Tuesday, June 26, 2007

GOL & GINCU - THE SERIES 2 bermula 8 julai...




Apa terjadi pada Putri (Nur Fazura) setelah hubungan cintanya dengan Reza (Pierre) terputus, apabila jejaka itu diketahui menghidap HIV, apa pula terjadi pada percintaan Shasha (Sazzy Falak) dan Haikal (Razif Hashim) apabila pemuda itu merantau ke Indonesia? Bagaimana pula reaksi Dayang (Zarina Zainoordin) apabila dia mengetahui kekasihnya, Ikan (Que Haidar) ialah bekas teman lelaki Zie (Rafidah Abdullah)?

Ha.. ...tu sedikit sinopsis siri Gol & Gincu 2 siaran 8TV bermula 8 Julai ini.Lebih banyak konflik bakal dihidangkan. Antara paling menarik, tentunya persaingan antara Ayu, perempuan mereng dan Putri, untuk mendapatkan lelaki pujaan mereka, Reza. Kali ini, Ayu dikatakan lebih jahat sikapnya...x de lagi dah baju2 kurung kot , semakin agresif. dan dah pandai makeup.....Eddy pulak berdepan dengan masalah keluarga dia di samping cintanya pada Putri. .Gol & Gincu 2 jugak dapat tajaan syarikat alat tulis tertua dunia, Faber Castell dan kumpulan bank terbesar, Maybank.Sekali banklah yg taja selalu syarikat syampoo ....tahniah...ada jugak yg percaya dengan produk tempatan... Aku sebenarnya suka cerita ni sebab lakonan diorang semuanya asli dan dialog cite ni memang best x streotype macam drama lain . Aku tertarik dengan jalan cerita ni senjak adik aku beli vcd film Gol & Gincu, sangkaan aku ingat cerita ni cam untuk org kaya2 sebab tengok dari pelakon, pakaian semuanya urban jer sekali dah tengok uh....best jugak realiti masyarakat melayu moden sekarang......
Satu lagi cerita yg best aku tengok adalah Dunia Baru memang best giler termasuk famili aku pun suka.Walaupun majoriti pelakon baru tapi cerita tu berjaya meletup (2 musim) sehingga di bawa hingga ke filem. Ni pun sama jugak sebab lakonan diorang neutral, dialog tip top .Ha kpd peminat drama Dunia Baru ,filem dia kuar klu x ada arah melintang bulan 8 @ 9 ni kepada peminat Opie,Madiha,Adif,Tajol,Aniza,Suzana jom ramai2 kita serbu panggung tengok Dunia Baru The Movie...kisahnya Aniza di bawa lari oleh bekas pakwe dia pasal x puas hati Aniza x nak terima dia lagi , pastu Opie and the geng apalagi pi carilah...pastu macam2lah yg terjadi jumpa penyamunlah,hantu dan macam2 lagi..Filem ini ala-ala road movie cam klu org putih filem RV klu melayu pulak Tipah Tertipu The Movie.

No comments: