lahir ahli keluarga aku yg kebetulan jatuh dalam bulan ni iaitu aku sendiri,abg long (abg Ipar) dan Aishah (ank sedara aku) walupon ada yg akan menyambutnya akhir bulan ni tp di sambut awal senang, sekali jalan org kata.Ikut plan kami nak buat kat tasik Putrajaya @ Shah Alam yelah boleh jalan2 sekali tp sekali plan kena ubah sebab ada msalah sikit jd kena buat ar kat umah...Biasalah klu dah ada budak2 diorang ar yg paling gembira klu benda2 cam ni nak2 lagi time nak tiup lilin semua nak tiup.hari tu selain kek mak aku masak bihun goreng dan kitaorang beli KFC...yum..yum...best.Apa2 pon terima kasih atas jamuan ni walaupon plan asal x jadi.....



x kan x kenal........KFC ar kan


Bihun Goreng mak aku buat....gerenti sedap giler...bukan aku sorang jer cakap kawan2 aku ckp pon cam tu....


Kek Hari Lahir berkongsi bertiga....hahaha

aku dah 27.....dah tua ke aku ni????

Selembar doa di hari lahir....


Alhamdulliah....

Melangkah setingkat lagi umurku....kini genap aku berumur 27 tahun...Ya Allah, Aku berdoa dalam usia ini, aku dapat menjalani hidup dengan aman,sejahtera dan sihat tubuh badan serta dpt membahagiakan keluargaku,rakan2 ku dan orang sekelilingku....Ya Allah aku mengharapkan agar Kau dapat memberikan keberkatan dan kerahmatanmu sepanjang hidupku, murahkan rezekiku dan panjangkan umurku dan dekatkanku untuk beriman dengan Mu. Ya Allah berikanlah aku cinta seorang wanita yang dapat menerima ku seadanya...di dalam senang dan susah sebagai pelengkap hidupku di dunia ini. Sesunguhnya Kau Maha Pengasih lagi Pengampun ... AMIN.

Friday, October 2, 2009

Awan Dania beraksi lagi .....


Akhirnya muncul jugak drama Awan Dania 2. Drama ni adalah salah satu cite kegemaran bukan aku tp keluarga aku pon suka cite ni. Cerita dia sempoi nak2 lagi pelakon utama dia si Scha tu ( aku suka dia ni...hihihi)...Mula2 tengok promo kat tv memang aku menunggu siaranya. Tp takut jugak cite musim kedua ni x best cam musim pertama yelah ada jugak cerita klu dah disambung musim ke2 dah jadi boring tp untuk episod 1 AW2 semua sama cam musim pertama aku gelak dari mula sampai akhir cerita tu...Watak Dania anak tunggal perempuan dalam 3 adik beradik lelaki memang best dan x di buat2 wataknya.Tp untuk mengadili cerita ni akan best sampai akhir pon x leh jugak yelah baru episod 1 manatahu pertengahan nanti jd x best pulak...harap2 x ar. Mungkin yg kureng kat drama ni hero dia (Jehan Miskin) pd pendapat aku ar..klu di cari muka baru yg lebih muda mungkin lebih sesuai untuk Scha.Yg pasti cerita akan aku ikuti setelah x de drama yg best kat tv skrg.

Thursday, October 1, 2009

Pasal Sotong Kering....



Sotong kering memang sedap klu dimasak sambal, tapi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang. Selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan. Jadi kpd korang yg suka makan sotong kering ni elak2 kan ar makan sotong kering,makan sotong fresh lagi bagus...
info : Kosmo

alahai Jin Notti


Raya ke 4 hari tu (Rabu)...dah x de apa nak buat aku belanja adik2 aku g tengok wayang...Antara momok dan jin notti...adik2 aku pilih Jin Notti aku pon setuju jugak sebab dari apa yg aku tengok cam best jer...panggung kira separuh penuh ar jugak walaupon tayangan pertama kul 12.00.Ramainye mak dan bapak2 yg bawak anak2 diorang.Permulaan cerita berkisah pasal Notti di dlm penjara nak g ke mahkamah tuk bersidang.


Awal cerita agak ok aku tengok, tp set mahkamah dia terlampau simple cam bukan standart KRU jer...dah setengah jam aku dah mula bosan x tau kenapa aku rasa cam tengok cerita fantasi kanak2 pulak...x de apa yg dpt mengikat aku untuk terus melihat adegan seterusnya semuanya biasa-biasa jer...lakonan Mawi boleh ar first time kan....Farah biasa jugak cam dia berlakon drama dia...bagi aku cerita ni tahap biasa x de pon yg membanggakan .CGI pon sikit sangat dan x gah.Aku ingat aku jer rupanye adik2 aku pon cerita kat aku sama jugak.hmmmm...nasib baik g time hari tiket murah klu x rasa menyesal jugak...Jin Notti aku kasi 2 bintang....