Thursday, June 28, 2007

Emil Emilda



Akhirnya....habis jugak drama Emil Emelda, 27 Jun 07. emm...ending yg kira oklah tapi dapat di syak penamatnya. Akhirnya happy ending jugak Emil jumpa balik dengan Emelda dengan imej dulu-dulunya can Betty....dan dah jadi CEO Channel 12. En Darus mati kena tembak (tertembak) dengan kekasih gelapnya sendiri Daweena,Darlena nak balik kpd bekas suami dia sebab tahu dia bukan waris Baseera dia anak En Darus tapi suami dia dah kawin dengan musuh dia Shahsa gedik....apa lagi gaduh berguling2lah hahahaha....best tu tapi sayang TV3 banyak potong dialog diorang.....hmmmm.Dan Nisa sebenarnya adik angkat Emil...mati2 ingatkan bini dia.... Ini adalah salah satu drama SAMARINDA yg x terlalu streotype dari kebisaannya yg memaparkan dunia bisnes org melayu. Emil Emelda masih ada dunia koprat tapi x berlebihan.
Aku selalu jugak layan slot SAMARINDA ni senjak mula di tayangkan adalah beberapa drama yg aku rasa boleh layan antaranya Kaizer, Villa Cinta Daddy,Sephia,Mya Zara dan yg paling best sampai membuatkan semua orang rumah aku menagis sebab touching sangat ialah SEPUTIH KASIH RAMADAN alah yg Eja berlakon tu pakai bulu mata sepanjang masa.... memang best cerita tu. Pas ni cerita baru pulak...Kasih Suci tah lah macam kureng jer nampak...tapi kita x leh menilai dulu macam Kaizer mula2 aku memang boring tapi bila dah pertengahan konfliknya muncul sekali best daa.. Tapi klu cerita yg paling x best ialah METROSASTERA tah apa2 tah cerita tu. Aku tengok 2-3 episod jer pastu tukar channel lain lagi bagus....dialog & jln cerita langsung x faham. Walaupun pelakon wanita kegemaranku Nasha Aziz yg berlakon......

Tuesday, June 26, 2007

DI PASARAN SEKARANG ....GTN 2.3



Ni dia GTN terbaru isu 2.3 cover Angkor Watt kat Kemboja(Cambodia) cantik x hi hi hi hi.....Kali ni isu tertumpu kepada negara Kemboja sekitar Siem Reap dan Phnom Pehn. Klu nak tengok gambar2 menarik kat negara itu dapatkan GTN terbaru.Antara yg menarik ialah gambar Angkor Watt dari luar dalam dan keseluruhan kawasan.Makanan ringan negara tersebut seperti LIPAS ,CENGKERIK ,ULAT & SPIDER yang di goreng hmmmmm sodap! serta tempat2 menarik yg lain di bandar tersebut. Bagi kolum resort & hotel pulak GTN mengcover Le Meridien Angkor dan Shinta Mani Resort....cantik wow resort ni. Klu nak menang percutian percuma masuklah kuiz. Kali ni kuiz menawarkan percutian 3 hari 2 malam bagi resort2 seperti SHERATON IMPERIAL KL,THE WESTIN LANGKAWI & GRAND BLUE WAVE HOTEL SHAH ALAM. ha klu nak bercuti free masuklah kuiz bukan susah pun..........

BH JULAI dah ada kat kedai sekarang!



BH Julai dah ada kat pasaran sekarang .Cover depan dia adalah Jlo alah cam kat gambar ni.Antara story menarik dalam bulan julai ni adalah cerita tentang Mawi 1 dalam 24 juta apa tu baca sendiri,Christina Ricci bogel kat lokasi pengambaran his..his.. wayang free..tu..., story album baru kumpulan Spider, cerita 2 hot dari hollywood,bollywood, indon,taiwan dan korea......Dalam ni pun ada poster ekslusif finalis Akademi Fantasia berserta lirik lagu baru mereka di masa konsert final hari tu. Di samping itu klu nak menang hadiah best2 boleh masuk contest filem Diva boleh dapat headphone,set penjagaan kuku,tshirt dan cap, kuiz cd album kumpulan Estranged yg popular dengan lagu "Itu Kamu" dan kuiz teka nama sebenar artis cam dalam surat beranak, album joget lambak dan mawar mawarku dari SRC ,kompilasi lagu dari Datuk Siti, Liza Hanim, Anis Suraya, 2 by 2 dan ramai lagi. Kalau ada apa2 yg menarik gosip ke, nak hantar sajak, puisi atau apa2 komen mengenai BH boleh hantar melalui email : bintanghit@yahoo.com. Wawann Mohd & Ema sedia membantu hehehe . ok chow!

BOX OFFICE = Cicak-Man atau Jangan Pandang Belakang?




Ada yang meramalkan filem Jangan Pandang Belakang terbitan Metrowealth Productions akan mengungguli kategori ini. Tapi kata sumber, filem Cicak-Man terbitan KRU Films mengatasi kutipan jualan tiket Jangan Pandang Belakang.

Cicak-Man berjaya membuat kutipan tiket sebanyak RM5.1 juta sepanjang tayanganya selama 42 hari pada tahun lalu.

Sementara Jangan Pandang Belakang pula, kalau nak kira kutipan sepanjang 2007, memanglah sudah membuat kutipan tertinggi . Tetapi sehingga tarikh 9 Mei lalu, filem itu hanya membuat kutipan tiket sebanyak RM3.5juta. Jelas, masih belum mengatasi kutipan Cicak-Man.

Bagaimanapun jumlah kutipan tiket itu dibuat berdasarkan pada panggung-panggung di bawah skim wajib tayang sahaja. Dan jumlah itulah yang diambil kira oleh juri festival filem kita.Bermakna jumlah kutipan itu tidak termasuk tayangan di panggung-panggung kecil, panggung-panggung di luar negara serta kutipan jualan filem-filem itu ke stesen-stesen televisyen.

* Petikan temu bual dengan orang kuat FFM 20.....
Pemenang kategori filem box-office diambil kira daripada sudut apa?

"Filem box-office maksudnya sesebuah filem yang meletup (mendapat sambutan) dan ditayangkan di pawagam di MALAYSIA SAHAJA. Atau dalam erti kata lain daripada segi kutipan tiketnya sewaktu ia ditayangkan.Dalam hal ini Finas akan mengaudit kutipan tiket filem yang dicalonkan dalam kategori ini daripada pawagam-pawagam. Filem yang mempunyai kutipan tiket paling tinggi layak memenangi kategori ini".

ha..jadi kedua2 filem tadi mempunyai harapan cerah untuk memenangi anugerah filem box office,tapi klu ikut apa yg di katakan oleh orang kuat FFM 20 nampak peluang CICAK MAN lagi cerahlah........ kerana kutipannya lebih tinggi bagi tayangan di Malaysia berbanding JANGAN PANDANG BELAKANG yang berjaya mengutip 7 juta setelah mencampur keseluruhan kutipan di Malaysia,Singapore,Brunei dan pawagam kecil seluruh negara. Apa2 pun keputusan di tangan juri dan seperti selalunya FFM tidak terlepas dengan kontroversi selepas selesainya majlis, tahun ni terjadi lagi ke.........tunggu jelah..

REKOD KUTIPAN TERTINGGI FILEM MELAYU

Jangan Pandang Belakang = RM 6.40j
Lagi-Lagi Senario = RM6.33j
Sembilu 2 = RM6.10j
Cicak-Man = RM5.15j
Maria Mariana = RM4.72j
Gerak Khas The Movie = RM4.40j

FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE 20



SEBANYAK 25 filem cereka tempatan layak menyertai Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20) yang bakal berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dari 3 Ogos hingga 5 Ogos ini. Mengikut syarat yang ditetapkan Jawatankuasa Induk FFM20, filem yang layak menyertai festival ini mestilah sudah siap dan mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) untuk ditayangkan bagi tempoh 25 Jun 2006 hingga 6 Julai 2007.

Bagaimanapun, filem yang layak dipertandingkan itu tidak semestinya sudah ditayangkan kepada umum walaupun memperoleh kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF). FFM kali ini bertemakan Ke Arah Kecemerlangan Filem Malaysia dengan menyediakan pelbagai acara dan pengisian seperti Seminar Perfileman, Tayangan Umum dan program Jom Meriahkan FFM20 di sekitar bandaraya George Town. Bagi acara kemuncaknya iaitu Malam Anugerah diadakan di Dewan Canselor USM pada 4 Ogos.Secara keseluruhan FFM20 menyediakan 28 kategori dalam anugerah yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Kategori Anugerah Perdana menyediakan 11 kategori, Anugerah Cipta (12) dan Anugerah Khas Juri (lima).Penganjur menjangka akan menerima penyertaan 25 filem cereka, filem pendek (50), filem animasi (30), dokumentari (30) dan filem digital (8).FFM20 dianjurkan bersama Finas dan PFM dengan sokongan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan KeKKWa serta kerjasama Gafim.

FILEM YANG BERTANDING

Jangan Pandang Belakang
Tentang Bulan
Nana Tanjung
Cinta
Mukhsin
Puaka Tebing Biru
Syaitan
Zombie Kampung Pisang
Sumolah
Chermin
Cicakman
Diva
Haru Biru
Kayangan
Misi 1511
Orang Minyak
Possessed
Qabil Khusry Qabil Igam
Salah Bapak
Seed Of Darkness
The Red Kebaya
Waris Jari Hantu
Rains Dogs
Anak Halal
Misteri Dendam Balan-Balan

RAMALAN FBR FILEM YANG AKAN BERJAYA BAWA BALIK TROFI

Jangan Pandang Belakang / Tentang Bulan / Cinta / Mukhsin / Sumolah /
Cicakman / Anak Halal / Puaka Tebing Biru / The Red Kebaya

Album Spider - Bintang 12 MELETUP!!!



Ya.... seperti dijangka Spider menyegat kembali....., Yalah, album baru mereka mendapat pujian merata-rata. Dan yang lagi power lagi album Bintang 12 itu juga berjaya dijual melebihi 15,000 unit cuma dalam masa tiga minggu. Itu pun, dengar cerita, tanpa promosi besar-besaran. Bayangkanlah kalau promosi album ini dilakukan secara sepenuhnya mahu cecah 50 ribu senang-senang saja. Spider pun bukannya asing dengan angka sedemikian...Ketika ini, lagu MABUK cukup popular di kalangan peminat. Lebih hebat lagi, Spider dikatakan akan bergabung dengan kumpulan terkenal Indonesia, Samsons. Showcase dua kumpulan muzik hebat ini akan diadakan Ogos ini.Apa2 pun Spider telah pun membuktikan kumpulan dari Malaysia boleh jugak laku albumnya dan menjadi salah satu kumpulan yang berjaya di Malaysia. Yang penting tidak dengan melalui lagu2 yg bercintan-cintun dan tangkap leleh.Bagi lagu slow rock klu nak buat single aku rasa elok lagu Katalis sebab susunan muzik dia memang best mesti meletup silap2 masuk Juara Lagu hehehehehe........rock spider......:)

GOL & GINCU - THE SERIES 2 bermula 8 julai...




Apa terjadi pada Putri (Nur Fazura) setelah hubungan cintanya dengan Reza (Pierre) terputus, apabila jejaka itu diketahui menghidap HIV, apa pula terjadi pada percintaan Shasha (Sazzy Falak) dan Haikal (Razif Hashim) apabila pemuda itu merantau ke Indonesia? Bagaimana pula reaksi Dayang (Zarina Zainoordin) apabila dia mengetahui kekasihnya, Ikan (Que Haidar) ialah bekas teman lelaki Zie (Rafidah Abdullah)?

Ha.. ...tu sedikit sinopsis siri Gol & Gincu 2 siaran 8TV bermula 8 Julai ini.Lebih banyak konflik bakal dihidangkan. Antara paling menarik, tentunya persaingan antara Ayu, perempuan mereng dan Putri, untuk mendapatkan lelaki pujaan mereka, Reza. Kali ini, Ayu dikatakan lebih jahat sikapnya...x de lagi dah baju2 kurung kot , semakin agresif. dan dah pandai makeup.....Eddy pulak berdepan dengan masalah keluarga dia di samping cintanya pada Putri. .Gol & Gincu 2 jugak dapat tajaan syarikat alat tulis tertua dunia, Faber Castell dan kumpulan bank terbesar, Maybank.Sekali banklah yg taja selalu syarikat syampoo ....tahniah...ada jugak yg percaya dengan produk tempatan... Aku sebenarnya suka cerita ni sebab lakonan diorang semuanya asli dan dialog cite ni memang best x streotype macam drama lain . Aku tertarik dengan jalan cerita ni senjak adik aku beli vcd film Gol & Gincu, sangkaan aku ingat cerita ni cam untuk org kaya2 sebab tengok dari pelakon, pakaian semuanya urban jer sekali dah tengok uh....best jugak realiti masyarakat melayu moden sekarang......
Satu lagi cerita yg best aku tengok adalah Dunia Baru memang best giler termasuk famili aku pun suka.Walaupun majoriti pelakon baru tapi cerita tu berjaya meletup (2 musim) sehingga di bawa hingga ke filem. Ni pun sama jugak sebab lakonan diorang neutral, dialog tip top .Ha kpd peminat drama Dunia Baru ,filem dia kuar klu x ada arah melintang bulan 8 @ 9 ni kepada peminat Opie,Madiha,Adif,Tajol,Aniza,Suzana jom ramai2 kita serbu panggung tengok Dunia Baru The Movie...kisahnya Aniza di bawa lari oleh bekas pakwe dia pasal x puas hati Aniza x nak terima dia lagi , pastu Opie and the geng apalagi pi carilah...pastu macam2lah yg terjadi jumpa penyamunlah,hantu dan macam2 lagi..Filem ini ala-ala road movie cam klu org putih filem RV klu melayu pulak Tipah Tertipu The Movie.

MAWI BERAMBUT...


gambar eklusif ni...... gambar Mawi berambut masa kerja kat Giant, amacam yg mana lagi ok masa berambut atau botak.Terpulanglah kepada korang nak menilai.... aku suka lagu dia jer orangnya tak. kian jauh.......kian hilang.........hahahaha

Friday, June 22, 2007

selamat..........

hai. dah lama saya dah x update blog ni.bisalah x de mood dan cerita nak di kongsikan......tapi tunggu sikit masa lagi saya update dengan cerita-cerita yang best ok......

Wednesday, June 6, 2007

RADIO PALING RAMAI PENDENGAR


Radio Era masih mengekalkan statusnya sebagai stesen radio nombor satu di Malaysia dengan mencatatkan 5.31 juta pendengar pada setiap minggu.Stesen radio kedua paling popular ialah stesen baru Hot FM dengan 3.99 juta pendengar, stesen THR di tempat ketiga dengan 2.5 juta orang manakala Sinar FM (2.1 juta) berada di kedudukan keempat.Ranking itu dibuat berdasarkan hasil kaji selidik terbaru Pengukuran Pendengar Radio (RAM) oleh Nielsen Company (Malaysia) Sdn. Bhd. yang dijalankan dari 26 Mac hingga 8 April lalu.
Saluran radio terunggul Radio Televisyen Malaysia (RTM) ialah Muzik FM yang berada di tempat ketujuh keseluruhan dengan 1.2 juta pendengar (7.9 peratus) diikuti Klasik Nasional di tempat kelapan dengan 1.2 juta pendengar (7.4 peratus), meningkat 708,000 pendengar daripada statistik sebelum ini.
Apa2 pun bagi pendapat aku stesen radio kita ni sekarang lebih mengutamankan hasil2 lagu dari seberang.....Indonlah tu, klu x caya cuba bukak satu stesen radio yang top 3 tu selama sejam, boleh di katakan hampir 5 buah lagu kesemuanya dari Indonesia yang di pasang.....Untung diorangkan kat sini tapi jangan harap kita nak dengar lagu kita berputar dua tiga kali sejam kat radio negara mereka , dengan alasan lagu2 kita x catchy,lentok,x leh jual kat sana...pirahhhh.
Apa2 pun aku layan semua radio cuma sekarang dah kurang sikit dengar ERA sebab cam x best je, klu HOT aku dengar pagi je....,petang aku bukak MUZIK.FM sebab banyak lagu2 best lama2 80an90an lagi pun ada pilihan lagu2 terkini dj dia pun x banyak cakap.Klu kat umah ari cuti x leh bukak yg lain mak aku dah cup KLASIK NASIONAL.

Tentang Waris Jari Hantu


Aku dah pun tengok cite Waris jari Hantu pada sabtu lepas,Emmm.......boleh tahanlah ceritanya tapi klu korang nak g semata2 nak menjerit ketakutan lupakan saja sebab cite tu langsung x seram, suspen tu adalah tapi ala kadar je. bagi aku cerita tu aku tengok x puas tengok sebab bukan best sangat tapi cam leh di perbaiki, bagi aku cite terbaik Shuhaimi Baba masih Pontianak 1&2 sebab perfect dari semua segi , kostum, senimatografi, pelakon,aksi pengarahan, skor muzik semua2lah. tapi bagi WJH cam Shumi nak buat tergesa2. Ini serba sedikit dari pandangan aku kelemahan cerita WJH....
1. watak Rusdi (Ari/Arina) aku dah pernah tengok dlm cite Cinta Ana & Yadin bagi aku Rusdi berlakon dlm drama tu lagi bagus walaupun x payah pakai baju pompuan. Dlm WJH dia cam buat2 lebih2 lagi masa dia berjalan. Kalau babak dia menari2 (terperangakap antara lelaki @ perempuan) pas tu terjatuh dan menagis tu di buat lagi kemas pasti boleh touching lagi... ni mata je berair tapi x de air mata yang jatuh
2. Watak Maya Karin (Tina) pulak oklah tapi ada satu babak tu cam scane dlm pontianak rambut mengurai sambil nangis ,babak tu masa dia marah2 Rusdi sebab jadi pompuan, seakan sama dengan scane Mariam suruh pulangkan dia punya mahkota dlm pontianak 1 .
3. Sepatutnya tunjukan Tina mengubah Ari menjadi lelaki, tu baru betul sebab tu boleh menujukkan dia sayang sangat kat Ari nak di jadikan suami. Pas tu baru buat Ari tinggalkan dia g Singapore.
oklah tu nak komen banyak2 pun aku bukan expert bab 2 film ni sekadar bagi pendapat leh lah. Apa apa WJH masih ada elemen yang boleh dibanggakan untuk filem melayu.....

Tuesday, June 5, 2007

Bas oh Bas..............



Hai apalah bas Metro ni kejap tambang naik kejap turun.Ari tu aku g kerja tambang 2.00 pas tu turun 1.20 sekali 1 Jun lepas naik balik 1.50, his........pening gua.Tapi x pe ape2 pun aku tetap naik bas Metro sebab kita di layan.Yg paling best klu konduktor bas tu x perasan kita x bayar lagi tiket naik bas free lah kita, cam aku tadi balik opis free sebab konduktor tu x ambik tambang aku.... bukan salah aku, dah dia yg x ambik......padan muka hahahaha

Kad kahwin.....


Dua tiga ari lepas aku ada terbaca pasal satu jemputan perkahwinan.Tu pon sebab akak aku terbawak masa antor anak dia kat umah mak aku.aku pon bacalah tiba2 macam kenal je nama tu.......... aku tengok cover kad dia cam kenal sebab ada gambar ,sah! memang betul pun aku kenal .school mate aku dulu masa from4&5.Dia ni pompuan.Dulu dia ni pernah suka dengan aku,puas jugak lah dia teckle aku tapi aku x layan, sebab manja sangat korang tau dia ni klu deman ke, pening ke mesti dtg sekolah sebab nak dapat kedatangan seratus peratus, tapi xpe berbaloi dapat jugak dia sijil tu.Tapi ya Allah siap lah dia bawak botol2 obat dengan tuala basah pas tu terlentok sana terlentok sini, cikgu masuk dia tido lagi satu peragai dia tergedik2 tu tak tahan tu.Apa2 pun dia dah pun selamat jadi isteri org pada Ahad lepas 2/6/07....cun jugak bila tengok dia sekarang hehehe.Kpd dia semoga kekal ke anak cucu.Amin