Tuesday, June 26, 2007

FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE 20



SEBANYAK 25 filem cereka tempatan layak menyertai Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20) yang bakal berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dari 3 Ogos hingga 5 Ogos ini. Mengikut syarat yang ditetapkan Jawatankuasa Induk FFM20, filem yang layak menyertai festival ini mestilah sudah siap dan mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) untuk ditayangkan bagi tempoh 25 Jun 2006 hingga 6 Julai 2007.

Bagaimanapun, filem yang layak dipertandingkan itu tidak semestinya sudah ditayangkan kepada umum walaupun memperoleh kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF). FFM kali ini bertemakan Ke Arah Kecemerlangan Filem Malaysia dengan menyediakan pelbagai acara dan pengisian seperti Seminar Perfileman, Tayangan Umum dan program Jom Meriahkan FFM20 di sekitar bandaraya George Town. Bagi acara kemuncaknya iaitu Malam Anugerah diadakan di Dewan Canselor USM pada 4 Ogos.Secara keseluruhan FFM20 menyediakan 28 kategori dalam anugerah yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Kategori Anugerah Perdana menyediakan 11 kategori, Anugerah Cipta (12) dan Anugerah Khas Juri (lima).Penganjur menjangka akan menerima penyertaan 25 filem cereka, filem pendek (50), filem animasi (30), dokumentari (30) dan filem digital (8).FFM20 dianjurkan bersama Finas dan PFM dengan sokongan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan KeKKWa serta kerjasama Gafim.

FILEM YANG BERTANDING

Jangan Pandang Belakang
Tentang Bulan
Nana Tanjung
Cinta
Mukhsin
Puaka Tebing Biru
Syaitan
Zombie Kampung Pisang
Sumolah
Chermin
Cicakman
Diva
Haru Biru
Kayangan
Misi 1511
Orang Minyak
Possessed
Qabil Khusry Qabil Igam
Salah Bapak
Seed Of Darkness
The Red Kebaya
Waris Jari Hantu
Rains Dogs
Anak Halal
Misteri Dendam Balan-Balan

RAMALAN FBR FILEM YANG AKAN BERJAYA BAWA BALIK TROFI

Jangan Pandang Belakang / Tentang Bulan / Cinta / Mukhsin / Sumolah /
Cicakman / Anak Halal / Puaka Tebing Biru / The Red Kebaya

No comments: