Tuesday, June 26, 2007

BOX OFFICE = Cicak-Man atau Jangan Pandang Belakang?




Ada yang meramalkan filem Jangan Pandang Belakang terbitan Metrowealth Productions akan mengungguli kategori ini. Tapi kata sumber, filem Cicak-Man terbitan KRU Films mengatasi kutipan jualan tiket Jangan Pandang Belakang.

Cicak-Man berjaya membuat kutipan tiket sebanyak RM5.1 juta sepanjang tayanganya selama 42 hari pada tahun lalu.

Sementara Jangan Pandang Belakang pula, kalau nak kira kutipan sepanjang 2007, memanglah sudah membuat kutipan tertinggi . Tetapi sehingga tarikh 9 Mei lalu, filem itu hanya membuat kutipan tiket sebanyak RM3.5juta. Jelas, masih belum mengatasi kutipan Cicak-Man.

Bagaimanapun jumlah kutipan tiket itu dibuat berdasarkan pada panggung-panggung di bawah skim wajib tayang sahaja. Dan jumlah itulah yang diambil kira oleh juri festival filem kita.Bermakna jumlah kutipan itu tidak termasuk tayangan di panggung-panggung kecil, panggung-panggung di luar negara serta kutipan jualan filem-filem itu ke stesen-stesen televisyen.

* Petikan temu bual dengan orang kuat FFM 20.....
Pemenang kategori filem box-office diambil kira daripada sudut apa?

"Filem box-office maksudnya sesebuah filem yang meletup (mendapat sambutan) dan ditayangkan di pawagam di MALAYSIA SAHAJA. Atau dalam erti kata lain daripada segi kutipan tiketnya sewaktu ia ditayangkan.Dalam hal ini Finas akan mengaudit kutipan tiket filem yang dicalonkan dalam kategori ini daripada pawagam-pawagam. Filem yang mempunyai kutipan tiket paling tinggi layak memenangi kategori ini".

ha..jadi kedua2 filem tadi mempunyai harapan cerah untuk memenangi anugerah filem box office,tapi klu ikut apa yg di katakan oleh orang kuat FFM 20 nampak peluang CICAK MAN lagi cerahlah........ kerana kutipannya lebih tinggi bagi tayangan di Malaysia berbanding JANGAN PANDANG BELAKANG yang berjaya mengutip 7 juta setelah mencampur keseluruhan kutipan di Malaysia,Singapore,Brunei dan pawagam kecil seluruh negara. Apa2 pun keputusan di tangan juri dan seperti selalunya FFM tidak terlepas dengan kontroversi selepas selesainya majlis, tahun ni terjadi lagi ke.........tunggu jelah..

REKOD KUTIPAN TERTINGGI FILEM MELAYU

Jangan Pandang Belakang = RM 6.40j
Lagi-Lagi Senario = RM6.33j
Sembilu 2 = RM6.10j
Cicak-Man = RM5.15j
Maria Mariana = RM4.72j
Gerak Khas The Movie = RM4.40j

No comments: