Tuesday, June 26, 2007

Album Spider - Bintang 12 MELETUP!!!



Ya.... seperti dijangka Spider menyegat kembali....., Yalah, album baru mereka mendapat pujian merata-rata. Dan yang lagi power lagi album Bintang 12 itu juga berjaya dijual melebihi 15,000 unit cuma dalam masa tiga minggu. Itu pun, dengar cerita, tanpa promosi besar-besaran. Bayangkanlah kalau promosi album ini dilakukan secara sepenuhnya mahu cecah 50 ribu senang-senang saja. Spider pun bukannya asing dengan angka sedemikian...Ketika ini, lagu MABUK cukup popular di kalangan peminat. Lebih hebat lagi, Spider dikatakan akan bergabung dengan kumpulan terkenal Indonesia, Samsons. Showcase dua kumpulan muzik hebat ini akan diadakan Ogos ini.Apa2 pun Spider telah pun membuktikan kumpulan dari Malaysia boleh jugak laku albumnya dan menjadi salah satu kumpulan yang berjaya di Malaysia. Yang penting tidak dengan melalui lagu2 yg bercintan-cintun dan tangkap leleh.Bagi lagu slow rock klu nak buat single aku rasa elok lagu Katalis sebab susunan muzik dia memang best mesti meletup silap2 masuk Juara Lagu hehehehehe........rock spider......:)

No comments: