Friday, October 16, 2009

alunan syahdu tahajjud cinta....




aku baru jer dapat mendengar keseluruhan lagu dalam album terbaru Dato Siti ni...Album ni berlainan dng album2 terdahulu dia....album ni boleh dia katakan album kerohanian tp bukan nasyid. Alah cam contoh lagu dia bukan berentak nasyid tp lebih kpd pop tp lirik bersifat ketuhanan contoh lagu yg pernah buat cam ni ialah Mentari Merah di Ufuk Timur ( Search ) dan Doa ( Rahimah Rahim ). Ada 8 buah lagu jer dlm album ni tp bagi aku boleh dikatakan semuanya sedap2 belaka terutama dng vokal dato siti yg memukau tu....Pintu Rindu, Tahajud Cinta, Asma Ul Husna,Ketika Cinta,Ku Percaya Ada Cinta ,Selawat ,Ya Rasulullah antara lagu yg paling aku suka....Cover album dan isi dalamnya pon cantik dan menarik....simple but nice.....tahniah dato siti kerana telah berjaya menambah satu lagi jalur album dalam koleksi album beliau.... selain Pop dan Etnik.

No comments: